Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


REFORMASI PEMUSNAH PERPADUAN MELAYU

Fikirkanlah: Perdana Menteri telah mengambil masa selama 17 tahun untuk membangunkan Malaysia dan memajukan bangsa Melayu tetapi Anwar hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk menghancurkan perpaduan MELAYU. 

Reformasi..Perkataan ini adalah salah satu dari perkataan yang cukup terkenal kebelakangan ini, selain dari perkataan kronisme, nepotisme, korupsi dan ..liwat. Budak-budak kecil pun dah pandai sebut perkataan² ini tanpa memahami maksud perkataan² tersebut. 
Maksud Reformasi, dari pengetahuan saya, ialah mengubah keadaan sesuatu itu dari keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik (dari pemahaman saya yang cetek ini lah). Tetapi, yang memusykilkan saya ialah, apakah sebenarnya maksud Reformasi yang dijerit-jeritkan oleh pendokong-pendokong Datuk Seri Anwar ini? Adakah reformasi bermaksud, bebaskan DSA dengan tanpa perlu diadili di mahkamah? Ataupun, gulingkan kerajaan yang sedia ada ini tanpa perlu menggunakan landasan yang betul (pilihanraya)? Ataupun, mencemuh negara sendiri dari luar negara? Ataupun, membiarkan masalah negara dicampuri oleh orang luar? Ataupun, membuat huru-hara seperti di Indonesia? 

Oh ya. Mereka inginkan keadilan. Keadilan untuk siapa? Apa yang saya nampak, hanyalah keadilan untuk manusia yang bernama Anwar ini sahaja. Selama ini, dah beribu-ribu kes kesalahan individu diadili di mahkamah, tetapi orang-orang ini tidak pula cuba mengadakan demonstrasi, kononnya mengatakan mahkamah kita tidak adil? Adakah, apabila manusia yang bernama Anwar ini ingin dihadapkan di mahkamah, tiba-tiba sahaja sistem perundangan kita terus berubah? 

Polis ganas, brutal, macam MOSSAD. Tahukah mereka, tindakan mereka itulah yang menyebabkan anggota polis terpaksa bertindak sebagaimana yang kita semua ketahui. Sudah kita tahu yang berdemonstrasi itu adalah menyalahi undang-undang, walaupun demonstrasi secara aman, tetapi kita masih buat juga. Sudah tentu kena tangkap. Macam kita tau yang mencuri itu satu kesalahan, kita pergi buat juga, lepas tu kena tangkap, kena hukum. Sama sahaja hukum nya. Lagipun, demonstrasi aman apenye.. kalau setiap kali berdemonstrasi kita mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun orang-orang tertentu. Tidak mustahil, apabila api kemarahan semakin meningkat, lama kelamaan, demonstrasi aman bertukar jadi tak aman pula. 

Ada kawan-kawan saya katakan yang setiap kali mereka pergi berdemonstrasi ni, mereka akan mendapat duit. RM50 sekali pergi. Adakah nilai negara kita ini cuma RM50 sahaja? Begitu rendahkah nilai negara yang kita cintai ini? Sungguh menyedihkan kerana mereka ini adalah pelajar² yang sedang menuntut di pusat² pengajian tinggi, tetapi di manakah agaknya mereka letakkan pemikiran mereka sehingga sanggup merendahkan martabat negara mereka sendiri? 

Pada pandangan saya, kalau tidak kerana demonstrasi yang diadakan oleh penyokong-penyokong DSA ini, ekonomi negara kita sudah tentu dah lama pulih. Dengan reputasi negara sebagai tuan rumah Sukan Komanwel yg ke-16 yang telah berlangsung dengan jaya dan gemilangnya, tentu dapat meraih lebih ramai pelabur untuk melabur di dalam negara kita. Tetapi, disebabkan oleh perlakuan segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab inilah, menyebabkan proses penyembuhan ekonomi kita sedikit perlahan. Itupun, mereka salahkan PM di atas masalah ekonomi kita sedangkan mereka sendiri menjadi salah satu faktor permasalahan tersebut. Tetapi, syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran Perdana Menteri tersayang, ekonomi kita semakin sembuh dari hari ke sehari. 

Jadi, di sini, saya menyeru kepada anda yang suka berdemonstrasi, hentikanlah perbuatan anda itu. Anda hanya membawa imej yang buruk kepada negara. Cuba anda bayangkan jikalau para penyokong PM mengambil keputusan untuk sama-sama berdemonstrasi menyatakan sokongan mereka terhadap PM (sebab mereka pun ada hak seperti anda), apakah yang bakal terjadi agaknya pada masa itu? Tak mustahil tragedi sepertimana kejadian 13 Mei dahulu akan terjadi kembali, cuma kali ini, yang amat menyedihkan ialah apabila kita sesama bangsa dan agama bertempur. Yang rugi, bangsa kita juga, MELAYU. Janganlah sampai 'MELAYU HILANG DI DUNIA' hanya disebabkan oleh kefanatikan kita kepada seseorang pemimpin yang kita tidak tahu akan kebenarannya. 

Fikirkanlah: Perdana Menteri telah mengambil masa selama 17 tahun untuk membangunkan Malaysia dan memajukan bangsa Melayu tetapi Anwar hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk menghancurkan perpaduan MELAYU. 


Klik di sini untuk balik ke artikel

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..