Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
PAS PARTI MUNAFIK
Nyata Pas selama ini mempermainkan agama untuk mengaburi mata rakyat. Kini segala pekung dan tembelang tidak dapat disembunyikan lagi bahawa betapa jijiknya politik sentimen agama yang dimainkan Pas. Pada perkiraan umum, pilihan raya kali ini merupakan peluang terbaik Pas meraih tambahan kerusi memandangkan ia merupakan parti politik yang mendapat keuntungan paling besar daripada isu Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, apabila soal penubuhan negara Islam tidak disentuh langsung dalam manifesto Barisan Alternatif, telah menyedihkan semua umat Islam yang telah tertipu dengan dakyah parti itu selama ini. Pas yang kononya mendapat sokongan jitu umat Islam selama ini kerana matlamat perjuangannya adalah untuk membentuk negara Islam akhirnya ternyata munafik dan pembohong besar apabila akur kepada Parti Bangsa Cina DAP yang memang tidak mahu akan Islam. Bahawa soal pembentukan negara Islam tidak langsung disebut memberi gambaran bahawa Pas begitu mudah mengetepikan apa yang diperjuangkannya iaitu AGAMA ALLAH (ISLAM) kerana terpaksa bersekutu dengan DAP dan mendapat undi cina. Jika Pas benar-benar hebat, ia sepatutnya berjaya mempengaruhi DAP menerima perjuangannya itu. Malangnya umat Islam ternyata tertipu, malahan perbuatan terkutuk ini lebih SESAT DARIPADA AJARAN AL-ARQAM. DI MANA ULAMA HARUN DIN, FADZIL NOOR, NIK AZIZ DAN ISMAIL KAMUS YANG SELAMA INI CAKAP BERDEKAH-DEKAH SOAL PERJUANGAN ISLAM. DI MANA LETAKNYA IMAN ANDA WAHAI PEMIMPIN YANG MENDAKWA DIRINYA ULAMA. TERBUKTI NIPISNYA IMAN ANDA BERBANDING DENGAN TEBALNYA NAFSU UNTUK MEMERINTAH DUNIA. INILAH DIA PENGKHIANAT AGAMA DI AKHIR ZAMAN INI.
|
|
||||||||||||