Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


DULU UMNO SEKARANG PAS?

Saya betul-betul terkejut bila baca iklan dalam surat kabar fitnah Pas, HARUKAH! Pendek kata dalam keadaan yang makin terdesak dan tertekan, Pas akan politikkan apa saja. Dari pentas politik, ke universiti, masjid, jalan raya, surau, dalam bas, rumah orang kenduri kahwin, rumah orang kenduri arwah, sekolah, surau, tadika dan akhir sekali guna bebudak yang tak reti apa-apa pun cuba dieksploitasi untuk kepentingan politik mereka yang sesat lagi menyesatkan itu. Orang-orang Pas memang pintar untuk bersilat. Mereka memang bijak putar alam. Depa persoalkan kenapa iklan komersial boleh eksploitasi wanita cantik dan budak-budak untuk sesuatu produk.Itu memang betul sebab nak lariskan produknya. Tapi adalah amat mendukacitakan bila Pas dalam iklan tersebut memaparkan wajah seorang budak pompuan entah dari mana depa kutip gambarnya untuk propaganda politik. 

Itulah antara strategi bodoh Pas. Itulah gambaran sebenar bahawa Pas la nie sudah habis modal! Dah bankrap idea dan dah tandus isu setelah tertipu dek kelicikan Anwar yang berjaya memerangkap Pas bagi kerusi Perdana Menteri!Pemimpin Pas yang sememangnya dari dulu memang bodoh dan mudah diperkudakan, akhir-akhir ini cuba tunjuk pandai. Tapi kalau dah nawaitu tu gelong, sampai bila pun Allah tak akan restu. Biarpun berbuih depa keluarkan nas dan hadis sebagai modal politik, terbukti Allah tak pernah merestui perjuangan mereka. 
Itulah saya nak pesan pada mereka-mereka yang masih dibelenggu oleh janji syurga dan neraka Pas, eloklah kembali ke pangkal jalan! Bertaubatlah sebelum terlambat kerana sejak dari dulu lagi Pas nie memang tak jujur dalam erti kata perjuangan menegakkan Islam sebagai Addin. 

Kamu semua fikirlah elok-elok. Pelbagai kemungkaran dan kepincangan Pas akhir-akhir ini adalah petunjuk dari Yang Maha Berkuasa bahawa Pas itu hanya lah sebuah parti politik yang bertopengkan Islam. Pas bukan parti Allah, sebagaimana dakwa mereka. Saya sebenarnya bukan nak hasut hampa semua, tapi sekadar bagi nasihat. Apa yang saya catitkan di bawah ini hanyalah sebagai satu humor, bahan lawak. Tapi itulah sahaja caranya nak begi kefahaman kepada hampa tentang rupa sebenar Pas! Pas ni tak ubah macam buah kuini, luar nampak elok, tapi dalam MasyaAllah..berulat! BUSUK… 

1.Apakah satu keistimewaan Pas? 

Penyokongnya mendengar dengan mulut 

2. Jika anda hendak ke ceramah Pas, apa yang tak perlu anda bawa? 

OTAK 

3. Apakah keistimewaan kebanyakan pemimpin Pas? 

Berfikir dengan hati. Bertindak mengikut nafsu 

4. Kenapa sekarang Pas ikut ghairah menggunakan perkataan kroni? 

Sebab mereka sendiri dah kronik! 

5. Apa persamaan orang Pas dengan cawan? 

Ada telinga, tapi tak dengar cakap orang lain 

6. Apa pula persamaan Pas dengan todak? 

Balik-balik asyik tikam orang Melayu. 

7. Apa yang orang tua akan dapat kalau menyertai Pas? 

Otaknya awet muda. Jadi macam budak-budak 

8. Apakah perkara yang pemimpin Pas selalu buat? 

Buat-buat cerdik.Walhal memang bodoh! 

9. Sila sebutkan salah satu kegunaan Harakah? 

Buat bungkus nasi lemak. 

10.Kenapa? 

Sebab nasi lemak tu akan sentiasa PANAS! 

11. Agaknya semasa Pas minta pertolongannya nanti, apa syaitan kata? 

“Ya, saudaraku…berapa ramai pengundi antu kamu mintak…. 

12. Bidalan apa yang sesuai bagi mencerminkan sikap Pas dalam isu yang membabitkan banduan Anwar Ibrahim? 

Tumpang semangkuk. Tumpang Tui. 

13. Apa yang Pas dapat hasil dari sikapnya itu? 

Makan kuah. Kekadang Cuma dapat hampeh! 

14. Apakah sebenarnya yang mungkin paling ingin dilakukan oleh penyokong Pas semasa pilihanraya? 

Nak pangkah lambang DACING. 

15. Apa persamaan bulan dengan Pas? 

Yang satu “menumpang” matahari, yang satu lagi ini menumpang harta Kerajaan 

16. Kenapa selalunya ceramah Pas diadakan pada waktu malam? 

Kerana waktu siang tak ada bulan! 

17. Siapa yang untung dengan munculnya sticker “Dulu UMNO, Sekarang Pas”? 

Tauke sticker!! 

18. Kenapa ada orang pasang sticker itu? 

Nak bagi tau orang lain yang dia tak ada pendirian. Macam lalang!! 

19. Mengapa Pas seronok kalau ada ahli UMNO menyertai partinya? 

Sebab mereka suka guna barang second hand! 

20. Kalau saya jadi orang Pas, apa saya akan buat? 

Ajak kawan-kawan masuk UMNO ramai-ramai. Biar Pas lingkup!!! 

PAS BERSELINDUNG DI SEBALIK ISLAM!!! PAS TELAH MENYALAHGUNAKAN ISLAM SEWENANG-WENANGNYA MENGIKUT SELERA POLITIK MEREKA. 
 
 


Klik di sini untuk balik ke artikel

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..