Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
ANWAR PERJUANGAN PENUH HIPOKRIT Tidak dapat dinafikan negara dan rakyat akan menikmati kebahagiaan jika berada di bawah naungan pemimpin yang benar-benar ikhlas menerajui negara tanpa ada sebarang sifat kepura-puraan. Dengan kata lain biarlah pemimpin itu sentiasa bermuka masam daripada pemimpin yang gemar bermuka-muka. Rakyat masih ingat kepada seorang pemimpin yang dipecat kerana kesalahan
yang dilakukannya. Pada hari dia dipecat, dia ada membuat pengakuan bahawa
peristiwa pemecatan ini adalah takdir. Ketika itu terserlahlah sifatnya
yang sabar dan redha dengan pemecatan itu. Namun perwatakannya berubah
beberapa hari kemudian apabila seluruh rakyat mula mengetahui punca sebenar
dia dipecat.
Mengapa tidak meneruskan sifat tawakalnya, senyuman tenang serta sabar seperti hari dia dipecat. Mengapa tidak dari dulu lagi menentang Perdana Menteri? Adakah disebabkan takut kehilangan kuasa? Mengapa sewaktu di dalam UMNO dia memiliki watak begitu tetapi sekarang wataknya begini? Mengapa dulu menentang pembangkang, sekarang bekerjasama dengan mereka sedangkan semua orang tahu idealismenya jauh bertentangan seperti langit dengan bumi? Adakah perjuangan pemimpin ini TULEN dan IKHLAS selama ini? Benarkah perjuangan yang ingin dikejar bukannya KEDUDUKAN dan PANGKAT? Seorang pemimpin sepatutnya bukan seorang aktor yang dapat melakonkan imej yang sangat baik di depan orang ramai tetapi disebalik tabir dia ada satu watak yang amat berlainan. Mengapakah segelintir rakyat terlalu taksub dengan pemimpin sebegini? Ini kerana mereka hanya mengenali perjuangan Islam daripada populariti pemimpin ini dan menganggap ketokohannya begitu hebat sekali seolah-olah gerakan Islam mustahil digerakkan tanpanya. Pemimpin ini hanya dilihat dari jauh oleh orang ramai dan tiada sesiapa pun yang mengenali hati budinya melainkan Allah SWT dan dirinya sendiri. Rakyat perlu ingat bahawa tugas masing-masing lebih penting daripada membuang masa melakukan rusuhan dan terus menunjukkan ketaksuban serta taatsetia kononnya terhadap seorang pemimpin yang sedang dipenjarakan ini. Kalau benar memperjuangkan Islam semua rakyat perlu ingat dan mengambil konteks Islam dari segi hubungan antara pemerintah dan rakyat. Rakyat wajib membantu Kerajaan dalam usaha membangunkan negara. Jika ada sebarang teguran gunakan kaedah yang betul mengikut syarak dan bukannya membuat fitnah tidak tentu faktanya, menghina Kerajaan dan menuduh Perdana Menteri seorang kafir dan kononnya tidak dapat melaksanakan hajinya dengan sempurna dan bermacam lagi. Kadang-kadang fitnah yang dibuat menggelikan hati kerana ia tidak masuk akal terutama daripada pembangkang. Sepatutnya rakyat bersatu padu membantu Kerajaan dan bersyukurlah dengan apa yang dimiliki pada hari ini. Jika tidak kerana pemimpin dan parti yang ada sekarang belum tentu bilangan orang Melayu yang maju seramai sekarang. Bagaimanapun rakyat mestilah berdoa agar negara ini terus aman dan perasaan terlalu taksub sepatutnya dibuang dan dihindarkan demi kepentingan Melayu khasnya dan negara amnya dan bukannya kerana individu. Pilihlah pemimpin yang benar-benar layak dan bukannya yang hanya tahu menyalak menyalahkan orang lain dan yang terlalu tertonjol ketamakan dan dahaganya kepada pangkat, darjat serta kedudukan sahaja. Biarlah kita bergaduh dan menangis hari ini daripada menangis yang
tidak berkesudahan di hari muka.
|
|
||||||||||||