Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
               www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


BILA LIDAH BIAWAK DISAMAKAN DENGAN LIDAH ULAMA PAS
Oleh: KerisMelayu

Jika hendak membuat perbandingan, sukar untuk membezakan lidah biawak dengan lidah pemimpin Pas. Nampak sama tapi tak serupa atau nampak serupa tapi tak sama. Apa yang penting kedua-duanya bercabang dan tidak boleh dipercayai. 

Kalau dahulu, kita ini kecoh Nik Aziz nak haramkan BN. Tapi yang peliknya kenapa nak tunggu jadi mufti baru nak jatuhkan hukum. Inilah gaya pemimpin Islam yang cakap berbelit-belit. 
Padahal belum pun jadi mufti, banyak ‘fatwa’ yang bukan menyelesaikan masalah ummah dikeluarkannya. 

Malah, fatwa yang menyusutkan dan mengelirukan umat terkeluar dari mulut Nik Aziz dan ulama Pas seperti mencarut, menyekat wanita bekerja (ukuran cantik tidak ditetapkan), menghukum kafir orang Islam lain, membolehkan orang bukan Islam menggunakan masjid untuk memfitnah umat Islam dan yang terbaru ‘menolak’ kanak-kanak ke tengah gelanggang politik untuk menambah sehelai lagi kertas undi. 

Sepatutnya mereka terlebih dahulu perlu mengharamkan DAP yang terang-terang menentang cita-cita Pas menegak negara Islam. Ini telah dibuktikan apabila DAP begitu keras mahu mempertahankan manifesto bersama mereka di dalam BA dan memaksa Pas menyatakan pendirian mereka secara terbuka. 

Sepatunya mereka mengharamkan juga Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang tidak jelas perjuangkan Islam. 

Sepatutnya Pas mengharamkan manifesto alternatif yang tidak menyentuh penubuhan negara Islam Pas. 

Ini terbukti apabila Presiden Keldaian, Wan Azizah bersama Presiden PRM berkata semalam, sekiranya BA berjaya memerintah negara dengan sokongan rakyat, pindaan perlembagaan untuk mendirikan `Negara Islam' atau `Malaysian Malaysia' oleh mana-mana parti BA tidak akan direstui oleh parti-parti BA yang lain. 

Semua parti BA bersetuju tidak akan meminda sifat negara Malaysia tanpa sokongan dua pertiga melalui pungutan suara di khalayak semua rakyat Malaysia. 

Yang pasti, konsep penubuhan negara Islam yang dilaungkan oleh Pas, tidak sama sekali berlaku dan wujud di dalam manifesto berkenaan. Hanyalah sandiwara semata-mata. 

Tetapi Pas MENGHALALKAN DAP seperti MENGHALALKAN ‘mencarut’, MENGHALALKAN Keldaian tetapi menyekat wanita bekerja. Bagaimana tindakan Pas terhadap Wan Azizah yang juga boleh dikategorikan sebagai wanita cantik? 

Pas juga menghalalkan manifesto Alternatif tanpa menghasilkan manifesto sendiri. 

Sepatutnya Pas mengeluarkan manifestonya sendiri sebab sebelum ini pun pemimpin Pas begitu galak mengeluarkan fatwanya. 

Yang pasti manifesto yang dikeluarkan oleh barisan alternatif nyata tidak melambangkang dominan Pas dalam barisan yang dibentuk itu. Apakah ini satu muslihat Pas atau masing-masing sedang memperkemaskan perangkap mereka. 

Pas yang selama ini memang terkenal dengan gaya penipu yang profesional mungkin menganggap parti pembangkang lain sebagai mangsa untuk pilihan raya kali ini tetapi Pas terlupa bahawa mereka sendiri pun sedang ditipu oleh parti pembangkang gabungannya. 

Memang kena pada tempatnya, bila biawak bertemu biawak masing-masing cuba tunjuk yang mana satu lidah paling bercabang yang akhirnya lidah masing-masing akan tersimpul dan terbelit sesama sendiri. Baru padan dengan muka depa!!!!!! 


Klik di sini untuk balik ke laman utama

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..