Posted Thursday, October 22, 1998
TIPS FOR REFORMASI SUPPORTERS AT THE RAKYAT-GATHERINGS
Fellow Comrade,
Many of our colleagues and supporters of the peaceful REFORMASI movement have been tortured and captured. The gatherings are never supposed to be violent but the ‘Authorities’ have a habit of making it one.
We do not expect nor are we looking forward to these situations, but we will still be involved in many more peaceful gatherings every week. It is appalling to see many innocent victims of these casualties, even those who are not involved, therefore the following tips are given to ensure we stay safe and be prepared for the unexpected…..:
Comfortable clothing with appropriate walking / running shoes. Never wear slippers and for the ladies no court shoes or sandals, please. Be prepared to climb and jump as well as to do a lot of running.
Never leave the crowd alone or in small group even if you decide to leave the gathering early. The SBs have a habit of catching these people. Never use isolated alleys or short cuts. Beware and watch where you’re walking.
It is always difficult to know the agenda – except we need to be together to fight for change. Therefore never act or follow ‘side orders’ e.g. ‘Follow this way, it’s a short cut’.
Always follow the majority. Someone will make the decision. Don’t provoke the ‘authorities’ or ‘strangers’. Stick with the crowd. It will be a lot safer.
4. Be at the Mosque or the Meeting Place with the Crowd
REFORMASI supporters always do their prayers at the National Mosque. If you are not praying as well as practicing other faith, please follow the crowd and remain in the compound of the ‘Meeting place’ instead. You will receive further instructions from there.
We call upon all those who have medical or first aid experience to carry with them important items such as ointment, bandages etc. Ladies too can keep these important items in their bags. Many supporters get the occasional faint spell or cramps. Please assist these people.
To the Medical Professional who are involved and believe in this cause, please set up a medical unit at the mosque or at strategic location. These gatherings may be considered ‘illegal’ by the Government but many human lives are involved! Do your best for the interest of our Nation. Thank you in advance for your cooperation.
If you really have to run, head for public areas. Never take an isolated tunnel or lane.
We don’t want this, but in case it does happen, let’s protect the ladies and children. Let them stay behind the men.
As for the strong looking / Commando-like men who were protecting us during the Jln. TAR gatherings. Please stay with us at all times.
Let us pray to God for our protection. We hope the above will prepare us somehow for the unexpected.
Everyone has a different role to play in this REFORMASI cause. There are passive supporters who have many times urged not for gatherings but by other means. It is imperative for all actions to be taken. Be it through reading materials or through talking. Many have contributed through their writings and ideas, comments and criticism. Thank you. But based on history, gatherings are necessary if a change is to take place fast. Those who do not want to participate please do not stop others. We all have our own roles to play. Lets do it wisely !
For the supporters of these peaceful gatherings, we urge all of you to be careful. For first timers, please be known that it is the ‘authorities’ that will start the violent move. Based on the experiences gathered so far and the gruesome scenes that had taken place, we urge supporters to be careful.
Please remind all our colleagues for our own safety. The support for REFORMASI has grown every week and we have to show the Government who are still unaware of the number of supporters, how big we are. So, please bring more friends and supporters to join us in changing the Nation’s history from worst to better.
Be brave and bold in our demand.
TIP-TIP UNTUK PENYOKONG-PENYOKONG REFORMASI DI PERHIMPUNAN RAKYAT
Sahabat-sahabat seperjuangan,
Ramai dari kalangan sahabat-sahabat perjuangan perhimpunan aman REFORMASI kita telah didera dan ditangkap oleh ‘pihak berkuasa’. Perhimpunan-perhimpunan ini tidak sepatutunya menjadi ‘ganas’ tetapi seperti yang telah berkali-kali kita lihat, ‘pihak berkuasa’ suka menggunakan tektik ini.
Kita tidak mengharapkan situasi sebegini berlaku, dan kita akan terus terlibat di dalam perhimpunan-perhimpunan aman pada tiap-tiap minggu. Adalah sangat menyedihkan untuk melihat ramai mangsa yang tidak bersalah terlibat, oleh itu tip-tip berikut diberi supaya kita lebih bersedia dalam menghadapi keadaan yang tidak diduga….
Pakailah pakaian dan kasut yang sesuai untuk berlari. Jangan pakai slipar atau kasut bertumit bagi wanita. Bersedia untuk memanjat, melompat dan berlari.
Jangan tinggalkan kumpulan orang ramai berseorangan atau dalam kumpulan kecil. Jika anda perlu pulang awal, berhati-hati. Jangan gunakan lorong gelap atau jalan pintas. Berjaga-jaga.
Memang sukar untuk mengetahui agenda untuk hari itu – tetapi kita semua perlu bersama dan bersatu unutk perjuangan demi perubahan ini. Oleh itu, jangan ikut atau dengar ‘nasihat-nasihat sampingan’ yang boleh mengelirukan seperti arahan untuk mengikut jalan pintas atau lorong gelap.
Ikut kumpulan orang ramai. Seseorang akan membuat keputusan. Bersama-samalah dengan orang ramai, Insyaallah, selamat.
Penyokong-penyokong REFORMASI sentiasa bersolat di Masjid Negara. Jika ada tidak bersembahyang atau menganut agama lain, sila ikut orang ramai dan tunggu di dalam kawasan Masjid atau kawasan perhimpunan. Tunggu untuk arahan yang akan diberikan selanjutnya dari sini.
Kami memohon agar mereka-mereka yang mempunyai latarbelakang perubatan atau pertolongan cemas agar membawa bersama mereka keperluan-keperluan penting seperti, minyak atau pembalut luka. Wanita-wanita boleh membawa keperluan ini di dalam tas tangan mereka. Ramai dari rakan-rakan kita ini telah pengsan, terseliuh atau terkena kekejangan otot. Sila tolong mereka-mereka ini.
Kepada Pakar Perubatan, yang sama-sama memperjuangkan hak ini, kami berharap dapat memulakan unit perubatan di masjid atau di tempat-tempat yang stategik. Perhimpunan ini mungkin dianggap ‘tidak sah’ oleh kerajaan, tetapi ramai nyawa manusia yang terlibat untuk kebaikan negara dan masa depan. Terima kasih di atas kerjasama yang bakal diberi.
Jika perlu untuk berlari, sila hala ke kawasan awam. Jangan ambil lorong gelap atau sunyi.
Kita tidak menempah kejadian seperti ini, tetapi sekiranya berlaku, lindungilah wanita-wanita dan kanak-kanak. Lelaki kehadapan dan wanita serta kanak-kanak di barisan belakang.
Bagi lelaki gagah seperti komando yang menjaga keselamatan penyokong demonstrasi di Jln. TAR, jangan tinggalkan perhimpunan rakyat di mana-mana jua.
Kita berserah kepada Allah untuk menjaga keselamatan kita. Diharapkan tip-tip di atas boleh menolong kita untuk persediaan menghadapi perkara-perkara yang tidak diduga…
Tiap-tiap dari kita mempunyai peranan yang berbeza bagi menjayakan perjuangan REFORMASI. Ada dikalangan penyokong yang hanya bersimpati tetapi menolak perhimpunan oleh kerana takut atau dihalang. Tetapi bolehlah menggambil peranan dengan cara lain. Adalah penting bagi semua pihak bertindak sekarang sebelum terlambat. Samada dengan cara penyebaran maklumat perjuangan dan pembohongan pemerintah atau secara bercakap atau ceramah.
Banyak pendapat dan sokongan telah diberi melalui tulisan termasuklah pandangan dan kritikan. Terima kasih. TETAPI melalui pengalaman perhimpunan rakyat adalah penting sekiranya rakyat mahukan perubahan secara cepat dan efektif. Bagi mereka yang tidak mahu terlibat di dalam perhimpunan, tolong jangan menghalang dan menakut-nakutkan penyokong REFORMASI yang mahu berserta.
Kita semua bertanggungjawab di atas peranan kita. Buatlah sesuatu yang dapat menolong proses REFORMASI secara bijak. Bagi penyokong-penyokong REFORMASI di dalam perhimpunan damai, berhati-hatilah. Bagi yang baru menyertai, fahamilah bahawa pihak berkuasa kadang kala bertindak gila memulakan huru hara, mengikut dari pengalaman pada perhimpunan yang terdahulu. Maka berhati-hatilah.
Ingat memperingatilah di antara satu sama lain. Sokongan pada perjuangan REFORMASI telah bertambah setiap minggu dan kita akan tunjukkan kepada Kerajaan yang masih menutup mata bahawa bilangan kekuatan kita sudah besar diseluruh negara. Bawalah bersama-sama kawan-kawan yang ingin bersama mengubah sejarah negara daripada buruk kepada baik.
Berani kerana benar, suarakanlah protes dan kemahuan kita.
Email: reformasi-terkini@usa.net