Posted Monday, October 18, 1998
WARNING TO THE POLICE
Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri,
Ketua Polis Di Raja Malaysia,
Pengarah Unit Cawangan Khas, dan
Pengarah Unit Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
La illaha ilallah Muhamadurasulallah, fikulilam hatin wanfasin adadama wa siahu ilmullah.
AMARAN UNTUK POLIS-POLIS
Benarkan rakyat menunjukkan protes secara aman. Setiap minggu rakyat akan datang untuk meluahkan slogan, ‘ALLAHU AKBAR’, ‘ REFORMASI’, ‘BEBASKAN ANWAR DAN HAPUSKAN I.S.A.’ dan ‘UNDUR MAHATHIR. HAPUSKAN KEBATHILAN’. Tanpa senjata, hanya dengan perkataan, rakyat sudah bangun sebagai pejuang-pejuang dan srikandi-srikandi yang berjihad di jalan Allah dan bagi tanahair.
Gunakanlah kuasa-kuasa polis dengan sempurna dan ikhlas.
Rakyat tidak akan tunduk sehingga kemahuan rakyat dan perjuangan rakyat tercapai !
Akta gila, akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (I.S.A. 1960), adalah khas untuk menentang komunisma. Tetapi sekarang dijadikan suatu Akta untuk keselamatan Mahathir.
Kamu, polis adalah rakyat juga seperti kami. Gunakanlah akal yang Tuhan beri. Jangan jadikan wang gaji untuk memberi makan kepada anak isteri dari wang yang datang dari darah-darah rakyat yang mahukan keadilan.
Kami menasihatkan agar elakkan kezaliman, elakkan penganiayaan kerana rakyat yang bangun ini adalah rakyat yang berpelajaran dan bertanggungjawab.
Ordinan Darurat dan Ketenteraman Awam adalah Ordinan yang sudah basi dan tidak akan dapat menakutkan rakyat kerana rakyat sudah jemu deperbodohkan dan ditakut-takutkan.
Ini semua tidakkah dapat membukakan pintu hati polis-polis?
Kamu, polis-polis semua semestilah manusia yang berakal, bukan anjing perliharaan yang boleh disuruh gigit-mengigit, disuruh salak-menyalak. Jagalah maruah kamu dimata anak-anak isteri dan saudara-mara kamu.
Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, dibawah Kementerian Dalam Negeri adalah Akta untuk mejaga dakyah komunisma dan subversif.
Rakyat yang bangun sekarang ini bukanlah dari golongan-golongan tersebut maka perlulah digunakan kebijaksanaan dan pertimbangan. Jangan hanya tahu untuk menangkap mereka-mereka yang menulis dan menyebarkan risalah-risalah berkenaan dengan kezaliman dan kekufuran pemerintah yang dipimpin oleh Dr. Mahathir kerana dengan menentang kebenaran, kamu telah melanggar satu Akta yang besar iaitu Akta Manusia Sejagat dan Akta ketuhanan yang mahukan kebebasan, keadilan dan kebenaran, melainkan kamu, polis-polis bukan sejenis dengan kami yakni insan atau manusia yang tidak ada lebih dan kurangnya di mata Tuhan.
Tahukah kamu bahawa Dr. Mahathir telah membakar hati rakyat ? Rata-rata kami rakyat tidak mendapat faedah untuk keluar beramai-ramai hanya untuk dibelasah oleh kamu orang-orang polis. Semestinya ada sebab perhimpunan anti-kerajaan begini menjadi-jadi. Tidakkah kamu berfikir ?
Adakah kamu, Tajol Rosli yang berasal dari keluarga politik dari zaman Al-Marhum Tunku Abdul Rahman lagi tidak boleh berfikir berhubung dengan kelakuan Dr. Mahathir sebagai ‘Bos’ kamu – Menteri Dalam Negeri ?
Malanglah bagi kamu di masa akan datang di mana giliran rakyat akan menentukan samada kamu layak menjadi wakil dan meneruskan perjuangan Allahyarham bapa kamu.
Tan Sri Rahim dan lain-lain Pengarah dan orang-orang besar polis, ingatlah kamu bukan berseorangan di dunia ini, seperti kami juga. Setiap mereka yang dipukul dan darah mereka yang mengalir dari tubuh mereka akan kami tuntut di dunia dan di akhirat ! Jangan ingat kami takut dengan cota dan rotan-rotan kamu.
Berlembutlah sebelum terlambat ! Rakyat sudah bangun.
Jangan jadikan pergaduhan rakyat dengan pemerintah yang zalim dan kufur menjadi pergaduhan rakyat dengan orang-orang polis. Jangan jadikan diri kamu semua alat bagi Mahathir mengekalkan kuasanya yang telah goyang.
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunanya.
Sekiranya pada minggu hadapan, kami mendapat layanan yang buruk lagi biadab seperti pada 17hb Oktober, 1998, kami akan bangun memberontak memerangi kamu habis-habisan dengan senjata-senjata datuk-nenek, keris, parang, tombak dan dengan kalimah ‘La illah hak ilallah Muhamadarasulullah. Allahu Akabar, Allahu Akbar, Allahu Akbar’
Kami berjanji akan perangi kamu habis-habisan. Beringatlah sebelum darah membasahi bumi Malaysia ini. Ya Rabbi, Ya Illahi. La Hawwalahwala Kuwataillah billah.
Membujur Lalu, Melintang Patah ! Insya Allah !
Wassallam.
Daripada:
Murid-murid Tuan Guru Al-Marahum Sidi Alsheikh Mohamad Said bin Sheikh Jamaluddin Al Linggi r.a.,
dan
Golongan Muslimin Yang Insaf.
Email: reformasi-terkini@usa.net