Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Posted Friday, November 13, 1998

OH MALUNYA MALAYSIA !

 

Kuala Lumpur : Satu pengadilan dan perbicaraan di sebuah mahkamah sedang dijalankan dihadapan seorang Hakim Mahkamah tinggi yang baru sahaja dinaikan pangkat untuk mendengar kes Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Menteri Kewangan.

Tetapi pada pembukaan sidang mahkamah tersebut nyata bahawa Perdana Menteri, Mahathir Mohammad dan masyarakat Malaysia juga turut dibicarakan.

Walaubagaimanapun, sidang Mahkamah tersebut cuba dibayangi dengan kesahihan dan keluhuran prosidur mahkamah yang sedia ada sejak zaman British memerintah sehinggalah kemerdekaan negara pada 1957. Malangnya beberapa peristiwa telah mencemarkan keluhuran mahkamah tersebut dan ini tidak dapat diterima dan sesungguhnya memalukan.

Anwar Ibrahim yang telah pun dihukum oleh Perdana Menteri sebelum kesalahan diatas lima tuduhan-tuduhan menyalahguna kuasa dan rasuah serta lima tuduhan meliwat. Sebelum tuduhan-tuduhan ini dapat didengar dan diadili di mahkamah, semestinya mangambil sepenuhnya peluang ini untuk menonjolkan kepada keseluruhan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum bahawa sudah tiada lagi keluhuran di dalam sistem kehakiman dan perundangan serta kedaulatannya telah pun jelas tercabul.

Bagaimanakah pengadilan mahkamah yang sedang berjalan dapat berlaku adil kepada Anwar Ibrahim apabila Peguam Negara tiba-tiba mengumumkan pada satu sidang media pada 2 November, 1998 dengan tiada timbangrasa dan beretika dan sebagai Peguam Negara Mokhtar Abdullah sepatutnya sangat arif dan bijaksana agar tidak menekan dan mengugut untuk mengenakan tuduhan-tuduhan baru apabila perbicaraan ke atas lima pertuduhan yang sedang dijalankan kini selesai kelak !

Bagaimana pula dengan komentar-komentar dan sidang akhbar-sidang akhbar yang melibatkan Perdana Menteri dan lain-lain orang tertentu bersifat prejudis mengatakan sekiranya Anwar Ibrahim terhukum maka Malaysia akan beruntung dan terselamat dan sekiranya kelak keputusan mahkamah membuat keputusan berpihak kepada Anwar, Malaysia akan rugi dan terancam.

Jelas didalam hakikat perundangan negara, perbuatan Mahathir Mohamad dan orang-orang ini adalah satu penghinaan kepada mahkamah, kepada sistem perundangan dan kehakiman serta keseluruhan rakyat Malaysia yang menghormati Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang negara sebelum ini. Apakah yang menyebabkan Yang Arif Tuan Hakim Augustine Paul menolak permohonan peguam-peguam Anwar berhubung dakwaan bahawa Perdana Menteri telah menghina mahkamah yang mulia tersebut ? Pada masa yang sama, semua rakyat Malaysia yang waras dan berakal dapat membuat rumusan berhubung dengan Mahathir Mohamad dan orang-orangnya sengaja menyampaikan budaya takut kepada masyarakat Malaysia.

Di ketika yang sama, Yang Arif Tuan Hakim Augustine Paul dengan lancang menafikan hak dan status pemerhati kepada permohonan-permohonan yang dibuat oleh Badan-badan seperti NGO dan wakil-wakil Bangsa-Bangsa Bersatu dengan berkata bahawa, "Permohonan-permohonan ini sekiranya dibenarkan adalah merupakan satu Penghinaan kepada Mahkamah dan seolah-olah mahkamah tidak akan berlaku adil ke atas sidang perbicaraan yang akan dijalankan".

Drama dan babak-babak yang memalukan ini yang telah dilakunkan oleh Perdana Menteri Malaysia - Mahathir Mohamad, Peguam Negara - Mokhtar Abdullah dan Yang Arif Tuan Hakim - Augustine Paul tidak akan lengkap tanpa ungkapan dan kata-kata yang memeranjatkan dan memalukan oleh Mohammad Said Awang - Bekas Pengarah Cawangan Khas, bahawa dia akan berbohong sekiranya diarahkan olah pegawai-pegawai atasannya demi bagi membuktikan bahawa Anwar Ibrahim telah cuba menganggu penyiasatan polis berhubung dengan dakwaan perlakuan seks diluar tabii oleh Anwar.

Jelas, persidangan mahkamah akan berlangsung dengan perlahan termasuk penyiasatan oleh Pasukan Penyiasat yang diketuai oleh Mohd Zain - Ketua CID Melaka berhubung dakwaan bahawa Anwar telah ditumbuk dan disepak dibahagian muka, mata dan tengkok sehingga pengsan semasa dibawah tahanan ISA oleh Polis dan berkemungkinan berterusan sehingga tahun hadapan.

Ini adalah satu pakatan politik yang pasti akan dibuat oleh pihak Pendakwa. Soalnya apakah motif disebalik politik pihak pendakwa ini? Dengan lain perkataan, memang benar dan ujud pakatan jahat dan kotor diperingkat tertinggi di ketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan dan menamatkan kerjaya politik Anwar Ibrahim bagi kepentingan peribadi dan kekal berkuasa mutlak tanpa dicabar pada pemilihan Majlis Tertinggi disidang perwakilan UMNO 1999.

Malunya Malaysia pada hari ini tetap akan terus dimalukan lagi di masa yang terdekat ini. Negara kita dimalukan kerana perbuatan seorang dari rakyat yang bergelar Perdana Menteri memalukannya sedemikian rupa seolah-olah 21 juta penduduk Malaysia telah mengizinkan dan mengiktiraf segala perbuatan Mahathir untuk melanggar hak asasi manusia, sistem perundangan dan demokrasi di Malaysia. Ini tentulah lebih memalukan daripada pakatan jahat dan penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh Mahathir Mohamad itu sendiri.

 

Daripada Meja Pengarang

Buletin Reformasi Terkini



Email: reformasi-terkini@usa.net