Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


PAS BUTA SEJARAH

Mutakhir ini, rakyat sedang disajikan dengan pelbagai sandiwara politik pembangkang yang ternyata memualkan. Atas cita-cita besar mahu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO, maka tidak hairanlah kenapa pembangkang khususnya Pas sentiasa memberi pelbagai alasan semata mata untuk menghindari dari duduk semeja dan berbincang dengan UMNO dalam apa jua topik yang menyentuh perpaduan nasional. 
Oleh: Keris Melayu 
 
 

Atas tuntutan nafsu mahu berkuasa, pembangkang juga kini sanggup melakukan apa sahaja bagi menagih simpati rakyat, walaupun terpaksa menafikan hakikat sejarah keunggulan perjuangan UMNO, sejak zaman pra-kemerdekaan hingga ke hari ini. Bermacam-macam cerita yang memang diragui kesahihannya sengaja direka oleh pembangkang, manakala fakta sebenar dipadamkan dengan sewenang-wenangnya. 

Rakyat cuba disogokkan dengan beraneka kepalsuan dan kepura-puraan pembangkang yang terus-terusan dijaja sebagai modal politik murahan. 

Berdasarkan kepada realiti yang berlaku hari ini juga, maka seluruh orang Melayu, dan rakyat Malaysia, , sepatutnya tidak terperangkap dengan fatwa songsang pembangkang yang cuba membelakangkan sejarah perjuangan UMNO. 

Persoalan-persoalan yang dipaparkan di sini sudah cukup untuk menjawab segala tohmah dan dakyah pembangkang, sekaligus menguatkan keyakinan kita bahawa UMNO tetap relevan sepanjang zaman dan terus prihatin terhadap masa depan agama, bangsa dan negara. Persoalan-persoalan yang dimaksudkan adalah seperti berikut :- 

1.Siapa yang menentang Malayan Union ? 

2.Siapa yang memperjuangkan semangat hidup Melayu ? 

3.Siapa yang memperjuangkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ? 

4.Siapa yang memperkenalkan rancangan pembangunan luar bandar selepas merdeka ? 

5.Siapa yang berjaya menumpaskan konfrontasi dengan Indonesia ? 

6.Siapa yang menentang dan mempertahankan serangan PAP ketika krisis dengan Singapura pada tahun 1965 ? 

7.Siapa yang berjuang mempertahankan Bahasa Melayu ? 

8.Siapa yang mempertahankan hak kerakyatan ? 

9.Siapa yang mempertahankan kesucian agama Islam ? 

10.Siapa yang mengembalikan keamanan selepas krisis 13 Mei 1969 ? 

11.Siapa yang memperkenalkan Dasar Pelajaran Kebangsaan ? 

12.Siapa yang melaksanakan Dasar Ekonomi Baru 1971-1990 ? 

13.Siapa yang membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat ? 

14.Siapa yang menubuhkan Felda, Felcra serta Perbadanan Ekonomi Negeri ? 

15.Siapa yang mencipta kelas menengah Melayu dan peniaga serta ahli korporat ? 

16.Siapa yang memperjuangkan "Malaysia Boleh" yang menjadikan Malaysia negara maju ? 

17.Dan yang paling penting, siapa yang membawa keamanan, kestabilan dan semangat tolakansur untuk hidup secara damai di bumi Malaysia yang didiami pelbagai kaum ? 

18.Apakah UMNO pernah mengajak orang Melayu jangan bekerjasama dengan rakyat bukan Melayu dan menolak kebebasan beragama di negara ini ? 

19.Apakah UMNO memaksa rakyat bukan Melayu supaya menerima budaya Melayu dan menganut aga Islam sejak UMNO mendapat kuasa pemerintahan semenjak 1957 ? 

20.Apakah UMNO menyekat kebebasan orang bukan Melayu dan orang asing untuk sama-sama mencari rezeki di negara ini ? 

SEJARAH TIDAK PANDAI BERBOHONG, TAPI YANG PINTAR DAN LICIK BERBOHONG ADALAH PAS DAN RAKAN-RAKANNYA. PAS CUMA PENTINGKAN AGENDA POLITIK, BUKAN AGENDA BANGSA DAN NEGARA. 


Klik di sini untuk balik ke artikel

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..