Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


LAYAKKAH NIK AZIZ MEMERINTAH NEGARA?

Menurut Menteri Besar Kelantan, dialah yang paling layak memimpin negara ini kerana pendidikannya yang merangkumi bidang tauhid, tasauf dan fikah. Ini menjadikannya seorang yang beriman, senang dengan isu-isu falsafah dan undang-undang Islam. 

Pendek kata, Nik Aziz adalah seorang ulama, iaitu seorang yang telah menjalani pendidikan mendalam di bidang agama. Untuk mengukuhkan lagi pendapatnya ini, dia dilaporkan telah berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah ulama yang pertama. Tetapi, Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang paling istimewa kerana beliau dipilih Allah untuk membawa perutusan-Nya kepada manusia sejagat. 

Nabi junjungan kita itu adalah perantaraan melaluinya wahyu-Nya disampaikan. Inilah mengapa al-Quran, di dalam mana segala wahyu ini dijilidkan, disanjung sebagai kitab yang paling suci. 

Oleh yang demikian, mengapakah Mursyidul Am Pas ini menyamakan Nabi Muhammad s.a.w dengan seorang ulama? 

Bolehkah kita membuat rumusan bahawa para ulama sekarang menganggap diri mereka setaraf dengan Rasulullah? 

Pas telah bersusah payah membina imej Nik Aziz menjadikannya satu mitos yang mempunyai sifat seolah-olah ajaib. Mereka yang termakan dengan usaha Pas ini bukan sahaja memandang Nik Aziz sebagai seorang guru tetapi juga seorang “Wali Allah” yang mampu menyembuhkan penyakit mereka. Rawatan yang diberikannya tidak sama seperti yang diberikan oleh seorang doktor. Kuasanya menyembuhkan penyakit ini dianggap ajaib. 

Memandangkan hal sebegini, bolehkah kita memutuskan bahawa Nik Aziz sendiri telah termakan dengan propaganda dan putar belit partinya? Maklumlah dia juga manusia biasa seperti kita semua dan sama seperti kita, dia juga mudah termakan dengan puji-pujian. Namun begitu apa yang lebih penting adalah pendapat yang dipegangnya mengenai kebolehan istimewa yang ada pada para ulama, bahawasanya merekalah paling layak memimpin sebuah negara bangsa moden. 

Adakah mungkin mereka yang terlatih hanya di bidang agama sahaja benar-benar mampu menangani pelbagai masalah pembangunan baik social mahupun ekonomi dalam dunia yang semakin global? Bolehkah solat hajat saja seperti yang dilakukan oleh Pas di Kelantan dalam usaha mereka untuk terus memegang kuasa di situ, menentukan kewibawaan ekonomi negara dan keutuhan politik kita? 

Islam tidak boleh diguna sebagai alasan untuk kelumpuhan Pas sebagai pemerintah. Falsafah Islam yang bersifat sejagat seperti yang terdapat di dalam al-Quran menjadi pemangkin kepada satu sistem yang mampu mengatasi segala cabaran ang timbul dalam zaman moden ini. 

Islam menyeru supaya kita menghormati semua bangsa dan interaksi di antara bangsa atau kaum di dunia ini berlandaskan segala yang membina dan bukan yang membinasakan. Ini jelas menunjukkan bahawa Islam tidak memerintahkan supaya rupa bentuk sesebuah masyarakat itu semestinya homogeneous dan ia juga mengalu-alukan globalisasi dalam erti kata sebenar. 

Kecenderungan terhadap musyawarah sebagai satu institusi permuafakatan yang tidak ubah sama seperti apa yang terdapat dalam sesebuah demokrasi, meletakkan Islam jauh di hadapan sekularisme cetusan zaman Enlightenment Eropah. 

Kecekapan ekonomi setiap individu sebagai tunjang kehidupan manusia juga dituntut oleh Allah. Bukankah Islam merupakan agama tunggal dalam tradisi monotheisme yang tidak mempunyai hari rehat, yakni Sabbath? Mencari rezeki secara halal tidak boleh dipisahkan dari iman. Ini sudah tentu memberi Islam kelebihan dari segi cara hidup zaman kini di mana ekonomi adalah tulang belakang setiap ummah. Dan, apabila sistem keadilannya lebih suka melihat keadaan di mana seorang bersalah terlepas dari kehakiman supaya yang tidak bersalah puln tidak akan menanggung keazaban kesilapan pengadilan, ini tidak syak lagi meletakkan Islam pada tahap moral yang paling tinggi sekali berbanding dengan sistem-sistem keadilan lain. 

Rasulullah s.a.w memanglah seorang pemimpin yang agung. Di bawahnya Islam telah berkembang dan selepasnya pula meluas ke seluruh dunia. Tetapi adalah lebih arif jika kita mengingati bahawa beliau tidak menghabiskan masanya terperosok di menara gading mengharungi segala teks baik suci mahu pun tidak, asyik cuba menghafal segala yang dibaca. 

Sebaliknya sebagai seorang anak yatim beliau telah terpaksa bekerja dari kecil lagi, sebagai gembala. Kemudian beliau telah diamanahkan oleh isterinya, Siti Khadijah r.a untuk mengepalai rombongan dagangnya. Beliau telah melalui jalanan pedagang di Semenanjung Arab yang pada masa itu adalah berbahaya. Beliau tidak syak lagi tidak pernah lari daripada kebenaran yang berakar umbi di alam zahir ini. 

Namun demikian jiwanya tidak pernah tercemar dengan segala dakyah kehidupan duniawi. Sebaliknya beliau begitu merendah diri hingga langsung tidak terlintas dalam fikirannya kemungkinan dipilih menjadi seorang Rasul. 

Malangnya Nik Aziz bukan sahaja tidak mempunyai kewibawaan memimpin dari segi ekonomi, sosial dan politik, dia juga sekarang ini nampaknya seolah-olah sudah hilang sifat merendah diri. Prestasinya yang paling menyedihkan sebagai Menteri Besar langsung tidak mencerminkan dakwaan bahawa dialah yang paling cekap memimpin. 

Sudah hampir 15 tahun Nik Aziz mengepalai kerajaan Kelantan. Kemampuannya yang dilaung-laungkan itu jelas terbukti tidak benar jika ekonomi negeri itu yang sudah lumpuh diambil sebagai contoh. Paling sedih lagi jika kita lihat dari segi di mana di kalangan orang Melayu, orang Kelantanlah yang memang mashyur dengan kebolehan berniaga mereka. Keadaan ini diburukkan lagi oleh penghijrahan keluar rakyat Kelantan ke kawasan-kawasan bandar untuk mencari peluang kerja dan berniaga. 

Sementara itu Kelantan dibiarkan terbiar, merana di bawah pembangunan tidak terancang. 

Memang diakui bahawa Kerajaan Persekutuan juga patut dipersalahkan. Tetapi jika dakwaan terutamanya yang dibuat oleh Nik Aziz itu benar, bahawa para ulama memang dididik dalam ilmu memerintah, apakah sangat rintangan yang mampu dilontarkan oleh pemimpin Persekutuan yang dituduh tidak cekap dan diketuai oleh seorang doktor yang hanya tahu mengubati orang sakit sahaja. 

Tidakkah tepat kalau rakyat menganggap mereka yang mengakui dirinya paling cekap memimpin itu mampu mengatasi segala rintangan dan dengan itu mengaibkan para menteri kabinet yang terdiri daripada doktor, peguam, pakar ekonomi dan lain-lain yang berpendidikan sempit ini? Nampaknya, tidak. Tahap kemiskinan di Kelantan yang semakin bertambah jelas membayangkan kegagalan Pas sebagai pemerintah. 

Jika diterima sekalipun dakwaan bahawa Kelantan dibiar kebuluran tanpa pembiayaan Persekutuan, tidaklah mungkin negeri ini berkembang sekurang-kurangnya dari segi social? Mengapa tidak berlaku inovasi yang mampu merintis jalan timbul daripada usaha pemerintahan mereka yang paling cekap memerintah ini? Al-Quran adalah sumber dari mana timbulnya teori masyarakat paling sempurna. Ia memetakan jalanan organisasi satu bentuk sosial makmur yang berlandaskan sifat-sifat penyayang, pemurah dan setiakawan sebagi ibadat. 

Bagaimanakah mungkin sekumpulan ulama yang terlatih dalam seni kepimpinan, kononnya menurut lunas-lunas al-Quran, tidak dapat menggunakan pendidikan istimewa mereka ini untuk mewujudkan satu masyarakat Islam yang sesungguhnya Muslim? 

Dari segi politiknya pula rekod Pas sememangnya menyedihkan. Berulang kali pemimpin Pas tersilap kata, dan mengatakan bahawa Tuhan mencarut dalam al-Quran, satu kenyataan yang menghina Tuhan dan Islam, hinggalah yang baru ini, menyamakan ulama dengan Nabi Muhammad s.a.w. 

Mengapakah terdapat jurang perbezaan yang sebegini besar di antara lunas-lunas al-Quran dan prestasi Pas sebagai kerajaan? Dari teladan Pas, kesimpulannya bahawa bidang ilmu yang didakwa berupaya mendidik para pelajarnya dengan ilmu seni memerintah yang luas lagi mendalam, sebenarnya tidak mengandungi sukatan pelajaran yang telah berkembang menurut peredaran zaman. Oleh yang demikian besar kemungkinan bahawa para ulama adalah mangsa pendidikan yang ketinggalan zaman.
 



Klik di sini untuk balik ke artikel

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..