Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 

PAS AKAN MENCELAKAKAN BARISAN ALTERNATIF

Barisan Alternatif bakal mendapat celaka gara-gara bekerjasama dengan Pas.  Sejarah membukti Pas khususnya para pemimpinnya tak boleh pakai, penipu besar. 

            Sejarah lalu membuktikan segalanya.   Dalam hubungan ini, Pas tidak harus berdolak-dalik lagi dalam menyatakan sikap dan pendiriannya terhadap rakan kongsi politiknya dengan barisan alternatif, terutama DAP. Bagaimanapun, apakah Pas sedar dengan 'fatwa' pemimpin parti itu yang mengheret penyokong kuatnya terdiri daripada ulama ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika isu mengkafir Umno hebat diperkatakan sekitar 1960-an berikutan Umno bekerjasama dengan parti yang didokong oleh bukan Islam, seperti MCA, MIC dan Gerakan. 

             Mereka tidak seharusnya lupa sudah berapa ramai ahli Pas yang keluar parti, sama ada menubuhkan parti serpihan lain atau menyertai Umno kerana menentang sikap Pas mengadakan kerjasama itu. Malah, pernah berlaku kumpulan serpihan Pas, yang diketuai Prof Madya Mohd Noor Idris, menubuhkan Kumpulan al-Islah kerana membantah tindakan Pas bersekongkol dengan apa yang dinamakan Nik Aziz sebagai 'gemulah' Parti Melayu Semangat 46 (S46). 

Sebelum itu, beberapa bekas pemimpin Pas lain turut keluar daripada parti itu seperti Allahyarham Tan Seri Mohd Asri Muda; Allahyarham Datuk Nik Man Nik Mohamad; dua bekas Presiden Berjasa,  Allahyarham Datuk Mohammed Nasir dan Wan Hashim Wan Ahmad; bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Wan Ismail Wan Ibrahim dan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad. 

            Pas seharusnya tidak lupa sejarah penubuhan parti Berjasa dan Hamim apabila perpecahan berlaku dalam parti itu sehingga mereka bersatu semula bersama-sama S46 dalam gabungan Angkatan PerpaduanUmmah (APU) pada pilihan raya umum 1990. Apa yang berlaku dalam sejarah parti itu tidak mustahil akan berulang semula dalam barisan alternatif kali ini kerana ikatan parti itu dianggap longgar. 

Ramai yang berpendapat, perpaduan yang wujud antara Pas dengan Keadilan ketika ini tidak sama ketika Pas bekerjasama dengan S46 sebelum pilihan raya umum 1990. Ini kerana, apa yang jelas kewujudan S46 pada 1988 adalah hasil perpecahan dalam Umno berikutan pemilihan dalam perhimpunan agung parti itu pada 1987 menyebabkan parti itu diharamkan. Sementara itu, kewujudan parti Keadilan pula berikutan pemecatan  Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan politik pada September tahun lalu. Sebab itu, peristiwa pemecatan Anwar itu dianggap sebagai 'rahmat' bagi Pas untuk menarik lebih ramai sokongan rakyat terhadap parti itu. 

            Malah, setidak-tidaknya Pas mampu menarik seorang penyokong kuat Anwar,  Kamaruddin Jaafar, yang juga bekas Ketua Umno bahagian Tumpat, menyertai parti itu setelah dipecat daripada Umno pada 5 Julai lalu selepas Majlis Tertinggi (MT) parti mendapati dia terbabit dalam membantu gerakan parti pembangkang. Tindakan Kamaruddin itu dianggap tamparan hebat kepada Keadilan kerana umum meramalkan dia akan menyertai parti pimpinan  Wan Azizah berdasarkan hubungan baiknya dengan Anwar. Bagaimanapun, mungkin ramai  mempersoalkan kesetiaan Pengerusi Institut Kajian Dasar (IKD) itu dalam Pas kerana beliau seorang ahli Umno tulen sejak diketengahkan sebagai pemimpin Pemuda. 

Kenapa Kamaruddin memilih Pas dan tidak menyertai Keadilan sedangkan beliau adalah penyokong kuat Anwar. Mungkin beliau beranggapan lebih senang menggunakan platform Pas daripada Keadilan dalam mengembangkan pengaruh politiknya. 

Kemasukan Kamaruddin ke dalam Pas mungkin atas niat ingin menarik pengaruh pihak lain, termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyertai parti itu. Strategi itu pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim, yang cuba memperjuangkan pendapat sendiri sebaik dibawa masuk menyertai Umno. 

             Justeru, apa pun perkembangan yang berlaku dalam pakatan barisan alternatif itu tidak akan menjejaskanusaha Umno atau BN termasuk merampas kembali Kelantan daripada Pas dalam pilihan raya umum akan datang.  Yang jelas gabungan alternatif ini bakal mendapat celaka bahana Pas yang dalam apa jua keadaan lebih suka berpura-pura. 


Klik di sini untuk balik ke arkib

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..