Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Posted Thursday, November 26, 1998

MESEJ UCAPAN TAHNIAH UNTUK MAHATHIR

 

Tahniah kepada Mahathir, Perdana menteri yang telah berjaya mempertahankan kuasa pemerintahan sehingga hampir 18 tahun.

Perdana Menteri yang pertama di Malaysia dianugerahkan penghormatan bertaraf dunia selepas Namrud, Firaun dan Abu Lahab.

THE WORLD MOST MAD POLITICAL MASTER, 1998

(PEMIMPIN POLITIK YANG TERGILA DI DUNIA, 1998)

Anugerah ini adalah sempena fitnah-fitnah gila yang amat dibanggai, memenuhi cita rasa masyarakat Malaysia hari ini. Penganugerahan ini juga membukti keunggulan kegilaan pemerintahan dan kualiti kawalan ke atas rakyat yang berdemonstrasi secara aman menuntut REFORMASI serta kecemerlangan menggunakan kekerasan yang gila-gila melalui produk-produk anti rusuhan dan pengganas yang canggih melalui unit-unit FRU, PGA, SB dan UTK.

Tiada kata-kata yang tepat yang dapat merumuskan betapa cemerlangnya dan pentingnya Mahathir yang gila kuasa kepada Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional (BN), sebagai pemimpin dan perdana menteri. Sebab pencapaian beliau yang cemerlang dengan mulut yang celupar dan mencarut telah mengkhianati Timbalannya dengan fitnah-fitnah gila secara pakatan jahat yang berkualiti tinggi. Pencapaian ini adalah hanya merupakan detik-detik permulaan kegilaan beliau.

Tugas cemerlang beliau yang kedua, adalah meletakkan rakyat yang menyokong reformasi sebagai pengkhianat negara dan tidak patriotik. Kualiti fitnah beliau kali ini lebih canggih disebabkan beliau meletakkan Amerika sebagai dalang dan ajen-ajen CIA telah mengambil peranan sebagai NGO dan mengetuai demonstrasi-demonstrasi anti Mahathir dan kerajaan. Dengan ini meletakkan golongan reformasi dan kerajaan Malaysia kepada satu alaf baru menjelang abad ke 21 dan salah satu propaganda yang amat gila pada abad ini.

Ketiga beliau mengarahkan menterinya Rafidah Aziz, seorang bekas pensyarah ekonomi UM, mengajar rakyat mengeja perkataan BARUAH di dalam siaran Malaysia Hari Ini. Maka Rafidah yang memang tengah gila fasal marahkan Tuhan tidak jadikan dia sebagai lelaki, turun padang dan maki rakyat pada pagi-pagi hari untuk membuktikan beliau mempunyai kejantanan.

Keempatnya, mengarahkan Pemangku Ketua Pemuda yang telah hilang bisa disebabkan kegilaan pada arak dan betina yang telah diketahui oleh rakyat jelata menghantar Memorandum bantahan daripada Pemuda UMNO dan BN berhubung dengan ucapan Al Gore. Mahathir yang gila-gila kutuk orang, bila kena sindir depan muka terus loncat macam kera dan tidak cukup Hishammuddin, Dollah Badawi diarah memanggil Duta Amerika untuk mengadap, diberitahu kepada Duta tersebut, sekiranya golongan reformasi terus berleluasa maka sahlah Amerika adalah dalang yang punyai angkara. Satu kecemerlangan dan kepandaian Mahathir yang mahu menglobalisasikan masalah dalaman yang dibuat olehnya dan sekarang mencari jalan untuk menyalahkan Amerika agar mendapat reaksi dan 'meneutralisasikan' rakyat agar bersimpati kepada dirinya yang sudah tua dan nyanyok. Ini juga adalah satu perbuatan gila apabila kita sekarang di dalam gawat ekonomi dan Amerika adalah rakan perniagaan Malaysia yang terbesar. Inilah sandiwara yang unggul mengatasi 'Shakespeare' zaman purba.

Kelima, Mahathir menyampaikan ucapan Perdana kepada peserta kursus Bina Negara Kepimpinan Khas Pemuda Barisan Nasional untuk menentukan fitnah-fitnah yang gila terus diterima oleh rakyat dan mainkan semangat patriotik untuk membakar hati rakyat, agar rakyat semua jadi gila marahkan Anwar dan Amerika bukan Mahathir. Di masa yang sama Mohammad Rahmat diarahkan menfitnah agama sendiri dan menakut-nakutkan peserta Pemuda UMNO dan BN sekiranya parti pembangkang yang mendokong Islam menang pilihan raya dan memerintah negara. Maka Rahmatpun bertanya mahukah kita melihat Islam menjadi teras pemerintah selepas UMNO? Maka jawaplah keseluruhan peserta kursus Pemuda BN termasuk UMNO yang beragama Islam dengan serentak dan berani "Tidak".

Inilah satu jawapan yang paling gila daripada orang Islam sendiri yang sepatutnya mengembangkan syiar Islam di dalam perjuangan parti UMNO itu sendiri. Terkulailah iman, hancurlah agama demi Mahathir yang gila kuasa - inilah juga kecemerlangan kualiti Mahathir.

Akhir kata rakyat Malaysia ingin merakamkan mesej tahniah dan ucapan ribuan terima kasih kepada Mahathir dan Menteri-menteri Melayu dan Pemuda-pemuda UMNO kerana telah memudahkan rakyat membuat pilihan pada pilihan raya umum tidak lama lagi, disebabkan perbuatan dan tindakan-tindakan yang sudah sah gila dan tidak patut diikut, juga kepada semua ahli-ahli UMNO yang masih baik dan waras akal fikiran janganlah tergila-gila untuk memberi sokongan kepada Mahathir dan mereka-mereka yang menentang dan mendurhaka kepada agama. Kita yakin rakyat akan menang dan Anwar akan menang Insya Allah, serta terus berganding bahu dan bekerja sama dengan sesiapa sahaja yang berpihak kepada keadilan, kebenaran dan kebebasan di masa akan datang demi Agama, Bangsa dan Nusa



Email: reformasi-terkini@usa.net