"INGATLAH
PAS, DAP, PRM, KEADILAN SERTA KAUM KERABATNYA TIDAK MAMPU MENJANJIKAN APA-APA
DEMI KESEJAHTERAAN MASA DEPAN RAKYAT MALAYSIA. MEREKA CUMA BERMAIN ILUSI
DAN PERASAAN.
ITU SUDAH
CUKUP MEMBUKTIKAN REALITI SEBENAR AGENDA POLITIK PEMBANGKANG. KAKI
PUTAR BELIT, KAKI KELENTONG DAN KAKI LELONG.
FITNAH
DAN TOHMAH JADI SENJATA. SENTIMEN AGAMA DAN KAUM JADI TARUHAN. RAKUS DAN
GELOJOH KERANA KUASA. SANGGUP MENGHALALKAN CARA DEMI CITA-CITA POLITIK
YANG SEMPIT LAGI MENJIJIKKAN. SANDIWARA POLITIK MEREKA AMAT MEMUALKAN.
GELAGAT MEREKA TERNYATA MENGELIRUKAN."
Salam Perjuangan,
KerisMelayu
Ditambah pada 13 Ogos
2001
IMEJ PUTERI UMNO WAJAR MENGIKUT
ISLAM
Oleh: KerisMelayu
Pelancaran pengumuman jumlah keahlian
Puteri pada 8 Ogos yang lalu sehingga mencapai 84 ribu ahli harus diberi
pujian. Apapun kita perlu mengucapkan tahniah kepada Presiden Penaja Puteri
UMNO iaitu Cik Azalina Othman dan kesemua para exconya yang bertungkus
lumus merangsang wanita muda ke arah memasuki Puteri untuk menguatkan jentera
UMNO yang memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kesucian agama Islam.
Apa yang merisaukan saya, tulisan
sulung saya pada kali ini , akan disalahtanggap oleh sesetengah pihak.
Kerana pada penulisan kali ini, saya lebih kepada ingin mengutarakan satu
cadangan dari segi imej Puteri yang akan menyerlahkan lagi kecenderungan
anak anak muda khususnya wanita untuk terus bersama Puteri bagi membantu
perjuangan mereka dan seterusnya memperkuatkan lagi Puteri yang menjadi
tonggak kepada perjuangan UMNO.
Baca lagi
seterusnya...
Ditambah pada 13 Ogos
2001
KAMARUDDIN JAAFAR MAIN SANDIWARA
DI PARLIMEN
Oleh: Estetika
Semasa berbahas di Parlimen, Kamaruddin
Jaafar (Tumpat) ternyata telah berlagak sebagai hero yang mempertikaikan
keputusan Kerajaan dalam pengambialihan beberapa syarikat Besar yang dikatakan
'Kroni Kerajaan'.
Kenyataan beliau disokong secara
membuta tuli oleh Hassan Ali jaguh lompat jauh dan lompat tinggi PAS dan
lain lain lagi anggota parlimen Pembangkang.
Baca
lagi seterusnya..
Surat Terbuka Pemuda UMNO Kepada
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Sumber: UMNO Online
Kandungan “Surat Terbuka Untuk Pemuda
UMNO” bertarikh 2 Ogos 2001 yang tujukan kepada YB Datuk Hishamuddin bin
Hussein tidak diasaskan kepada substans dan hujjah tetapi adalah satu ledakan
emosi yang tidak berpaksikan kepada garisan intelektual.
Baca
lagi seterusnya...
Pas Lebih Toleran Dari UMNO?
– Yang Ini Suhakam Kena Jawab!
Oleh: KuntaKinte
Penulis sebenarnya menghormati Tan Sri
Musa Hitam sebagai seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan seorang ahli
politik veteran. Apatah lagi Tan Sri Musa sebagai bekas ‘duta’ Malaysia
ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan sekarang Pengerusi Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Baca
lagi seterusnya...
Nukilkan
Sesuatu Di Laman Tetamu
|