Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
Waktu Di Malaysia Adalah:
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
SANGGUP MATI KERANA ISLAM Naib Presiden PAS, Senator Haji Hassan Shukri menegaskan bahawa PAS
sanggup mempertahankan negara ini daripada ancaman musuh sekiranya tidak
ada pihak yang sanggup berbuat demikian.
Sekiranya apa yang diperkatakan oleh Haji Hasan ini adalah sesuatu yang serius, maka saya mengajak beliau untuk pergi menentang seorang pelacur Islam seperti Fadzil Noor yang juga merupakan Presiden Pas, kerana Fadzil bersama-sama dengan DAP telah dilihat sebagai pengkhianat kepada Islam dengan menggugurkan status negara Islam yang menjadi dasar perjuangan Pas selama ini dalam manifesto Barisan Alternatif mereka yang dibentuk pada tahun 1999 yang lalu. Apabila para pemimpin Pas sanggup mengikut telunjuk DAP dengan membuang matlamat penubuhan negara Islam, ia bermakna kita berada di persimpangan bahaya. Mereka mungkin kelak tunduk kepada tekanan-tekanan Barat yang lebih hebat dalam hubungan antarabangsa yang mengancam kepada sebuah Negara Islam impian Pas. (walaupun negara ini adalah sebuah negara Islam). Parti politik sama dengan manusia. Apabila seseorang manusia menjual jiwa dan pegangan diri, manusia itu akan menjadi seperti robot yang hidup cuma untuk mencapai objektif yang diprogramkan berdasarkan aspirasi orang yang mengawal perlakuannya. Pas tidak boleh menafikan bahawa ia telah menjadi manusia seperti itu yang dikawal oleh DAP, Keadilan dan falsafah sosialis Parti Rakyat Malaysia (PRM). Politik adalah mengenai iltizam dan keyakinan. Kita mengajak ahli-ahli parti kita berjuang menuju ke satu matlamat dengan cara yang jujur, bermoral dan penuh integriti. Kita tidak mengajar ahli-ahli parti supaya melupakan dan menyembunyikan matlamat kita hari ini supaya orang Cina dan India tertipu. Apabila esok orang bukan Islam telah lupa, kita kononnya boleh kembali kepada matlamat itu. Idea penubuhan Negara Islam adalah jiwa Pas. Jika kita cuba menipu dan memutar belit menggunakan jiwa itu, kita harus menerima hakikat bahawa kita bukan ahli politik yang mempertahankan negara dan berjuang kerana Allah dan agama Allah yakni Islam. Kita tidak ikhlas kepada pengikut kita. Dan lebih mengharukan ialah kita tidak jujur kepada tuntutan Allah S.W.T. Oleh itu kiranya benar kenyataan yang diwar-warkan oleh Naib Presiden Pas, Haji Hasan itu, maka tunjukkanlah bukti bahawa anda adalah seorang pejuang Islam yang sejati. Ayuh lawan dan tentanglah Presiden Pas anda yang melacurkan sebuah ideologi Pas mewujudkan sebuah negara Islam dengan menggugurkan status negara Islam bersama DAP. Jangan cakap tak serupa bikin. Kami dah cukup mual dengan semangat yang ditunjukkan oleh juak-juak Pas ini, tetapi tidak pernah disusuli dengan tindakan ke arah melaksanakan apa yang diperkatakan.
|
|
||||||||||||||