KUALA LUMPUR CITY CENTER (KLCC) |
|
"Buat
pertama kali, bangunan tertinggi di dunia tidak berdiri di Amerika"
INI
ADALAH ANTARA berbilang pujian yang diberikan kepada Menara Berkembar
Petronas yang megah. Disiapkan pada tahun 1996, sebanyak 33 kaki ia
mengatasi Sears Tower di Chicago yang bertakhta selama ini.
Sesetengah
pihak masih mempertikaikan perisytiharan Menara Berkembar Petronas sebagai
yang tertinggi di dunia - faktor penentu hanyalah spire di puncak
menara-menara berkenaan - tetapi tidak diragukan lagi, ia adalah antara
struktur binaan manusia yang paling mengkagumkan di muka bumi ini.
Tidak
seperti kebanyakan binaan penting yang lain, Menara Berkembar ini berkilau
dipanah sang suria - dan juga di bawah sinaran lampu limpah pada waktu
malam - kerana ia disaluti besi waja dan kaca.
Bentuknya juga adalah unik. Keratan rentas salah satu menara akan
menunjukkan bagaimana bentuk ini direka. Ia terdiri daripada dua segiempat
yang bertindan, dengan salah satu segiempat itu diputarkan 45 darjah pada
satu paksi tengah, lalu membentuk corak asas geometri Islam. Untuk
menambahkan ruang lantai, bahagian melengkung ditambahkan pada bucu
dalaman.
|
Cesar Pelli adalah arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk bangunan KLCC yang tertinggi di dunia. |
||||||||||||
|
HakciptaŠjustlook.com, 2003.