Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


ANTARA MUSA DAN NAJIB: SIAPA JAGUH?

Melihat kepada senario keterlebihan kuota yang tidak dapat diisi oleh calon yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA adalah satu perkara yang amat memalukan khasnya kepada bangsa Melayu. 
Jika diimbas kembali, perkara sebegini tidak pernah berlaku sewaktu Dato' Sri Najib memegang jawatan Menteri Pendidikan pada masa dahulu. Persoalannya mengapa ianya mesti berlaku pada masa Tan Sri Musa Mohamad memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan?

Pada kali ini, penulis ingin membuat kajian mengenai kedua-dua pemimpin ini sewaktu memegang jawatan Menteri Pendidikan. 

Ketika Najib menjawat jawatan Menteri Pendidikan, ramai anak-anak Melayu yang dapat ditauliahkan masuk ke institusi-institusi pengajian tinggi. Ramai pelajar-pelajar Melayu yang mendapat kecemerlangan di dalam keputusan SPM dan STPM mereka. Boleh dikatakan anak-anak Melayu pada zaman itu semakin hari semakin tinggi pencapaian mereka di dalam pembelajaran. 

Siapa yang tidak kenal Najib? Kalau sesebuah kementerian itu dihadiahkan seorang Najib untuk menjadi menteri, sememangnya Kementerian itu seperti menerima 'durian runtuh', ini adalah kerana, rekod Najib sewaktu menjawat sesuatu jawatan semasa di Kementerian Pendidikan mahupun Pertahanan, Najib lebih dilihat suka mempopularkan dirinya di kalangan ahli-ahli kementerian. Kenaikan gaji kepada para tentera, guru-guru sering berlaku sewaktu Najib mengepalai kementerian terbabit. 

Masalah pendidikan boleh dikatakan tidak terlihat sewaktu Najib menjawat jawatan Menteri Pendidikan. Persoalannya, adakah benar tahap mutu pendidikan anak-anak Melayu itu semakin tinggi pencapaiannya seperti yang dicorakkan oleh Najib? 

Apabila Musa memegang jawatan Menteri Pendidikan. Pandangan-pandangan beliau selalu sahaja dilihat sebagai pandangan yang bersifat mengkritik kepada mutu pendidikan negara. Jelas sekali apabila Musa menyetujui pandangan dari Lee Kuan Yew yang menyatakan pendidikan di negara perlu dikaji kerana dasarnya lebih menunjukkan kepada perkauman. 

Musa juga dilihat sebagai Menteri pertama yang berani secara tegas memperlihatkan kepada semua bahawa tahap mutu kecemerlangan pendidikan anak-anak Melayu ketika ini ditahap yang rendah apabila kuota yang diperuntukkan kepada bumiputera ini buat pertama kali tidak dapat dipenuhi. 

Di sini, apa yang dapat penulis katakan, sememangnya Musa ini lebih memandang dari segi mutu pendidikan anak-anak Melayu ini sebagai tempat untuk mendapatkan peluang melanjutkan pelajaran di IPTA tetapi Najib pula tidak menghiraukan soal mutu, selagi ada peruntukan untuk bumiputera, Najib akan cuba meluluskan tempat untuk pelajar bumiputera bagi mengisi tempat-tempat yang diperuntukkan khas untuk bumiputera. 

Hasilnya, kita akan dapati, IPTA bukan lagi tempat para pelajar Melayu yang layak, tetapi ia adalah sebagai tempat pemenuhan pelajar bumiputera yang mengharapkan kuota bumiputera. Maka akan terhasillah pelajar Melayu yang kurang kualiti mutu pembelajaran mereka dan akan mendapat ijazah yang mutunya rendah jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang sentiasa mendapat tempat dalam ijazah kelas pertama. 

Para syarikat pula akan memandang rendah kepada para graduan Melayu yang didapati tidak layak memenuhi sebarang kerja. Ini adalah kerana mutu tahap pemikiran para graduan Melayu ini yang begitu rendah hasil dari kelulusan masuk ke IPT pun atas bentuk 'kuota'. 

Pada pendapat penulis, cara Musa membuka mata rakyat dengan memberi tempat kepada bumiputera yang benar-benar layak sahaja harus diberi pujian. Ini sebenarnya dapat menyedarkan kita khususnya bangsa Melayu bahawa para graduan Melayu yang bermasalah sebelum ini adalah dinilai masuk ke IPTA dari segi kuantiti dan bukan kualiti. 

Kualiti seseorang pelajar itu adalah perlu. Buat apa kita buat kuota sekadar untuk memenuhi para pelajar Melayu yang ternyata lemah dan dimasukkan juga ke IPTA. Hasilnya, apabila mereka keluar bekerja, syarikat-syarikat swasta akan memberi satu pandangan yang cukup rendah kepada para graduan Melayu ini dari soal etika, mutu dan sikap mereka untuk bekerja. 

Sesungguhnya, Musa adalah menteri pendidikan yang pertama yang membuka mata khasnya kepada orang-orang Melayu betapa pendidikan anak-anak Melayu ini sudah ketinggalan jauh berbanding dengan bangsa-bangsa lain. 

Setiap pertubuhan NGO seperti gerakan mahasiswa, para perwakilan pelajar seharusnya jangan sibuk untuk berpolitik menentang kerajaan, tetapi sediakanlah perancangan bagaimana untuk anda meningkatkan mutu pembelajaran anda dan ahli-ahli siswazah yang anda pimpin. 

Ini sedikit sebanyak membantu usaha kerajaan dalam memulihkan mutu pendidikan negara dari segi kualiti dan bukan kuantiti.


Klik di sini untuk balik ke artikel

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..