Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Posted Friday, October 30, 1998

KENYATAAN MEDIA

POLIS PERUSUH SEBENARNYA

 

Angkatan Reformasi Malaysia telah membatalkan Perhimpunan Raksaksa yang patut diadakan di luar Parlimen pada 23rd October, 1998 apabila mendapatkan maklumat bahawa polis telah menerima arahan untuk mencetus keganasan. Kami tidak berniat untuk memulakan konfontasi yang ganas, namun tekad rakyat terhadap reformasi tetap teguh dan kian meningkat hari demi hari.

Angkatan Reformasi Malaysia tidak terlibat di dalam demonstrasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kampung Baru pada 24th October, 1998, tetapi daripada tinjauan kami adalah nyata bahawa tindakan tidak berperikemanusiaan oleh polis terhadap orang awam lalu-lalang dan yang makan di gerai-gerai berhampiran (yang tidak terlibat) adalah punca tindakbalas yang agak keras orang Kampung Baru.

Tidak ada sebab langsung polis bertindak ganas secara rambang. Tempat makan awam seperti Medan MARA dan sepanjang Jalan Raja Alang telah disembur dengan air berkimia tanpa menghiraukan dan orang tidak bersalah pun dibelasah tak menentu. Apakah mereka yang tengah makan di tempat ini dan tuanpunya gerai juga terlibat dengan perhimpunan yang dikatakan "haram" itu?

Tindakan seperti ini tidak berasas samasekali dan polis adalah dipersoalkan oleh rakyat. Tindakan polis menunjukkan bahawa polis sendiri adalah perusuh sebenarnya dan tindaklaku mereka dalan banyak kejadian menunjukkan bahawa mereka tidak berniat langsung untuk menjaga keamanan tetapi lebih mirip memastikan keganasan berterusan.

Dalam banyak kejadian yang kami telah nampak, orang yang bersorak lantang sekali di perhimpunan aman orang ramai sebenarnya polis (memakai baju biasa) yang menjadi dalang. Jika mereka ini ditangkap dan dibelasah oleh orang ramai yang cuma melaksanakan hak demokrasi mereka untuk berhimpun dan bersuara, maka jangan hairanlah. Rakyat memang dan patut merasa marah dan tersinggung.

Polis bertindak seperti binatang liar di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kampung Baru. Hanya kesabaran yang ditunjukkan oleh orang Kampung Baru yang telah menyekat keadaan daripada menjadi rusuhan secara besar-besaran.

Dan ini merupakan tahap penentuan protes rakyat terhadap kerajaan yang telah mengoyakkan kontrak sosial bersama rakyat dan telah hilang hak moral untuk memerintah. Kerajaan (atau lebih tepat, rejim) Mahathir hanya boleh mengekalkan kedudukannya melalui paksa.

Rejim Mahathir haruslah menerima hakikat bahawa ianya telah hilang hak yang sah untuk terus memerintah. Paksaan, ugutan dan keganasan tidak akan tundukkan rakyat untuk mempercayai bohong Mahathir lagi mahu pun untuk menerima penyalahgunaan kuasa dan salahlaku wang awam diselindungi hak yang sah.

Mahathir seharusnya meletakkan jawatan dan membubarkan Parlimen supaya rakyat boleh menentukan siapa mereka mahu memerintahkan negara kita. Mahathir tidak sepatutnya menyalahgunakan kedudukannya seterusnya untuk membeli masa bagi menyalurkan lebih banyak wang kerajaan dan awam terus masuk kocek anak-anak dan kroninya.

Sambil itu, protes secara aman kami akan berterusan. Namun, tindakan ganas oleh polis akan ditentang dengan tindakan yang setimpal. Kami akan melemahkan polis. Undang-undang dan ketenteraman tidak boleh memperkuatkan rejim yang haram yang sudah tidak mempunyai sokongan majoriti rakyat. Kami tidak akan berundur berhadapan dengan kezaliman.

 

LETAK JAWATAN, MAHATHIR, LETAK JAWATAN!

 


 

PRESS STATEMENT

POLICE THE REAL RIOTERS

 

Angkatan Reformasi Malaysia called off the Mammoth Gathering at Parliament on 23rd October, 1998 upon receiving information that the police had instructions to provoke violence. We have no desire to start any violent confrontation, but the people’s resolve for reform remains firm and grows stronger by the day.

Angkatan Reformasi Malaysia was not involved in the demonstrations in Jalan Tuanku Abdul Rahman and Kampung Baru on 24th October, 1998, but from our observations it is obvious that brutal action by the police even on innocent passers-by and people eating at stalls in the vicinity were the cause of the violent reaction from the people in Kampung Baru.

There is absolutely no necessity for the police to act so brutally and indiscriminately. Even eating places such as Medan MARA and along Jalan Raja Alang were sprayed with noxious water without regard and innocent people beaten up. Are innocent people eating at these places and the stall owners also involved in "illegal" gatherings?

These actions are totally unjustified and the police have a lot to answer to the people for. Police actions show that they are the real rioters and their behaviour in many instances show that they are not interested in keeping the peace but rather in ensuring violence and further violence.

In many instances we have seen, the people shouting the loudest at peaceful public gatherings are actually agent provocateurs of the police in plainclothes. They should not be surprised therefore if they are caught and beaten up by protestors who are only exercising their democratic right to freedom of speech and assembly. The people are justifiably angry and upset.

The police behaved like animals in Jalan Tuanku Abdul Rahman and Kampung Baru. Only the restraint of the Kampung Baru residents stopped the situation from deteriorating into a full-scale riot.

But this is a turning point in the protest by the people against a government which has breached its social contract with the people and lost its moral right to rule. The Mahathir government now survives only through force.

The Mahathir government has to accept that it has lost the legitimate right to continue to govern. Intimidation and threat will not cow the people into believing Mahathir’s lies any more and the blatant abuse of power and large-scale misappropriation of public funds under the guise of legitimacy.

Mahathir should resign and dissolve Parliament so that the people can decide who they want to govern this country. He should not further abuse his position to buy time to siphon off more government and public funds into the pockets of his children and cronies.

In the mean time our peaceful protests will continue. However, violent action by the police will be met with violence. We will wear the police down. Law and order cannot uphold an illegitimate regime which no longer enjoys the support of the majority of the people. We will never retreat in the face of tyranny.

RESIGN, MAHATHIR, RESIGN!



Email: reformasi-terkini@usa.net