Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
            www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


KAMARUDDIN JAAFAR MAIN SANDIWARA DI PARLIMEN
Oleh: Estetika

Semasa berbahas di Parlimen, Kamaruddin Jaafar (Tumpat) ternyata telah berlagak sebagai hero yang mempertikaikan keputusan Kerajaan dalam pengambialihan beberapa syarikat Besar yang dikatakan 'Kroni Kerajaan'. 

Kenyataan beliau disokong secara membuta tuli oleh Hassan Ali jaguh lompat jauh dan lompat tinggi PAS dan lain lain lagi anggota parlimen Pembangkang. 

Kerajaan telah menjelaskan sebab sebab pengambilalihan ini serta keperluannya namun Kamaruddin Jaafar dengan sombong telah merendahkan dan menidakkan sebab itu dengan memberikan teori teori pengurusan ekonomi yang kekampungan dan tidak rasional. 
 
 

Kamaruddin Jaafar seterusnya menbuat kenyataan menghasut meminta Kerajaan 

(i) Meminta Tabung Haji membeli POS Malaysia 

(ii) Meminta Kerajaan menyelamat semua peniaga Melayu dan bukan melayu di Negara ini menggunakan wang EPF 

Kamaruddin Jaafar adalah satu contoh nyata Melayu yang mudah lupa dan penyokong dan sahabat baik DSAI. 

Kamaruddin Jaafar adalah bertaraf billionaire setelah mendapat projek projek Kerajaan melalui DSAI. Dia adalah salah seorang kroni terbesar DSAI yang mendapat keuntungan ratusan juta ringgit tanpa mengeluarkan setitik peluh pun pada waktu DSAI sebagai Menteri Kewangan. 

Kekayaannya adalah milik dirinya seorang dan kini menjadi financier kepada PAS dan KeAdilan. 

Kita nak minta Kamaruddin Jaafar dengan wangnya yang tersangat banyak itu membuat satu Yayasan dan menolong semua peniaga Bumiputra diseluruh Malaysia. 

Kemudian baru boleh bercakap di Parlimen yang saya telah menolong ramai orang Melayu tetapi Kerajaan tak tolong pun... 

Kamaruddin Jaafar adalah Melayu yang angkuh dan sombong apabila mempermainkan dasar dasar Kerajaan dengan sebegitu. Beliau sebenarnya 'musang berbulu ayam' bagi orang Melayu. 

Kerajaan BN telah begitu banyak membantu Bumiputra dan sesungguhnya jasanya adalah tidak terbalas. Kepimpinan DR M dan BN perlu dipertahankan walaupun kita terpaksa berhadapan dengan sandiwara Kamaruddin Jaafar yang menghasut dan memutar belitkan fakta seolah olah beliau adalah pejuang bangsa Melayu. 

Tapi, sayangnya, Kamaruddin Jaafar dengan ratusan juta ringgitnya tidak ada sumbangan kepada ekonomi, pendidikan dan sosial untuk negara ini. 

Kamaruddin Jaafar hanya suka temberang, cakap berpusing pusing dan hanya bermodalkan air liur. Modal ratusan juta ringgit tidak dikeluarkan untuk menolong orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan malahan disimpan didalam kocek suitnya yang bernilai puluhan ribu ringgit itu. 

Kita berharap Lembaga Hasil Dalam Negeri dapat menyiasat si Kamaruddin ini dan mengisytiharkan adakah beliau seorang pembayar cukai! Kalau ada banyak mana? Dari mana wangnya diperolehi? Siapa bagi projek itu? Kerajaan Malaysia ke atau Kerajaan Amerika Syarikat & Britain? 

Inilah caranya mengambil wang dari sikedekut ini untuk menolong bangsa Melayu daripada membiarkannya bercakap menghasut menyalahkan dan mempermainkan Kerajaan semata mata. Juga unutk menutup mulut besarnya! 


Klik di sini untuk balik ke laman utama

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..