Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


UMNO SEBAGAI WADAH PERJUANGAN BANGSA DAN AGAMA

Setiap pemimpin Pas daripada serendah-rendah jawatan hingga setinggi-tinggi jawatan, dengan begitu lantang menyeru rakyat supaya tumbangkan UMNO dan tumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya 2004 nanti. 

Kelantangan seruan itu jelas mencerminkan dorongan nafsu mereka yang ingin berkuasa, tanpa bersyukur dengan apa yang diperolehi hasil daripada perjuangan UMNO semenjak 55 tahun yang lalu. Bagi mereka langsung tidak memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya UMNO itu ditumbangkan dan BN dikalahkan dalam pilihanraya yang akan datang. 
Kita tidak menafikan hak Pas untuk mendapat tempat dalam politik yang seterusnya dapat memerintah negara ini, tetapi kita harus ingat orang yang hidupnya sebati dengan perjuangan UMNO dan mengharapkan perubahan pembangunan negara melalui konsep BN bukan kecil jumlahnya, mereka tidak akan berdiam diri sekiranya kedudukan UMNO selaku tonggak kerajaan BN tergugat. 

Maka di sinilah akan berlaku pergeseran Melayu sesama Melayu, sementara yang bukan Melayu pula bertindak liar, kerana hilang keyakinan terhadap masa depan mereka. Kestabilan politik akan terjejas, kemudian diikuti pula kemerosotan ekonomi. Para pelabur mula menarik keluar pelaburan mereka satu demi satu, pengangguran semakin hari semakin bertambah. 

Apabila pengangguran bertambah, kehidupan rakyat mula terjejas, keamanan negara tidak lagi terjamin, kecurian, perompakan, pembunuhan akan berlaku, ketenangan hidup rakyat akan tergugat, segala amalan yang baik seperti sembahyang, puasa dan sebagainya yang dituntut oleh Allah tanpa disedari akan diketepikan. Masjid dan surau yang dibina dengan indahnya oleh Kerajaan menjadi kosong, kerana ruang itu telah diisi oleh tekanan kemiskinan hidup rakyat. Dalam hal ini nabi kita Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud 'hampir kufur orang yang miskin'. 

Kita sebagai rakyat mungkin boleh menerima seruan yang dibuat oleh tukang-tukang hasut Pas, supaya UMNO ditumbangkan dan BN dikalahkan dalam pilihanraya yang akan datang andai kata kita semua hidup melarat, terpaksa berhijrah ke negara lain mencari sesuap pagi dan petang sebagaimana rakyat negara lain berhijrah ke negara kita sekarang ini. Tetapi ternyata kita belum sampai ke peringkat itu. 

Sekarang ini semiskin-miskin rakyat Malaysia belum ada yang mati kelaparan, malah ada yang mengatakan rakyat Malaysia mati kerana makan. Setiap kali masjid dan surau mengadakan keramaian berlimpah ruah makanan, kadang kala terbuang begitu sahaja. 

Oleh itu. Tidaklah memeranjatkan jika pemimpin-pemimpin Pas termasuk Hassan Ali menyeru rakyat supaya menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang, kerana ajakan ini semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka yang belum puas. Harta dan wang bagi mereka tidak menjadi masalah. Kalau negara huru hara, rakyat menderita, mereka bukan orang yang bertanggungjawab, mereka boleh membawa keluarga mereka ke mana sahaja yang mereka suka. 

Justeru itu, kita sebagai rakyat perlu memahami seruan dan tindakan pemimpin Pas itu, dan kita perlu mengambil iktibar dari peristiwa 13 Mei 1969, walaupun situasi yang mencetuskan peristiwa itu agak berlainan sedikit berbanding dengan situasi yang ada sekarang. Jangan kita biarkan pisang berbuah dua kali. 

Peristiwa 13 Mei 1969, tercetus adalah berpunca daripada sikap kita sendiri, kerana kita terbawa-bawa oleh perasaan marah terhadap UMNO/BN yang diapi-apikan oleh Pas. Pas menuduh UMNO zalim, UMNO rasuah, UMNO kafir dan sebagainya. Akhirnya ramai di kalangan kita yang terpedaya dan mencampakkan undi kita dalam pilihanraya 1969 kepada Pas sehingga UMNO memperolehi 52 kerusi daripada 68 kerusi yang dipertandingkan. 

Melihat kejatuhan UMNO dan perpecahan di kalangan orang Melayu itu, anasir-anasir luar termasuk PAP yang sekarang ini DAP yang menjadi kawan rapat Pas, telah mengambil kesempatan untuk menghancurkan orang Melayu dengan mengadakan perarakan dan permusuhan, ramai di kalangan rakyat yang tidak berdosa terkorban. Selama dua tahun pentadbir UMNO dibekukan, sementara Malaysia diletak di bawah pemerintahan darurat (MAGERAN). 

Oleh itu, kepada orang-orang Melayu yang jumlahnya separuh daripada penduduk negara ini, ingatlah...!! jangan sekali-kali marahkan nyamuk, kelambu dibakar, setiap pemimpin tidak akan kekal selama-lamanya, pemimpin datang, pemimpin pergi, UMNO tetap sebagai wadah perjuangan bangsa Melayu dan Islam di negara ini, sementara BN sebagai parti yang menstabilkan politik yang berlatarbelakangkan UMNO. 

JANGAN KITA CUBA MEMPERJUDIKAN NASIB MASA DEPAN BANGSA KITA DAN AGAMA KITA KERANA NAFSU, AKHIRNYA YANG KITA KEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN... 


Klik di sini untuk balik ke artikel

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..