Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


JADIKAN SEJARAH SEBAGAI IKTIBAR - BUAT BARISAN ALTERNATIF

Terpulanglah kepada setiap individu yang bernama warganegara Malaysia untuk membuat penilaian terhadap corak pemerintahan negara kita.Menyokong pucuk pimpinan dan kerajaan bukan bererti kita ini kerbau dicucuk hidung.Kita akan rasa begitu sebab kita ego.Kita rasa diri kita pandai.Apa yang kerajaan buat semua tidak kena.Kita hanya tahu komplain-komplain memanjang.Itu salah.Ini salah.Tapi kita tidak keluarkan pun pendapat atau tindakan kita yang kita anggap betul. 

Semua anak-anak Malaysia tahu bila tarikh kemerdekaan tanah air. 31 Ogos setiap tahun diraikan sebagai satu tarikh keramat sempena memperingati ulang tahun Tanah Melayu (khasnya) dan Malaysia umumnya,sebab nama Malaysia diperolehi ketika Sabah,Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia. 31 Ogos yg lepas, Perayaan Kemerdekaan disambut selama sebulan dan saya merasakan perayaan itu sama seperti tahun-tahun sebelumnya cuma bezanya tempoh masa yang diambil begitu lama.Namun begitu apalah ertinya sekadar merayakan tanpa mendapat keinsafan untuk mengisi kemerdekaan? 

Oh...sesungguhnya untuk mendapatkan kemerdekaan dari cengkaman penjajah amat sukar,tetapi untuk mengisi kemerdekaan adalah lebih sukar....Kita anak merdeka,tidak pernah mengalami pahit maung hidup di bawah panji-panji penjajah,tidak perlu bersengkang mata dan memerah otak berfikir bagaimana untuk melepaskan diri dari cengkaman orang putih dan membina kerajaan sendiri. Pernahkah terlintas di fikiran kita bagaimana Bapa Kemerdekaan (Tunku Abdul Rahman) dengan kebijaksanaannya menuntut kemerdekaan di London?Dengan membuat pertimbangan secara rasional,beliau mengetuai rombongan kemerdekaan,menuntut hak tanpa menumpahkan darah.Berapa ramaikah di antara kita yang terbuka mata hatinya dan membisikkan di hati rasa terima kasih di atas usaha Allahyarham? 

Pucuk pimpinan silih berganti.Malaysia semakin maju dari negara pertanian ke arah negara perindustrian.Sayangnya segala usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan pucuk pimpinan terus menerus mendapat bangkangan dan hinaan dari rakyat. Kemajuan dan perubahan yang bagaimana lagi yang dikehendaki?Asyik mengutuk tidak henti-henti. Sesungguhnya orang yang suka mengutuk,mencaci nista dan memfitnah itu lebih buruk daripada orang yang dikutuk dan dicaci.Kalau dicaci dengan bukti yang nyata tidak mengapa,malangnya yang mengutuk ini adalah rakyat yang tidak tahu apa-apa.Yang hanya ikut-ikut sama seperti orang yang beriman secara taqlid.Orang sembanhyang dia sembanhyang tapi dia tak tahu apa tujuan sembahyang. Tidak dinafikan,setiap manusia khususnya rakyat di negera kita bebas bersuara di bawah perlembagaan Malaysia yang memilih sistem demokrasi.Tapi,had untuk bersuara itu ada batasnya.Kita orang Islam,tapi kita hidup di sebuah negara yang berbilang kaum,agama dan kepercayaan.Bagaimana masyarakat berbilang kaum ini boleh wujud? 

Semua orang tahu...dan yang asyik nak menyalahkan orang lain akan mengatakan inilah kesilapan sultan-sultan dahulukala yang asyik mashyuk dengan gundik-gundik dan merebut takhta akibat perang saudara.Disalahkan lagi keadaan itu membuatkan Portugis senang-senang menawan kota Melaka. Walhal,cuba kita fikir secara logik dan terbuka.Memang bangsa Melayu khususnya zaman dahulu (Zaman Kesultanan Melayu Melaka sebab selepas itu hancur kuasa Melayu di tangan penjajah)jauh ketinggalan.Bagaimana Portugis menyerang Melaka?Adakah dengan menggunakan keris dan lembing atau tombak?Bagaimana Inggeris boleh mengambil alih pemerintahan di Tanah Melayu kalau tidak dengan tipu muslihat? 

Jadi kena ingat,kita ini bangsa Malaysia,bukannya Melayu sebab kita terpaksa berkongsi Malaysia dengan kaum lain di atas tanah yang hanya sebesar padi di atas peta. Kita bangsa Melayu memang kaya dengan adat sopan dan berbudi bahasa.Tapi janganlah hendaknya berulang kembali kerana hendak membalas budi orang putih yang campur tangan dalam hal politik,maka dihadiahkan sebidang tanah,atau sebuah pulau...nah akhirnya bangsa Melayu menumpang di tanah sendiri....selama 446 tahun,nenek moyang atau emak bapak kita mungkin merasai hidup di bawah belenggu pen jajah.Hormat-menghormati sesama manusia itu perlu, tapi kalau orang kulit putih sudah naik tocang,takkan kita nak terus layan mereka seperti tuan. Terpulanglah kepada setiap individu yang bernama warganegara Malaysia untuk membuat penilaian terhadap corak pemerintahan negara kita.Menyokong pucuk pimpinan dan kerajaan bukan bererti kita ini kerbau dicucuk hidung.Kita akan rasa begitu sebab kita ego.

Kita rasa diri kita pandai.Apa yang kerajaan buat semua tidak kena.Kita hanya tahu komplain-komplain memanjang.Itu salah.Ini salah.Tapi kita tidak keluarkan pun pendapat atau tindakan kita yang kita anggap betul. Cuba lihat negara tetangga kita.Adakah rakyat di negara itu boleh hidup semewah dan seaman seperti di negara kita?Biarlah orang politik bercakaran dengan orang politik.Yang tak faham politik tu janganlah menyibuk seperti gendang kosong.Lama-lama boleh jadi biol dan tak kenal identiti diri sendiri.Takkan kita mahu mengulangi sejarah lampau berperang keris lawan meriam?Islam menuntut umatnya belajar walaupun sampai ke negara China. Jadi apa gunanya kita belajar tetapi tidak memanfaatkan ilmu? Samalah seperti pohon yang tidak berbuah.Inilah yang kadang-kadang menjadi masalah dalam masyarakat kita. 

Yang difaham amal ibadat ialah sembahyang,puasa dan yang berkaitan dengannya. Tidakkah diketahui bahawa membantu orang lain,memberi senyum kepada jiran dan sebagainya itu juga memperoleh pahala?Yang difaham haram itu ialah anjing,babi,arak dan zina.Sedangkan melewatkan waktu dalam tugas,ponteng,sengaja ambil Mc dan mengampu boss itu lagi lebih haram sebab hasil gaji tidak berkat. Untuk masyarakat kita,fikir-fikirkanlah.Ambillah sikap sederhana dalam menilai sesuatu.Ambil kira baik buruk,kedua belah pihak dan pertimbangkanlah secara objektif,menyeluruh dan wajar.Biasanya kita ini boleh berlaku adil dalam melaksanakan sesuatu tetapi tidak boleh saksama dalam menimbangkan sesuatu. 

Akhir sekali,marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan seorang pemimpin yg superb seperti Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan dapat menikmati hidup yang aman,tinggal di negara yang kaya dengan pelbagai sumber dan yang penting jangan terlalu taasub dan fanatik terhadap sesuatu perkara. Don"t judge the book by looking at the cover. 
 
 


Klik di sini untuk balik ke artikel

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..