Transistor
Komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah.Transistor (Transper Resistor) merupakan peranti kecil yang berfungsi untuk memindahkan signal elektrik melalui resistor. Kelebihan transistor berbanding dengan tiub vakum adalah lebih kecil dan ringan serta tidak memerlukan warm up time (kurang menggunakan tenaga).
Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Penggunaan cakera bagi menyimpan data telah diperkenalkan bagi membantu sistem pita magnetik serta membolehkan pengguna mencapai data yang dikehendaki dengan lebih cepat. Pita magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik.
Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya. Kemunculan FORTRAN (Formula Translation-1954) dan COBOL (Common Business Oriented Language-1959) menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah.
Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih rendah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094. Komputer generasi ini digunakan untuk tujuan perniagaan, di universiti dan organisasi kerajaan (masih belum disalurkan kepada orang awam).