Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
MEMORANDUM KE PBB:USAHA TERBARU PEMBANGKANG MERAIH SIMPATI Kenapa masih ada lagi rakyat Malaysia yang memandang tinggi bangsa
asing yang bersifat Yahudi untuk meminta pertolongan selain dari Allah
SWT?
Mereka juga meminta penjelasan pihak PBB mengenai hak asasi antarabangsa mengenai ISA dalam negara dan seterusnya mencampuri urusan negara Malaysia bagi membebaskan tahanan ISA untuk dibicarakan mengikut prosiding Mahkamah. Perkara ini dilihat sebagai satu sikap yang kurang ajar yang didalangi oleh Pembangkang yang mahu campur tangan asing dalam setiap perkara yang berkisar dengan perlembagaan negara. Apakah Pas dan Keadilan lebih mempercayai kuasa asing dari Qada' dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah? Sepatutnya apa yang lebih baik dilakukan oleh mereka adalah berdoa dan buat sembahyang hajat agar Allah menunjukkan kebenaran dalam mengadili kes yang melibatkan tahanan suami mereka di bawah akta ISA. Apakah mereka sudah membelakangi ajaran yang dianjurkan oleh Islam yang menunjukkan hanya Allah sahaja tempat bagi orang Islam meminta pertolongan? Apakah mereka sudah lupa bagaimana sebuah pertubuhan antarabangsa seperti PBB itu meluluskan gerakan mencatu bekalan makanan terhadap rakyat Iraq walaupun Iraq sudah bebas dari pembuatan senjata nuklear? Apakah rakyat di Malaysia ini mempercayai PBB yang merestui Israel bertapak di Palestin dan cuba melambat-lambatkan proses perdamaian itu dengan meminta pertolongan dari mereka yang sanggup untuk melihat umat Islam di dunia ini berpecah belah? Nampaknya di ketika ini, pihak pembangkang memainkan isu penahanan ISA ini hingga ke peringkat antarabangsa, menggunakan pelbagai taktik untuk memburukkan kerajaan. Ramai juga yang termakan tohmahan mereka. Ada yang bercakap seolah-olah pemerintah hari ini terlalu zalim, seolah-olah negara ini buruk seburuk-buruknya. Kepada mereka ini, tunjukkanlah sebuah negara yang terbaik selain negara ini? Kalau pemerintah sekarang terlalu zalim dan keadaan negara terlalu buruk, mahukah mereka lari ke negara lain? Mahukah mereka pergi kalau ada orang yang bersedia menyediakan tambang kapal terbang kelas satu, hotel mewah, serta duit belanja untuk selama seminggu di sana dengan syarat kerakyatan mereka ditukar ke negara itu. Tidak ada rakyat Malaysia yang berduyun-duyun ke negara lain untuk mencari rezeki atau mencari perlindungan. Sebaliknya, setiap hari berduyun-duyun rakyat dari negara jiran yang datang ke negara ini semata-mata mencari rezeki sehingga ada yang mati ditelan gelombang dan ada yang mati di bawah tilam kerana bersembunyi. Kalau negara ini terlalu teruk seperti yang digambarkan, siapa yang mahu bersusah payah untuk datang ke mari. Ternyata pemimpin pembangkang hanya bijak menabur cerita yang bukan-bukan. Bagi segelintir rakyat yang begitu buta tuli akan mempercayi cerita karut marut ini. Namun sebilangan besarnya masih rasional untuk menilai cerita tersebut dan akhirnya membuat kesimpulan pemimpin pembangkang hanyalah seorang tukang karut yang tidak waras.
|
|
||||||||||||