Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Generasi I Generasi II Generasi III Generasi IV Generasi V
  

 

 

Generasi keempat merupakan lanjutan daripada generasi ketiga. Cip-cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju kerana mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor di dalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (Very Large Scale Integration-VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting.

Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.

Mikropemproses mula dijual pada tahun 1971. Selain daripada komputer, mikropemproses boleh juga didapati pada jam digital, mesin kira dan pelbagai mesin di pejabat dan di rumah. Saiz komputer sekarang adalah seratus kali lebih kecil daripada saiz komputer generasi pertama dan satu cip adalah lebih berkuasa daripada ENIAC.

 

Kembali    Menu Utama