Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
MANIFESTO: PAS IKUT TELUNJUK KAFIR
Belum apa-apa lagi Pas dah kena pukalan K.O rakan pembangkangnya yang lain. Yang peliknya sebelum ini Pas begitu gah dengan peranan dominannya dalam barisan alternatif jelas terkulai layu melalui manifesto bersama yang dikeluarkan. Pertama, tanpa menyentuh isu penubuhan negara Islam, Pas akhirnya tunduk kepada tekanan tiga rakan lain dalam gagasan itu yang menentang penubuhan negara Islam. Ini nyata kekalahan besar Pas yang tidak boleh lagi berselindung dengan memberi ruang yang secukupnya kepada dua parti yang sememangnya ditolak secara total oleh rakyat iaitu DAP dan Keadilan. Selain kekalahan moral, persetujuan Pas dengan manifesto itu, mengikis imej keIslaman parti itu. Hakikatnya, Islam hanya dijadikan alat oleh Pas. Pas yang kononnya memperjuangkan Islam akhirnya tunduk kepada tekanan terutama DAP yang sejak awal-awal lagi menentang sebarang usaha penubuhan negara Islam. Penyokong Pas seharusnya berhak mempertikaikan manifesto barisan alternatif itu. Mereka boleh mengajukan persoalan apakah Pas benar-benar ikhlas mahu mengangkat martabat dan syiar Islam? Atau apakah pemimpin mereka bermain sandiwara dan mempermain-mainkan Islam untuk kepentingan politik? Di mana suara Pas dalam barisan alternatif sehingga manifesto itu hanya menggambarkan suara DAP, Keadilan dan PRM? Di manakah letaknya kelantangan dan keberanian Fadzil Noor berhadapan dengan pemimpin anti-Islam dan Melayu khususnya DAP kerana Fadzil hanya berkata : “Kita dapat mencapai satu persetujuan untuk meletakkan asas bagi membentuk sebuah negara Malaysia yang adil.” Ke mana perginya ‘hasrat membentuk sebuah negara Islam’ yang diperjuangkan Pas hampir 50 tahun lalu? Apakah Fadzil memberi jawapan itu sekadar hendak menjaga hati DAP atau dia tenggelam punca dan mati akal atau kelu lidah di depan rakan politiknya yang lain? Jelas pemimpin Pas memang tidak bermaruah, masih lagi tergila-gilakan kerjasama dengan DAP sedangkan parti itu sendiri tetap dengan pendiriannya menentang Islam. Namun demi memenuhi hasrat dan mimpi pemimpinnya, Pas sanggup memfitnah, memutarbelitkan agama dan mengeluarkan fatwa politik yang sepatutnya bukan dilakukan pemimpin yang mendakwa dirinya Islam tulen. Manifesto itu juga mengesahkan Pas memang tidak berminat memperjuangkan Islam sebagaimana matlamat asal penubuhan parti itu. Pas sudah tidak lagi layak memakai label nama parti Islam kerana terbukti parti itu memang tidak berupaya bergerak ke arah itu. Kesimpulannya, keempat-empat parti pembangkang itu bertemu jodoh kerana ada satu persamaan antara mereka iaitu memiliki sifat ekstrim. Perkahwinan hanya atas sifat gila kuasa dan keras kepala. Pas dengan label taksub dan ekstrim agama, DAP bersifat chauvanis dan perkauman, PRM dengan sosialisme manakala Keadilan masih tidak ketentuan hala tuju. Gagasan yang cuba dilakukan walaupun berlainan ideologi dan matlamat tetapi dibuai satu mimpi iaitu berkuasa walau dengan cara yang boleh merosakkan masa depan rakyat dan negara. Mereka sebenarnya cuma saudagar mimpi yang cuba mempengaruhi rakyat untuk terus lena bersama mereka tanpa sebarang tujuan.
|
|
||||||||||||