Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Posted Friday, October 30, 1998

WAHAI PERWIRA NEGARA…….ANAK PERTIWIMU MINTA DIBELA

UNTUK PANGLIMA ANGKATAN TENTERA DAN SEMUA ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

WAHAI PERAJURIT BANGSA……APAKAH KAMU MASIH MAHU MEMBISU SERIBU BAHASA….SEDANG ANAK-ANAK BANGSA MU DI SEPAK TERAJANG SEPERTI ANJING DI JALAN-JALAN RAYA….BANGUNLAH DARI TIDUR MU…..SUDAH LAMA KAMU HIDUP DALAM KEADAAN SELESA…..KINI BAKTI MU DI PINTA…BUKAN UNTUK MASUK BELANTARA MEMBURU KOMUNIS….TETAPI SEKADAR UNTUK MENGAJAR SEDIKIT ADIK-ADIK MU YANG SUDAH MENJADI BIADAP LANTARAN INGIN MEMENUHI NAFSU SEORANG DIKTATOR YANG SUDAH GILA…

 

Assalamualaikum diucapkan kepada semua. Sembah salam buat semua perajurit bangsa andaikata yang membaca dan mengikuti ruangan ini.

Wahai tentera, perajurit bangsa dan perwira negara,

Tidakkah tidak terdetik di hati kecilmu apabila melihatkan rakyat yang kamu sumpahi untuk dipertahankan dari diganyang musuh dihantuk, diheret, ditelanjang dan dirampas kehormatannya oleh pihak polis yang jelas korup dan tidak berwibawa itu? Tidakkah tersayat hatimu melihatkan benteng yang diharap melindungi rakyat dipergunakan untuk menekan dan menindas rakyat?

Tidakkah menangis hatimu melihatkan isteri yang menangis digerigi balai melihatkan suami tercinta disiksa di penjara hanya kerana meluahkan rasa hati yang terbungkam menentang kezaliman pemerintah? Apakah tidak ada belas kasihan di hatimu melihatkan anak-anak muda dan ibu tua diseret dan diterajang oleh pihak lanun durjana?

Apakah tiada kesedaran di benak hatimu melihatkan kemungkaran dan kezaliman yang berlaku di hadapan mata? Ke manakah sumpah janjimu yang telah kau angkat dan disemadikan di paksi hatimu demi mempertahankan bangsa dan tanahair dari diganyang musuh?

Tidakkah kau kasihan melihat kami hamba rakyat yang tidak berdosa dihina, dibalun, ditendang, dibogelkan dan ditahan hanya kerana kami tidak berpuashati melihatkan kemungkaran dan kerdujanaan dilakukan pemerintah dengan merampas hak-hak asasi kami, hak-hak kami untuk hidup, hak-hak kami untuk bersuara, wang dan harta kami dari diperguna oleh pemerintah yang rakus demi kroni mereka?

Tidakkah kamu kasihan melihatkan kami yang tidak bersenjata dan lemah ini dirembat dan disagat ke bahu jalan? Tolonglah kami. Bantulah kami. Lindungilah kami wahai perajurit dan perwira bangsaku. Kami sudah tidak tahan lagi. Kerana itulah sumpahmu. Dan KINI kami menuntut sumpah itu darimu.

Ikhlas,

MANGSA-MANGSA YANG TELAH DIANIAYAI OLEH ANJING-ANJING GILA DI ATAS SURUHAN TUANNYA

 



Email: reformasi-terkini@usa.net