Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
JANJI TINGGAL JANJI Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) : Tiga perkara, sesiapa yang ketiga-tiganya itu ada padanya, nescaya ia seorang munafik meskipun ia berpuasa, mengerjakan solat dan menduga bahawa dirinya orang Muslim, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia ingkar dan apabila dipercayai dia khianat. Jika dilihat ayat al-Quran dan hadis ini dan dipadankan dengan beberapa
janji yang dibuat oleh parti pembangkang terhadap masyarakat, ternyata
manusia munafik ini terlalu berkuasa dan rakus demi kepentingan politik
mereka.
Sehingga kini badan yang bernama Hisbah itu hanya tinggal janji. Yang dipakai hanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Badan itu dibentuk oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional (BN). Pas juga berjanji beberapa enakmen akan dipinda ke arah lebih kepada kehendak Islam secara menyeluruh. Pas berjanji, demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan pelantikan beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (dilantik) untuk mewakili kumpulan tertentu. Pas sudah memerintah Kelantan sebelas tahun. Sehingga ini, belum ada satu pun janjinya mengenai pindaan enakmen itu dibuatnya. Begitu juga janjinya untuk melantik beberapa Adun. Sudah tiga kali menang pilihan raya, mana Adun yang dijanjikan itu? Adakah janji itu nak bawa ke dalam manifesto baru pula? Pas kutuk kerajaan BN kerana membenarkan pelbagai kegiatan dan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam. Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya. Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi. Katanya, Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk muslihat umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya (tentulah termasuk sama babi) bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit daripada mana? Kata Nik Aziz lagi, dalam Berita Harian (12 Mei 1999) bahawa Pas tetap bekerjasama dengan DAP walaupun DAP secara terbuka tolak penubuhan negara Islam. Bila bertemu dengan rakyat dia kata Pas nak tubuh kerajaan Islam. Katanya, Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam. Pas sanggup gugurkan negara Islam kerana nak kerjasama dengan DAP! Jadi di sini siapakah yang sebenarnya anti-Islam, pengkhianat bangsa, dalang yang bakal menghancurkan negara? Tak perlu toleh ke mana kerana jawapannya sudah jelas. Hanya mereka yang buta hati dan dangkal pemikiran sahaja yang tidak akan mahu mengakuinya.
|
|
||||||||||||