Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
MENCACI KETURUNAN AGENDA PEMBANGKANG Hang Tuah kononnya berkata, tidak Melayu hilang di dunia. Tetapi
apabila dia sendiri hilang tanpa kubur, apa yang boleh dipelajari ialah
kata-kata sahaja tidak cukup untuk mengekalkan ketuanan sesuatu bangsa.
Mahathir barangkali tidak mahu mengulangi kesilapan Hang Tuah. Barangkali
dia tidak mahu suatu masa ditertawakan oleh anak cucu kerana segala ucapan
dan seruannya tidak memberi makna apa-apa. Kerana itu dari Malay Dilemmanya
hingga ke Jalan Ke Puncak, Mahathir tidak henti-henti memberitahu orang
Melayu tentang apa yang perlu diambil dan apa pula yang perlu dibuat.
Dalam setiap ucapannya Mahathir menekankan perkara yang sama. Dan dia tidak sekadar berucap. Dia berusaha memberikan teladan sevara menyeluruh, dari soal pemikiran hinggalah soal gerak dan perbuatan. Tetapi bagi sesetengah orang, Mahathir berdosa besar sebab cuba mahu mengubah imej bangsanya! Orang-orang ini, kerana mahu memperkecilkan Mahathir cuba mempersoalkan keturunannya. Kata mereka, dia bukan Melayu tulen. Dia berdarah Pakistan. Malah ada yang mendakwa pernah melihat kad pengenalan Mahathir. Kononnya pada kad itu tertera Mahathir s/o Mohamed, bukannya ‘Mahathir bin Mohamad’. Seorang pemimpin pembangkang dalam ceramahnya terang-terang menyebut ‘Mahathir Kutty Mohammed’. Penyokongnya bersorak, tidaklah diketahui sama ada sorakan itu kerana gembira melihat pemimpinnya memperlekehkan keturunan orang atau kerana gembira melihat kebodohan sang pemimpin itu. Usaha mempersoalkan taraf keMelayuan Mahathir ini dibuat berasaskan satu sebab iaitu, supaya orang berkata Mahathir tidak layak bercakap fasal Melayu sebab dia bukan Melayu jati. Dengan cara itu mereka mudah menanamkan bibit-bibit kebencian pada Mahathir. Mereka mudah memutarbelitkan kenyataan-kenyataannya lalu menuduh dia anti-Melayu. Kalau boleh orang-orang ini mahu Mahathir sendiri berpegang pada kenyataan bahawa dia bukan Melayu tulen. Mereka mahu Mahathir berhenti bercakap tentang Melayu sebab kalau dia bercakap, pengaruhnya amat besar dan mereka tidak berupaya menyainginya. Siapa orang yang mempersoalkan keturunan Mahathir ini? Mereka adalah Melayu, bangsa yang nasibnya cuba diperjuangkan oleh Mahathir. Yang membezakan mereka daripada Melayu lain bukanlah pakaian yang ala-Arab atau fikiran yang ala-Barat, tetapi hati yang dipenuhi kesumat selain daripada kelainan objektif dan matlamat. Melayu lain tahu apa yang baik untuk bangsanya, mereka tidak. Melayu lain tidak sanggup menggadai bangsa kerana cita-cita peribadi, mereka sanggup. Mujur usaha-usaha kelompok kecil Melayu itu tidak begitu memberi bekas. Majoriti Melayu lain tidak seperti mereka. Melayu lain tahu siapa Mahathir. Lebih penting lagi mereka tahu dia adalah pemimpin Melayu yang tidur bangun dan duduk berdirinya sentiasa ditemani agenda untuk memartabatkan bangsa yang satu ini.
|
|
||||||||||||