Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 

ULAMA PAS BUANG TABIAT

Gempar, lagi menggemparkan apabila Nik Aziz yang mengatakan ‘Pas terima bukan Islam jadi PM’. Ini kerana perkataan tersebut keluar dari mulut seorang yang dianggap pengikutnya sebagai Tok Guru dan tokoh Ulama. 

Tetapi yang peliknya telah berlaku pertelagahan antara Tok Guru ini dengan Tok Presidennya Fadzil Noor. CELARU ……. Apa dah jadi dengan pucuk kepimpinan Pas, bala dari ALLAH SWT kah? Lebih gawat apabila Fadzil Noor berkata bahawa pihak pembangkang akan melaksanakan keputusan persepakatan mereka yang lalu iaitu jika pembangkang menang dalam pilihanraya ini mereka akan melantik  Anwar Ibrahim menjadi PM. Hebatnya mainan politik mereka ini tak ubah macam pak lawak saja, orang ramai jangan hendak diperbodohkan. 

Semua tahu Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman 6 tahun penjara dan sedang menunggu beberapa kes lagi untuk dan sedang dibicarakan, macam mana pula nak lantik dia jadi PM? 

Pelik dan aneh sungguh gelagat pembangkang ini. Nyanyukkah mereka semuanya? Dahulu mereka kata PM yang nyanyuk, tapi sekarang yang nyatanya mereka yang dah buang tabiat. 

Sedarkah wahai ularmak Pas bahawa Anwar Ibrahim akan tua dalam penjara kerana kes yang dilakukannya , inipun jika ikut undang-undang, kecualilah pemimpin pembangkang akan menyalahgunakan kuasa bila memenangi pilihanraya nanti. Adilkah tindakan yang akan mereka lakukan? Dan itulah juga hasrat dan matlamat Keadilan ditubuhkan iaitu HANYA MEMBEBASKAN ANWAR. 

Tak lakulah kalau satu parti yang ditubuhkan tanpa hala tujunya dan apa yang jelas sekarang Pas dan Keadilan kini terumbang-ambing dilanda perasaan balas dendam. Bagaimana halnya dengan rakyat? Nak bela Anwar sorang sajakah sedang ada beribu lagi banduan lain? Karutlah kalau macam ni. 

Sebagai seorang Islam Muslim adalah sesuatu yang memalukan bila orang Cina memberi ingatan bahawa orang Melayu mesti bersatu dibelakang UMNO kalau tidak ketuanan Melayu akan berkubur. Dulu kita ingat Nik Aziz, Harun Din, Ismail Kamus, Hassan Ali  dan lainnya bagus belaka. Masuk saja politik Pas terus jadi haru biru dan bercelaru belaka terus jadi pak lawak juga rupanya kini, payah orang awam nak percaya alim ulama lagi, semuanya berkepentingan belaka. 

Bercakap wah bukan main tetapi tak serupa bikin. Aduhai apalah nasib Melayu kena tipu sepanjang masa, masuk parti untuk memperjuangkan dasar Islam konon,pecah berderai, hampa tak dapat masuk syurga dengan cara mudah, harapan tak kesampaian. Ada orang bertanya sekarang ini adakah lagi ulama warasatul anbiaa? Jelas ulama politik tidak termasuk kerana mereka bercakap bohong, putar belit dan lain-lain lagi. Seorang Ulama tulen mesti baik dan bercakap benar. 

Namun semua yakin dan percaya dengan karenah dan peristiwa yang berlaku dalam tubuh badan Pas kini akan menyedarkan rakyat betapa pentingnya orang Melayu bersatu padu dan tak harus dengar lagi cakap-cakap Ulama Pas yang sentiasa berbohong dan putar belit dengan orang ramai dan pengikut-pengikutnya. 

Orang Melayu mesti bersatu melawan pengkhianat bangsa yang cuba menghancurkan ketuanan Melayu di negara ini. Rakyat harus tolak Pas yang bercelaru dan hanyut dalam alunan mimpi para pemimpinnya sendiri, biarlah pemimpinnya berkokok bersama pak lawaknya dan hapuskan Parti Keadilan yang hanya mahu membebaskan banduan yang bernama Anwar Ibrahim. 


Klik di sini untuk balik ke arkib

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..