Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                 www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE
Time By Escati
Waktu Di Malaysia Adalah:



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..." 
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


DEMI 'SILENT MAJORITI' TERUSKAN HALANG SEGALA AKTIVITI CERAMAH TERBUKA

Pembangkang makin naik tocang. Aksi seperti beruk kena belacan apabila senantiasa melakukan ceramah tanpa permit jelas menunjukkan mereka terus mengambil kesempatan atas tolak ansur yang diberikan oleh kerajaan. Hadi yang dilihat sebagai cukup samseng apabila menegaskan akan mencabar kerajaan untuk menangkapnya walaupun beliau tidak mempunyai permit untuk mengadakan ceramah terbuka. Mereka sengaja mencabar kewibawaan dan kebebasan yang diberikan. 

Justeru, terpamirlah sikap kurang ajar ala samseng Hadi dan konco-konconya menganggu ketenteraman awam di kala semangat mendengar ceramah yang menghasut mereka ke arah membenci kerajaan. 
Dalam kekalutan menangani semua kekacauan yang dilakukan oleh macai-macai pembangkang ini kepentingan majoriti senyap yang juga mempunyai perasaan, tetapi tidak menunjukkannya secara terbuka jelas terganggu. 

Golongan majoriti senyap selalunya akan memendam rasa sambil terus mengharapkan keadaan akan pulih dan apa juga gangguan yang berlaku akan berakhir. 

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah hari ini dapat dibentuk berulang-ulang kali kerana mendapat sokongan kuat majoriti senyap inilah yang memberikan undi mereka setiap kali pilihan raya. 

Majoriti senyap ini mempunyai sebab untuk merasa kecewa dengan kerajaan yang, dalam beberapa hal, kelihatan tidak tangkas dan kurang berkesan dalam menangani tunjuk perasaan, perhimpunan tanpa permit serta ceramah politik yang terang-terang menghasut dan boleh membawa masalah keselamatan. 

Tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan adalah suatu langkah yang bijak bagi membela golongan majoriti senyap ini terus tidak merasa kecewa dan akhirnya hilang keyakinan terhadap kerajaan. Ini kerana kegagalan pemerintah mengekalkan tahap ketenteraman awam yang tinggi bagi membolehkan rakyat menjalankan hidup tanpa sebarang gangguan atau perasaan tidak menentu akan mengecewakan golongan ini. 

Namun golongan ini sedar dan faham bahawa kerajaan cuba mengambil pendekatan yang tidak terlalu berbentuk konfrontasi dengan pihak-pihak yang semakin kuat menentangnya. 

Tetapi persoalannya, adakah puak-puak menentang itu menghargai toleransi kerajaan? Ternyata tidak. Sebaliknya, mereka sedang mengambil kesempatan daripada toleransi itu untuk bertindak lebih garang dan liar hingga ke tahap mencabar institusi keselamatan negara. Malah, ada yang berani mencabar polis supaya menangkap mereka. 

Pelbagai siri keganasan yang terus berterusan oleh pihak yang tidak berhati perut ini menuntut kerajaan wajar menangani permasalahan yang dihadapi dengan tindakan-tindakan yang boleh memantapkan kembali keyakinan orang ramai. 

Suasana yang wujud hari ini sudah sampai ke tahap di mana kerajaan perlu memastikan keyakinan majoriti senyap yang menjadi tulang belakang sokongan yang dinikmatinya tidak terhakis. 

Dalam beberapa hal, kerajaan kelihatan gagal mencegah perkara-perkara yang sepatutnya dihentikan awal-awal lagi. Contohnya, penyalahgunaan masjid dibiarkan tanpa langkah konkrit untuk menyekatnya. Begitu juga salah guna khutbah Jumaat. 

Terlalu banyak retorik politik, tetapi tidak disusuli dengan tindakan tegas. Akibatnya penyalahgunaan itu terus berlaku. Majoriti senyap bertanya, kenapa begitu harus berlaku? 

Kerajaan tidak boleh kelihatan takut untuk berdepan dengan kumpulan kecil yang menimbulkan kekacauan. Kerajaan mesti kelihatan kuat, menguasai keadaan, yakin dan sedia melakukan apa yang perlu dilakukan. 

Segelintir pengganas ini tidak seharusnya terus diberi muka kerana golongan ini hanyalah seperti anjing kurap yang tersepit. Mereka akan sentiasa berkeliaran kerana kehilangan tuan tetapi apa yang ditakutkan anjing kurap ini akan terus menggigit dan menghuru-harakan keadaan. Walaupun hukuman yang paling tepat adalah menembak anjing-anjing kurap ini tetapi sebagai sebuah kerajaan yang masih mempunyai kewibawaan cukuplah jika sekadar dikurung dan diasingkan dari masyarakat


Klik di sini untuk balik ke artikel
Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu

 

 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..