Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


SAMPAI BILA NAK MENUMPANG?

Bendera-bendera bulan gerhana Pas berkibaran di mana-mana. Terdapat juga di celah-celahnya dua tiga batang bedera berwarna biru muda bersimbolkan mata milik Keadilan. Zahirnya, sifatnya makin pudar, lusuh, lapuk dan hampir robek! 

Keadilan yang dipimpin oleh Wan Azizah, seorang yang begitu mentah dalam sepak terajang politik, ternyata sedang berkira-kira untuk menagih simpati rakyat, sama ada Pas, DAP, UMNO dan golongan atas pagar. Perkiraan mereka, Keadilan adalah alternatif kepada sesiapa sahaja, tak pandang bulu dan warna kulit. 

Di sesetengah tempat pula, adakalanya bulan purnama Pas terletak di atas, adakalanya pulak di bawah! Aneh sekali, dua bendera diikatkan pada sebatang tiang. Apakah ini symbol atau lambang kesepaduan dan permuafakatan di antara kedua-dua parti berlainan padang itu? 

Jawapnya tidak! Perbezaan arah tuju perjuangan jelas memisahkan Pas dan Keadilan. Pada kaca mata Pas, Keadilan tak lebih sekadar “budak kecil” yang boleh digula-gulakan sesuka hati. Tanpa insiden Anwar, tidak mungkin Pas sanggup menyembah sujud kepada Wan Azizah. Bagi Pas, Anwar adalah “permata” yang perlu digilap dan terus digilap. Anwar telah banyak membantu Pas dari segi politik sebaik sahaja dia tersungkur dari Kerajaan dan UMNO. 

Keadilan pula pastinya beranggapan Pas adalah “bot” yang mampu membawanya ke sebelah sana. Pas adalah jambatan yang mampu menunaikan cita-cita besarnya mahu menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Dan pada persepsi Keadilan juga, Pas adalah “big-brother” yang sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan hasrat memburu kekuasaan! 

Sebab itulah Keadilan sentiasa menurut telunjuk Pas. Sampaikan nak pasang benderapun kena rujuk pada Pas. Nak buat ceramahpun Keadilan terpaksa mengikut bontot Pas. Nak bertandingpun Keadilan terpaksa melutut pada Pas. Begitulah hebatnya pengaruh Pas di kalangan pembangkang kerana dialah sebenarnya teras pembangkang! 

Melihat kepada gelagat kedua-dua parti ini, gamaknya tidak ubah macam pengantin baru. Di mana ada Pas di situ juga ada Keadilan. Mereka amat intim. Mereka seolah-olah sedang asyik memadu kasih, ke hulu ke hilir mesti bersama! 

Keadilan tentunya lupa tentang beberapa kes yang boleh menyebabkan mereka boleh ditendang bulat-bulat oleh Pas. Soal kerusi misalnya, Pas tidaklah sebodoh yang disangka, Mungkinkah Pas sanggup menyerahkan kerusi-kerusi yang pernah dimenangi kepada Keadilan? Sanggupkah Pas berkorban atau dengan bahasa yang biasa, berpatah arang, berkerat rotan demi Keadilan? Atau sanggupkah Pas bergolok bergadai demi Keadilan? Jawapannya tidak mungkin. 

Pas sebenarnya ada muslihat tersendiri di sebalik hubungan baiknya dengan Keadilan. Kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah! 

Keadilan wajar menginsafi bahawa Pas sememangnya pintar berpolitik. Bukan sahaja agama diputar belitkan, malah hal-hal yang membuka tembelangnya akan dianggap sebagai gurauan! Tidak mustahil jika “persahabatannya” dengan Keadilan juga akan dianggap sebagai “gurauan” kerana bukan mustahil bila habis manis sepah dibuang? Soalnya sampai bila Keadilan akan menumpang bot Pas? 


Klik di sini untuk balik ke artikel

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..