Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
PEMBANGKANG LEBIH BAIK BERHENTI JADI ORANG Jika diimbas kembali sejarah politik negara, pada tahun 1969 bermulalah politik khianat Pas. Ini kerana pada tahun itu juga Pas mula mengkafirkan orang UMNO kerena berpakat dengan MCA dan MIC, melancarkan ‘kempen teriak’ iaitu menangis di kalangan wanita dan mengancam menghambat orang Cina dan India masuk laut. Pada tahun itu juga DAP menyertai pilihan raya buat kali pertama
dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’, menentang hak istimewa orang Melayu
dan mempertikaikan Dasar Bahasa Kebangsaan yang berkuatkuasa tahun 1967.
Setelah gagal menguasai negeri-negeri Melayu pada pilihan raya itu walaupun memainkan isu agama dan perkauman dengan seluas-luasnya, Pas guna pula slogan negara Islam dan hukum hudud. Seperkara lagi yang ramai orang tak faham ialah mengenai isu kafir-mengkafir. Sebenarnya ini tidak wujud. Yang wujud ialah mengkafir. Sebab satu pihak sahaja yang buat perkara itu. Hanya Pas yang mengkafirkan orang. Tapi pilihan raya lepas macam tak percaya pula sikap Pas yang sudah berubah. Mereka berkata tak pernah mengkafirkan UMNO.Tak tahulah sama ada dah insaf atau memang Pas takde pendirian. Pas yang dulu mengkafirkan orang UMNO kerana berpakat dengan MCA dan MIC sekarang tidur setilam dengan DAP. Apabila tidur sekatil, jaga-jagalah sikit agar DNA Pas dan DAP tidak terpalit di merata tempat. DNA ini kalau terpalit payah hendak dihilangkan. Sampai bila-bila pun boleh dibuat ujian. DNA politik mereka cukup bahaya. Kerana DNA ini jugalah Pas berkata Allah mencarut, memaki hamun dibenarkan dan orang bukan Islam boleh jadi Perdana Menteri. Agaknya inilah yang terjadi kepada orang yang suka berkhayal atau mabuk kuasa. Apabila terjaga daripada lamunan atau ternampak peluang berkuasa mereka hilang punca. Tiba-tiba yang dulu tidak boleh jadi boleh, yang haram jadi halal yang tidak penting jadi perjuangan hidup mati. Banyak sangat kejadian pelik termasuklah seorang kononnya cendekiawan, seorang ahli ekonomi dan seorang pensyarah universiti bernama Jomo Kwame Sundaram atau lebih terkenal dengan singkatan KS Jomo. Berusia 46 tahun dan setelah tidur nyenyak melalui pilihan raya umum 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 dan 1995, dia tiba-tiba mengigau dengan igauan yang sangat ngeri. Dia melompat bangun bergegas ke pusat pendaftaran pengundi (tempoh pendaftaran 2 April – 1 Mei, 1999) kerana dia tiba-tiba menyedari hak mutlaknya di bawah sistem demokrasi negara. Sebelum itu dia hanya meraih keuntungan hasil daripada amalan demokrasi orang lain dan membuat bising tidak setuju dengan pelbagai dasar dan rancangan kerajaan. Rupa-rupanya mendaftar jadi pengundi pun tidak. Sekarang kerana hampa tidak dapat mengundi, dia saman Suruhanjaya Pilihan Raya supaya pilihan raya kali ini ditangguhkan sehingga nama pengundi baru seperti dirinya dimasukkan. Beginilah buruknya perangai pembangkang yang tak habis-habis suka buat kecoh. Setiap tindakan ikut kepala dia. Orang lain semua salah, dia seorang je betul. Manusia macam ini lebih baik berhenti jadi orang, jadi ‘traffic light’ ke jadi tayar ke ada juga faedah.
|
|
||||||||||||