Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
NIK AZIZ PENING KEPALA ATAU MABUK?
Nik Aziz makin mengelirukan. Penyakit sawan tak bertempatnya makin hari makin kritikal. Terbaru Nik Aziz memutuskan bahawa jika seseorang wanita itu menggunakan suaranya untuk matlamat berpolitik ini tidak merupakan aurat. Tetapi, jika seorang qariah menggunakan suaranya yang lunak untuk melagukan ayat-ayat suci al-Quran ini pula adalah aurat. Kononnya suaranya ini tidak harus dipertandingkan. Yang menjadi persoalan, dari segi sudut aurat, adalah sama ada tubuh wanita (termasuklah suaranya) di kalangan khalayak ramai boleh menyebabkan fitnah. Memandang kepada kata-kata Nik Aziz itu nampaknya dia berpendapat bahawa jika matlamat yang ingin dicapai adalah politik, justeru, wanita boleh berceramah dan berkempen. Ini menunjukkan bahawa politik dianggap satu perkara kemasyarakatan yang serius dan dengan itu tidak sepatutnya menyebabkan fitnah. Tetapi mengapa pula ayat-ayat suci al-Quran tidak diberi pertimbangan yang sama? Bukankah al-Quran itu mengandungi firman Allah dan bukankah firman Allah bertujuan mencelikkan umat manusia supaya menjauhi segala yang mungkar? Dengan itu suara lunak yang melafazkan segala perintah Allah dengan begitu tepat sekali sudah tentu akan membuai iman si pendengar dan membangkitkan lagi semangat keislamannya. Al-Quran, apabila dibaca dengan begitu sempurna sekali, tidak kiralah oleh qariah atau qari, tidak sepatutnya membangunkan perasaan negatif, walau apa rupa bentuk sekalipun, di antara pendengarnya yang Muslim. Berikutan itu, mengapa pula mempertandingkan suara membaca al-Quran hanya terhad kepada lelaki sahaja? Adakah mungkin di sebalik pendapat ini - yang menyekat penyertaan qariah dari Kelantan untuk menyertai pertandingan bacaan al-Quran negara dan antarabangsa - berselindung kelemahan Tok Guru Nik Aziz? Jika pendapat ini - yakni pendapat berlandaskan ilmu dan keperibadian seorang individu sahaja - diambil pakai sebagai fatwa akan tertakluklah seluruh ummah yang di bawah pemerintahannya. Katakanlah keluhuran ilmu dan keperibadiannya memang tidak dapat disangsikan lagi, namun begitu adakah kesempurnaannya begitu menyeluruh sekali hinggakan pendapatnya boleh berkuat kuasa seolah-olah ia satu undang-undang? Kerana sungguhpun yang melanggar perintah ini tidak boleh dihukum di dunia, jelas kepercayaan yang menerima Nik Aziz sebagai Mursyidul Am bertanggapan bahawa jika dilakukan juga apa yang dihalangnya, kelakuan ini mungkin membawa dosa. Jadi semestinyalah pesalah akan menerima balasan di akhirat nanti. Hal ini, yang menyentuh secara intim akidah seseorang Muslim, tidak harus dibiarkan begitu sahaja kerana ia berpotensi menyebabkan kekeliruan di antara ummah. Dengan kekeliruan sudah tentu akan timbul ketidaktentuan yang akhirnya, jika tidak dibendung, akan membawa kepada huru-hara. Kata-kata Nik Aziz seringkali menimbulkan tanda tanya. Tidak perlulah dituliskan satu persatu di sini segala kontroversi lepas, melibatkan kedudukan wanita, yang telah dicetuskannya. Memadailah jika kita sebutkan secara ringkas bahawa perhatiannya sering berkisar di sekeliling soal mengawal gerak-geri kaum hawa. Tetapi kali ini sentuhannya, bersabit definisi aurat, melanggar prinsip logik (cara berfikir yang rasional dan sihat) atas beberapa perkara. Yang paling penting sekali adalah bahawa etika logik tidak menganggap sempurna pemikiran yang boleh menduakan keadaan. Ini kerana ia membawa kepada apa yang dikenali dalam Inggeris sebagai double standards. Hal ini dikira tidak sihat kerana pemakaiannya tidak sejagat. Sebaliknya ia lebih bersifat pilih kasih. Tabiat dan telatah Nik Aziz tak ubah macam Amerika yang mengambil sikap menutup mata sebelah dalam hal tuduhan bahawa Israel mempunyai senjata nuklear. Tetapi, ia sanggup memusnahkan Iraq atas alasan, berdasarkan syak wasangka, bahawa Iraq mungkin berkemampuan nuklear. Keputusannya ini diambil bukan atas dasar kepentingan manusia sejagat sungguhpun tindakan perang dilakukan atas nama masyarakat antarabangsa atau international community. Apa yang mendorong tingkah laku Amerika adalah kepentingannya sendiri sahaja. Kalau difikirkan kembali gelagat Pas dan Amerika saling tak tumpah macam pelanduk dua serupa.
|
|
||||||||||||