Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


ISTILAH AGAMA BUKAN UNTUK DIPERMAINKAN

Amat penting sekali bagi umat Islam pada zaman moden ini mengubah pemikiran tradisional tentang isu-isu agama daripada hanya membicarakan konsepnya yang berbentuk umum. 

Ini kerana hal ini sering menjadikan umat Islam keliru dalam membuat tafsiran tentang istilah dan perlambangan yang disebutkan di dalam al-Quran. 
Istilah tentang konsep 'kafir' umpamanya memerlukan penjelasan dan penerangan yang meluas sebelum istilah itu dapat dilabelkan kepada seseorang. 

Di samping itu istilah ini sendiri membawa konsep yang berbeza, iaitu 'kufur' kepada nikmat Allah bagi orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah dan seterusnya menggunakannya untuk jalan maksiat dan sesat. 

Sementara 'kufur' dari segi akidah, ialah seorang Islam yang terkeluar dari agama kerana perbuatannya yang mencemarkan akidah dengan mengingkari ajaran Allah secara terang-terangan seperti beriktikad bahawa sembahyang, puasa dan perintah Allah yang lain yang fardu itu tidak wajib, atau mengingkari bahawa kitab suci al-Quran itu datangnya dari Allah s.w.t. 

Oleh itu sebelum menjatuhkan hukuman sama ada seseorang itu 'kafir' atau tidak maka penjelasan lanjut dan ketentuan ciri-ciri 'kufur' itu hendaklah dibuat dan diputuskan tanpa menimbulkan sebarang keraguan sama sekali. 

Malah dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang memberi hukuman 'kufur' ini pun, pentafsirnya haruslah menentukan dulu apakah jenis kekufuran yang dimaksudkan, sama ada hanya sebagai kufur nikmat, atau kufur dari segi akidah, kerana kedua-dua jenis kekufuran ini membawa implikasi yang berbeza dari segi hukuman dan hal-hal lain yang bersangkutan dengannya. 

Pendeknya istilah dan konsep serta ciri-ciri yang ada kaitan dengan istilah itu, terutamanya dari segi hukum, haruslah diteliti dengan terperinci dan dikaji dengan mendalam supaya keputusan yang diambil tidak tersalah sehingga menimbulkan huru-hara dalam masyarakat. 

Dalam masyarakat Islam hari ini, kita dapati banyak golongan Islam yang timbul di dalam beberapa buah negara Islam di dunia yang terlalu banyak membuat hukuman dan fatwa, terutamanya dalam menghukum bahawa orang itu atau orang ini, golongan itu dan golongan ini, adalah kafir dan darahnya halal diambil. 

Dengan ini akan berlakulah pembunuhan dan pertumpahan darah sesama umat Islam, kerana fatwa yang dikeluarkan adalah mengharuskan pembunuhan dan pertumpahan darah. 

Dengan itu satu kesedaran yang harus wujud di dalam masyarakat Islam dan kalangan umat Islam untuk menyelamatkan umat dan agama ialah dengan menghadkan aktiviti memberi hukuman dan mengeluarkan fatwa tanpa sempadan. 

Pesanan yang amat baik untuk umat Islam ialah umat ini hendaklah menjadi umat yang aktif menjalankan aktiviti dakwah, beramal baik dan berusaha menanamkan semangat persaudaraan di antara saudaranya sesama agama. 

Umat Islam bukan semuanya harus menjadi hakim yang mampu menjatuhkan hukum, atau menjadi mufti yang boleh mengeluarkan fatwa. 

Masyarakat kita kini menjadi kecoh dan berpecah belah kerana terlalu ramai orang yang mendabik dada mendakwa berpengetahuan secukupnya untuk mengeluarkan hukuman kepada orang lain, sama ada orang itu kafir, fasik, zalim, munafik dan berbagai-bagai gelaran buruk dan negatif lainnya yang ia sendiri tidak begitu memahami istilah itu, atau mengetahui secara mendalam tentang konsep dan definisinya yang menyeluruh. 

Apakah orang yang berbicara itu mengetahui siapakah sebenarnya orang kafir, fasik, munafik, zalim dan sebagainya? Sekiranya ia tidak mengetahui pengertian ini sebenarnya, maka pada ketika itu ia hanya berbicara dan turut menjatuhkan hukuman ke atas orang lain semata-mata kerana mengikut cakap orang secara membuta tuli tanpa mempunyai pendirian dan keperibadiannya sendiri. 

Kalau orang ini benar-benar memahami semangat daripada ajaran dan tradisi Islam, maka sebenarnya ia tidak seharusnya bertindak begitu semata-mata kerana terpengaruh dengan kata-kata orang lain. 

Al-Quran banyak memberi peringatan kepada kita supaya tidak mengikuti sesuatu yang tidak kita mengetahui dan tidak kita benar-benar tahu. Islam membuka pintu ijtihad kepada orang yang mampu untuk berijtihad adalah untuk mengelak perbuatan 'taqlid' buta, atau mengikut orang lain tanpa berfikir. 

Hal yang sama juga dapat dikatakan kepada istilah-istilah lain yang sering ditafsirkan secara tidak berasaskan ilmu pengetahuan dan takrif yang sebenarnya. 

Sejajar dengan gelaran fasik, munafik malah kafir kepada orang yang tertentu, maka demikianlah juga halnya, terdapat golongan yang sering memandang orang lain secara lahiriah sebagai orang yang amat unggul, suci dan alim. 

Gelaran 'ustaz', 'alim', 'ulama', 'syeikh' dan gelaran-gelaran lain yang melambangkan keperibadian suci orang-orang agama telah dengan sewenang-wenangnya diberikan kepada sesiapa sahaja mengikut selera golongan yang tertentu. 

Hal ini merupakan satu pencemaran kepada kesucian gelaran tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan oleh orang yang berilmu dan berkeperibadian mulia. 

Gelaran-gelaran unggul yang diberikan kepada orang yang tidak berhak menerimanya itu sekali gus mencemarkan kesuciannya juga. Hal ini juga merupakan satu penyalahgunaan ilmu pengetahuan yang amat dangkal. 

Dengan melabelkan orang-orang tertentu sebagai ulama dan sebagainya, maka pandangan orang awam juga akan terkeliru terhadap orang-orang tersebut. Kalau seorang itu digelarkan ustaz atau ulama, maka segala tingkah laku dan pengucapannya akan dipandang mulia oleh orang ramai walaupun pada hakikatnya orang yang dipandang begitu tidaklah seunggul seperti yang disangka. 

Pendeknya dalam menilai dan menghukum seseorang manusia sama ada baik atau buruk, maka penilaian itu mestilah tepat kepada orangnya berdasarkan ciri-ciri tertentu yang disinari ilmu pengetahuan dan perasaan yang amanah serta ikhlas. Istilah dan label tertentu, terutamanya yang membawakan implikasi keagamaan tidaklah seharusnya digunakan mengikut perasaan dan selera golongan yang jahil dan mempunyai kepentingan sempit. 

Jadikanlah diri kita sebagai pendakwah dan penyebar perkara yang baik, bukan menjadi hakim dan mufti yang hanya bergiat mengeluarkan petua dan hukum, termasuk hukum dan fatwa yang tidak tepat. Ilmu pengetahuan manusia amatlah terhad untuk menghukum dan melabelkan seseorang dengan berbagai-bagai label sedangkan amalan dan hatinya tidak kita mengetahui sepenuhnya. 


Klik di sini untuk balik ke artikel

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..