Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 

SIAPA SEBENARNYA YANG TOLAK ULAMA

Sandiwara apakah yang sedang dimainkan oleh Pas sekarang ini?  Pas yang dahulunya mahu ulama menjadi Perdana Menteri , kini rela menerima bukan Islam menyandang jawatan itu semata-mata kerana pilihan raya.  Yang bercakap ini bukan orang lain tetapi Mursyidul am Pas sendiri, Nik Aziz Nik Mat. 

            Kepimpinan ulama adalah sebahagian teras perjuangan Pas sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.  Bagi Pas, parti itu mempunyai banyak tokoh ulama yang disegani.  Nama-nama seperti Harun Din, Ismail Kamus dan Ishak Baharom sering dijaja sebagai kempen pilihan raya untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka komited dengan perjuangan Islam. 

            Siapa yang harus menjadi pemimpin atau Perdana Menteri juga telah lama dibahaskan oleh Pas.  Pas mahu mereka yang terpilih ialah orang yang cukup ilmu dunia dan akhirat, warak, adil di samping beberapa syarat lain. 

            Umum juga mengetahui betapa ramai pemimpin Pas mempersoalkan keIslaman seseorang.  Ayat al-Quran dan hadis nabi telah menjadi senjata utama untuk menunjukkan mereka lebih Islam daripada pemimpin-pemimpin UMNO.  Konfrantasinya dengan UMNO juga berkisar mengenai masalah ini. 

            Pas selama ini menganggap UMNO tidak dipimpin oleh ulama sebaliknya oleh golongan sekular yang turut memusuhi ulama. 

            Namun persoalannya siapa sebenarnya ulama?  Bukan sebarang orang boleh mengaku dirinya ulama, tambahan lagi sebagai pewaris nabi. 

            Takkanlah gelaran ulama boleh diberi kepada siapa sahaja.  Ramai yang mengaku ulama sebenarnya mempunyai kepentingan yang lain daripada agama iaitu kepentingan politik. 

            Terbukti keinginan untuk memenangi pilihan raya lebih penting bagi Pas, walaupun terpaksa menggadai prinsip perjuangan.  Apakah Pas lebih rela memberikan jawatan Perdana Menteri kepada orang bukan Islam daripada orang Melayu Islam yang bukan ulama?  Tepuk dada tanyalah selera. 


Klik di sini untuk balik ke arkib

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..