Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Posted Monday, October 26, 1998

Dated 25hb Oktober, 1998

PERINGATAN TERAKHIR UNTUK RAJA-RAJA, MUFTI-MUFTI, PARA ULAMA' DAN UMAT ISLAM SEKELIAN


 

Institusi Raja-Raja Melayu

Mufti-mufti,

Ulama’-ulama’, dan

Muslimin dan Muslimah sekelian,

PERKARA: BALA DAN KECELAKAAN UMMAH YANG PASTI DATANG DI ERA PEMERINTAHAN DR. MAHATHIR, DIKTATOR DAN GURU KEPADA SEGALA KEMUNGKARAN KESESATAN

Kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang di Pertuan Agung Malaysia sebagai Ketua Agama dan Adat Resam Melayu,

Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri dan Adat Resam Melayu,

Yang Berbahagia Mufti-mufti dan Yang Berbahagia jemaah Ulama’ dan Cendiakiawan Islam,

Ehwan Muslimin dan Muslimah yang dikasihi,

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim

Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ampun Tuanku sekiranya kedatangan warkah ini sekali lagi menganggu ketenteraman Tuanku dan Institusi Raja-raja di atas urusan-urusan Istana yang semestinya sangat mencabar. Mudah-mudahan diberkati Allah dan diberi Hidayah di atas Tuanku-tuanku dan Kaum Kerabat DiRaja.

Begitu juga kepada Yang Berbahagia Tuan-tuan mufti dan yang Alim ulama’ulama dan Cendiakiawan-Cendiakiawan Islam yang semestinya sibuk dengan berbuat kebaikan dan bersungguh-sungguh menjalankan amanat dari Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan diberkati segala kerja-keja yang dilaksanakan dan mendapat kebajikan, rezeki dan pahala, Insya Allah.

Dengan rendah diri, kami dari golongan rakyat dan Golongan Muslimin yang Insaf yang tidak berilmu tetapi didorong oleh perasaan dukacita tentang tanda-tanda bahawa warkah kami kepada Institusi Raja-raja dan Memorandum Rakyat kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung telah tidak mendapat perhatian dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Ditambahkan lagi dengan terhirisnya perasaan kami kebelakangan ini oleh cara-cara pihak Polis mengendalikan keadaan dan telah terus menerus menzalimi dengan memukul, menahan, menghina dan menangkap segolongan rakyat ketika berangkat untuk menyerahkan Memorandum di Istana DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung dan seterusnya mengagalkan perhimpunan rakyat yang aman dengan bertindak seperti orang gila dan kejam membesit dan memukul sesiapa sahaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada hari sabtu bersamaan 24 Oktober 1998 sehinggalah berlakunya pertempuran di Masjid Kampung Baru yang memungkinkan akan banyak lagi korban dan kecelakaan yang akan berlaku sekiranya pihak-pihak yang berperanan tidak menunaikan amanat Allah dan mengambil iktibar. MasyaAllah.

Berterusan dengan itu, rakyat juga telah diperbodoh-bodohkan dan dipermain-mainkan dengan kata-kata kesat oleh sebahagian pembesar-pembesar dan menteri-menteri yang diketuai oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah kemunculan kami hanyalah segelintir rakyat yang bodoh; yang tidak tahu apa yang kami mahukan dan hanyalah golongan penyokong-penyokong fanatik Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan menengelamkan isu-isu kezaliman, kemungkaran dan penyelewengan yang sebenar.

Oleh itu, kami menulis warkah ini dengan niat untuk membawa seruan dan peringatan-peringatan Allah s.w.t dengan perintah agar kita semua umat Islam sentiasa beramal Makruf Nahi Mungkar dan sentiasa bertaqwa agar kehidupan kita di negara yang dicintai mendapat keredhaan dan rahmat Allah s.w.t. dan dijauhkan kita dari bala-balaNya dan kecelakaan.

Kami bawa di sini dua potong hadis Rasulullah sebagai Mukadimah berhubung dengan permasalahan di antara pemerintah dan rakyat kaum Muslimin khasnya.

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim

Bersabda Rasulullah s.a.w. apabila ditanya tentang bala dan laknatullah pada umatnya kemudian hari.

  1. "Bagaimana kamu berlindung apabila dilanda lima perkara. Kalau aku

(Rasulullah s.a.w.), aku berlindung kepada Allah agar tidak menimpa kamu atau kamu mengalaminya. (1) jika perbuatan mungkar dalam sesuatu kaum sudah dilakukan terang-terangan maka akan timbul wabak dan penyakit yang belum pernah menimpa orang-orang terdahulu. (2) jika sesuatu kaum menolak mengeluarkan zakat maka Allah akan menghentikan turunnya hujan dan kalaulah bukan disebabkan binatang-binatang semestinya hujan tidak akan diturunkan sama sekali. (3) jika sesuatu kaum mengurangi takaran dan timbangan maka Allah akan menimpakan kesukaran beberapa waktu, kesulitan kehidupan dan kezaliman pemerintah. (4) jika pemimpin-pemimpin mereka melaksanakan hukum yang bukan dari Allah maka Allah akan menguasakan musuh-musuh mereka untuk memerintah dan merampas harta kekayaan mereka. (5) jika mereka mensesiakan Kitabullah dan sunnah Nabi, maka Allah menjadikan permusuhan di antara mereka." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

  1. "Jihad paling afdal ialah menyampaikan perkataan yang adil di hadapan pemerintah yang zalim dan kejam." (HR. Ath Thusi dan Ashhabus Sunan)

Hadis yang pertama jika ditafsirkan mengikut keadaan semasa kita dapati kesemuanya ini telah berlaku di dalam negara kita yang tercinta dan kami berlindung kepada Allah agar tidak ditimpakan kepada kita bala-bala yang pasti akan datang diundangi oleh kemungkaran-kemungkaran tersebut seperti yang telah disabdakan oleh junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Kita adalah suatu kaum umat Muhammad yang berbangsa Melayu dan Islam

sebagai agama tidak kira apa jua jentera parti yang menerajui pucuk pimpinan tetapi yang pasti bahawa kita telah melakukan kesilapan membenarkan Dr. Mahathir dan menteri-menteri kabinetnya yang tidak ada pegangan terus berkuasa walhal kita mengetahui mereka-mereka ini telah berkomplot untuk mengaibkan agama Islam dan pemimpin Islam.

Oleh kerana itu di atas kesilapan kita, kita telah dikifaratkan dengan berbagai-bagai bala dan kesulitan daripada Allah agar kita berfikir dan menyelesaikan masalah ini dengan segera tanpa kompromi sebelum terlambat.

Lihatlah keadaan kita, negara kita. Bukalah hati dan fikiran kita dengan ikhlas berhubung dengan kemungkaran-kemungkaran seperti yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah tersebut dan bandingkan dengan keadaan semasa di bawah era pemerintahan Dr. Mahathir.

  1. Apakah kita buta berhubung perbuatan mungkar yang terang terangan berlaku dari jawatan Perdana Menteri yang disandang oleh Presiden parti sehinggalah diperingkat Menteri-menteri kabinet dan Majlis tertinggi ?
  2. Adakah perlu kita menyenaraikan kemungkaran-kemungkaran ini melainkan sekiranya Allah menutup hati dan mata kita ?

  3. Zakat adalah soal yang amat berat. Tetapi diringankan oleh pemerintah tanpa menitikberatkan hal-hal, hukum dan pengendaliannya seperti pengendalian yang cekap dibuat bagi tujuan mendapat cukai-cukai pendapatan, kasino, alkohol, rokok dan cukai perniagaan yang lain.
  4. Kejahilan rakyat yang beragama Islam berhubung dengan perkara dan pembayaran zakat ini sangatlah jelas sehingga timbul penyelewengan di dalam pembayaran zakat dan pengagihan zakat oleh Amil-amil kepada yang berhak.

    Apakah kita tidak terfikir yang zakat diwajibkan oleh Allah s.w.t. itu memerlukan pengendalian yang cekap, telus dan hukumannya perlu jelas?

  5. Masalah penipuan di dalam perniagaan masa kini adalah sangat ketara.
  6. Simbolik kepada hadis Nabi Muhammad s.a.w. tipu timbang dan tipu

    dacing samalah juga sekiranya penipuan di dalam harga-harga tender kerajaan ditambah dengan peratusan bagi tujuan rasuah dengan sewenang-wenangnya tanpa mengikut lunas-lunas agama dan keadilan sehinggalah penipuan di dalam membahagikan peluang-peluang perniagaan dan hasil kekayaan negara kepada rakyat.

    Adakah kita menafikan periberlakunya penyelewengan ini di bawah pemerintahan Dr. Mahathir ?

  7. Melaksanakan hukum mengikut nafsu yang bukan dari hukum Allah s.w.t. adalah satu fenomena yang biasa oleh pemerintah pada ketika ini. Tindak-tanduk pemerintah di dalam soal ini tidak pernah ditentang oleh mana-mana pihak termasuk dari pihak-pihak yang sepatutnya, yang alim dan berilmu serta memegang jawatan ulama’ yakni orang-orang yang memegang amanat Rasulullah s.a.w. selepas wafatnya baginda.
  8. Adakah ulama’-ulama’ di bawah pemerintah sekarang takut kepada Makhluk ? Tidakkah sudah jelas bencana akibat kita berkompromi dengan pemerintah, akhirnya musuh-musuh agama kita orang yahudi (George Soros, salah satu), telah berjaya merampas harta kekayaan kita. Tidakkah kita melihat perkara ini melalui pandangan rohaniah ? Mungkinkah selepas ini, kita juga akan kehilangan kuasa pemerintahan dan ketuanan Melayu yang berpegang kepada agama ?

    Sedarlah dan insaflah semua musibbah ini tidak mustahil di sisi Allah s.w.t.

  9. Kitabbullah dan sunnah Nabi jelas dijadikan senda-gurau dan dipermain-mainkan oleh Dr. Mahathir, menteri-menteri kabinet dan menteri-menteri besarnya. Jika kita amati dan selidiki, jelas golongan pemerintah adalah orang-orang yang fasik, yang telah dijadikan pemimpin.

Laknat Allah dan bala musibbah telah diundang dan pasti akan datang dan kita semua akan sama-sama merasainya melainkan datang pertolongan Allah memberanikan Tuanku-tuanku Raja-raja, Mufti-mufti dan para ulama’ serta cendiakiawan Islam berjihad bersama-sama rakyat yang telah sedar berhubung dengan huru-hara dunia yang bakal datang di negara ini.

Maka kita rakyat Malaysia dan ehwan muslimin yang telah diamanahkan perlu mengambil ihtibar di atas perintah dan peringatan Baginda Rasulullah s.a.w. seperti yang telah diriwayatkan oleh hadis Baginda tersebut dengan mengambil langkah-langkah yakni menyampaikan kemahuan dan perintah tersebut kepada Dr. Mahathir berhubung dengan kedaifan-kedaifan pemerintah, kezaliman dan kekufuran agar beliau meletakkan jawatan dan seterusnya membenarkan proses pemilihan pemimpin oleh rakyat Malaysia sekiranya kita mahu menyelamatkan negara dan diri kita serta kembali kepada jalan Allah dan RasulNya seperti mana yang dihuraikan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim, bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Dan sesungguhnya sekiranya peringatan ini ditinggalkan dan pemerintah masih lagi menentang amar makruf dan nahi mungkar, maka apa yang kita cari tiada lain melainkan laknat Allah s.w.t."

Kami berdoa agar Allah s.w.t. mempermudahkan segala tanggungjawab-tanggunjawab yang telah diamanahkan kepada Yang Mulia Tuanku-tuanku , Yang Berbahagia Mufti-mufti dan Ulama’-ulama’ dan Cendiakiawan-Cendiakiawan agar tidak disulitkan urusan Allah berhubung permasalahan yang bakal diselesaikan. Ini termasuk melalui jalan kebijaksanaan dan dijauhi Allah dari merasa takut kepada sesama makhluk.

Diutus bersama ini juga beberapa potong hadis bagi menyempurnakan warkah-warkah ini berhubung kepimpinan negara, keadilan dan siasah (politik) agar kita semua mendapat ikhtibar dan pertunjuk yang terpenting di dalam hidup menerusi sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.

Insya Allah Semoga warkah ini kelak akan dapat menjauhkan fitnah dan menyelesaikan perbalahan seterusnya mendatangkan kebaikan dan keberkatan kepada negara pada masa ini dan dijadikan sebagai ubat penawar untuk kegawatan-kegawatan ekonomi dan juga politik secara Islam dan menamatkan segala jenis kezaliman dan kekufuran pemerintah sebelum rakyat jelata bangun secara besar-besaran menentang dan memerangi pemerintah sama ada Tuanku Raja-raja, Tuan-tuan Mufti, Para Ulama’ dan cendiakiawan Islam berserta bersama ataupun sebaliknya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi pemimpin sekalian umat ke jalan yang selamat di dunia dan di akhirat.

La illaha ilallah Muhamadurasulallah, fikulilam hatin wanafasin adadama wa siahu ilmullah.

Ampun Tuanku

Wasallamualaikum w.t.w.

Dari Murid-murid Tuan Guru Al-Marhum Sidi Al-Sheikh Mohammad Said bin Sheikh Jamaluddin Al Linggi r.a.

dan

Golongan Muslimin yang Insaf.

 

Lampiran

 

 

HADIS-HADIS YANG DIRIWAYATKAN BERHUBUNG KEPIMPINAN, KEADILAN DAN SIASAH (POLITIK) BAGI RENUNGAN DAN IKHTIBAR DIDALAM PERMASALAHAN NEGARA MASA KINI

  1. KhollaRasulullah s.a.w.
  2. Izaradallahubikaumin hairon walla a’laihim hulamahum wakhoda bainahum u’lamauhum waja a’lal malafisumaha ihim. Waiza ara da bikaumin sharon walla a’laihim sufaha ahum, wa khoda bainahum juhaluhum, wajaa’lalmallafibuhallaihim ( HR. Ad Dailami)

    Terjemahan:

    Berkata Rasulullah s.a.w.

    Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi sesuatu kaum, maka dijadikan pemimpin-pemimpin mereka orang-orang yang bijaksana dan dijadikan ulama-ulama mereka menjalankan hukuman dan peradilan. Juga Allah jadikan harta benda ditangan orang-orang yang dermawan. Namun, jika Allah menghendaki pemimpin-pemimpin mereka yang berakhlak rendah, dijadikanNya orang-orang dungu yang menjalankan hukuman dan peradilan dan harta benda ditangan orang-orang bakhil.

  3. KhollaRasulullah s.a.w.
  4. La’anallah uroshiwal murtashiwar risha bainahuma (H.R. Ahmad)

    Terjemahan:

    Berkata Rasulullah s.a.w.

    Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan yang memberi peluang bagi mereka.

  5. KhollaRasulullah s.a.w.
  6. Min Ahwanilihaya natitija ratul wali firai’yatihi (HR. Ath Thabrani)

    Terjemahan:

    Berkata Rasulullah s.a.w.

    Khianat paling besar bila seorang pemimpin memperdagangkan rakyatnya.

  7. KhollaRasulullah s.a.w.
  8. Arash watufil hukmikufron. (HR. Ath Thabani & Ar Rabii)

    Terjemahan:

    Berkata Rasulullah s.a.w.

    Rasuah di dalam urusan pemerintahan (hukum dan agama) adalah kufur.

  9. KhollaRasulullah s.a.w.

Izaraaital’alima yuhalitusultana muhalatotan kasirotan fa’lam bianahu. (HR. Ad Dailani)

Terjemahan:

Berkata Rasulullah s.a.w.

Apabila kamu melihat seorang ulama bergaul erat dengan pemerintah maka ketahuilah bahawa dia adalah pencuri



Email: reformasi-terkini@usa.net