Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
ULAMA PAS GUNA ILMU KEBAL SONGSANG
Apakah sebenarnya kekebalan yang ada pada Nik Aziz? Adakah dia terdiri di kalangan mereka yang maksum iaitu bebas dari melakukan dosa? Hakikatnya Nik Aziz juga seperti manusia biasa yang mempunyai nafsu terhadap sesuatu. Nik Aziz mungkin dianggap kebal jika mereka terus menyanjungnya sebagi Tok Guru hinggakan takut untuk menyerangnya. Jika sindrom takut kerana “title” nya itu maka selama itulah mereka yang mempunyai perasan takut itu akan terus ketinggalan. Nik Aziz mungkin guru agama tapi dia juga ahli politik. Jadi, mereka haruslah menganggapnya sebagai seorang ahli politik dan bukan sebagai tok guru. Tentulah tidak kena atau tidak elok seseorang itu menyerang atau mengkritik tok guru melainkan dengan alasan atau sebab yang kuat. Tetapi kalau tok guru itu juga seorang ahli politik, apatah lagi memegang jawatan tinggi politik, dia terpaksalah menerima hakikat dia akan diserang dan dikritik berasaskan kerjaya politiknya. Kalau dia benar-benar percaya kepada kedudukannya sebagai tok guru, dia tentulah kekal sebagai tok guru. Dia tentulah tidak masuk campur dalam politik. Tetapi Nik Aziz bukan sahaja dalam politik malah menjadi Menteri Besar dan mengetuai dewan ulama Pas. Adalah tidak adil jika dia menyerang orang lain atas landasan politik tetapi mencari perlindungan di sebalik tabir agama apabila orang menyerang balas. Sekarang terbuktilah, apabila diserang sebagai ahli politik, tok guru pun menggeletar kepala lutut dan cakan bukan-bukan. Beberapa bulan lalu, dia kata Islam membenarkan umatnya mencarut. Itu masa dia mempertahankan buku lucah karangan Prof Shit, Shahnon Ahmad yang kebetulan ahli seumur hidup dan penceramah Pas. La ni, dia kata pula Pas boleh gunakan kanak-kanak untuk kempen pilihan raya. Nampaknya mudah sekali beliau membuat hukum. Yang terkini, Nik Aziz minta supaya pemimpin politik ‘berpantang’ selama empat bulan dengan mengelakkan diri daripada fitnah, rasuah dan menipu. Jadi maksudnya sahlah pemimpin politik termasuk daripada Pas memang buat fitnah. Yang menghairankan pasal apa berpantang hanya dalam bulan Rejab, Syaaban, Ramadan dan Syawal saja. Bukankah fitnah, rasuah dan menipu tu tidak dibenarkan pada bila-bila masa pun. Inilah akibatnya bila seseorang itu jadi ahli politik atau ulama bermusim. Ada waktu boleh, ada waktu tak boleh. Bila musim pilihan raya cakap lain, musim bukan musim pilihan raya cakap lain pula. Contoh yang palin nyata ialah dalam kes keracunan arsenik Anwar Ibrahim. Belum apa-apa lagi Pas sudah tuduh orang itu dan ini. Maka jelaslah jika seseorang itu ulama dia tentulah tidak putar belit cakap. Tapi bila seorang ulama jadi ahli politik, dia pun putar belit macam orang lain juga. Oleh itu, kenalh pilih yang mana satu tok guru tulen dan yang mana satu tok guru politik, yang mana satu ulama tulen dan yang mana satu ulama cari duit. Kekebalan Nik Aziz dan Pas hanyalah kerana berlindung di balik sentimen agama yang dimainkan. Hakikatnya mereka juga manusia biasa yang mempunyai nafsu. Lebih menjijikkan di sebalik motif politik yang dimainkan mereka sentiasa membiarkan nafsu menguasai diri dengan memperalatkan agama sebagai benteng kukuh di dalam menghalalkan perbuatan mereka.
|
|
||||||||||||