Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
            www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


Surat Terbuka Pemuda UMNO Kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Sumber: UMNO Online

Kandungan “Surat Terbuka Untuk Pemuda UMNO” bertarikh 2 Ogos 2001 yang tujukan kepada YB Datuk Hishamuddin bin Hussein tidak diasaskan kepada substans dan hujjah tetapi adalah satu ledakan emosi yang tidak berpaksikan kepada garisan intelektual. 
 
Bismillahirahmannirahim  
 
YB Haji Mahfuz bin Haji Omar  
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat  
Markaz Tarbiyyah PAS Pusat  
Lorong Haji Hassan, off Jalan Batu Geliga Taman Melewar  
68100 Batu Caves  
Selangor Darul-Ehsan  
 
Yang Berhormat, Assalamualaikum  
 
Saya merujuk kepada apa yang saudara namakan “Surat Terbuka Untuk Pemuda UMNO” bertarikh 2 Ogos 2001 yang saudara tujukan kepada YB Datuk Hishamuddin bin Hussein.  
 
Respon awal saya ialah untuk tidak menjawab apa sahaja yang dikatakan di dalam kandungan surat tersebut kerana ianya tidak diasaskan kepada substans dan hujjah tetapi adalah satu ledakan emosi yang tidak berpaksikan kepada garisan intelektual.  
 
Tetapi ramai lagi anak muda Melayu diseluruh negara yang tertanya-tanya sampai bila polemik ini akan berakhir.  
 
Jadi surat ini, walaupun pada zahirnya dialamatkan kepada saudara tetapi pada hakikat dan matannya ditujukan kepada seluruh anak muda Melayu itu.  
 
Siapa pejuang Melayu?  
 
Pertamanya saya ingin menanyakan soalan ini – siapakah pejuang Melayu yang hendak memartabatkan bangsanya, dan siapa pula pengkhianat Melayu yang hendak meranapkan bangsanya? Timbalan Presiden saudara, di dalam satu pertemuan dengan masyarakat Cina di Terengganu pada 13 September 1985, telah menyatakan tanpa berselindung lagi bahawa PAS akan menghapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu jika diberikan peluang memerintah.  
 
Ini termasuklah tanah simpanan Melayu, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain dasar yang memperlihatkan semata-mata kepentingan orang Melayu.  
 
Saya tidak tahu di mana saudara berada pada tahun 1985 tetapi kalau ini dijadikan satu alasan untuk meletakkan jawatan dalam parti, saya menunggu bila Dewan Pemuda PAS Pusat hendak mendesak Timbalan Presidennya untuk meletak jawatan.  
 
Saya juga ingin bertanya kenapakah PAS menghantar wakilnya ke majlis memperingati tuntutan pilihanraya Suqui, khususnya pada 16.2.2000? Nyata bahawa antara 83 tuntutan Suqui adalah untuk memansuhkan perbezaan bumiputera dan bukan bumiputera di dalam semua bidang.  
 
Apakah pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat apabila Saudara Subky Latif, AJK PAS Pusat, yang mewakili PAS, hadir di dalam majlis tersebut? Kenapa saudara tidak mendesak Saudara Subky meletakkan jawatannya?  
 
Dewan Pemuda PAS Pusat tidak pernah menentang kerjasama PAS dengan DAP walaupun DAP secara terang-terangan menyokong kesemua 83 tuntutan Suqui itu.  
 
Bahkan saudara dilihat menyambut saudara Lim Guan Eng semasa dia keluar dari penjara diakhir hukuman ke atasnya.  
 
Ada pula laporan mengatakan bahawa dia keluar diiringi dengan laungan ‘Allahu Akbar’.  
 
Tetapi tahukah saudara bahawa telah berjanji untuk menghapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu bagi memberi laluan kepada gagasan Malaysian Malaysia sekiranya memenangi pilihanraya umum yang lalu.  
 
Beberapa hari sebelum pilihanraya umum 1999 yang lalu, Guan Eng di dalam ucapannya di Petaling Jaya dengan tegasnya menzahirkan janji DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia.  
 
Di mana Dewan Pemuda PAS Pusat pada masa itu? Sibuk berkempen untuk menang di Pokok Sena? Kenapa pada saat dan ketika itu, Dewan Pemuda PAS Pusat atas prinsip tidak mendesak kepimpinan PAS Pusat supaya keluar dari Barisan Alternatif?  
 
Nyatalah bahawa pendirian saudara yang tiba-tiba mahu menjuarai nasib dan masa depan orang-orang Melayu amat mengejutkan saya.  
 
Sudah pandai merujuk kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kenapa tidak ditunjukkan sahaja Perkara 153 itu kepada Guan Eng dan Timbalan Presiden saudara? Di mana istiqamah saudara?  
 
Nyatalah juga saudara tidak mempunyai pendirian dan tidak pernah mempunyai pendirian yang jelas tentang nasib masa depan bangsa.  
 
Riak dan pencak saudara hanyalah berbentuk reactionary dan populist yang tidak loaded dengan nilai dan falsafah perjuangan.  
 
Saudara memberikan tajuk surat saudara dengan menggunakan perkataan “Kuota”. Presiden UMNO tidak pernah menggunakan istilah itu.  
 
Ketua Pemuda UMNO juga tidak menggunakan istilah itu. Frasa yang saudara gunakan ialah ciptaan saudara sendiri kononnya untuk memberikan gambaran bahawa Pemuda UMNO sudah tidak lagi bahkan terhenti daripada memperjuangkan nasib bangsa.  
 
Di dalam memberi makna dan nilai kepada perjuangan kami tidak pernah berundur walau setapak.  
 
Saudara sentiasa keliru di antara cara dan tujuan. Meritokrasi walau dari apa segi bentuknya sekalipun hanyalah satu cara dan bukan tujuan.  
 
Tetapi asakan dan ledakan serangan saudara kepada Pemuda UMNO seolahnya meritokrasi itu adalah tujuan.  
 
Saudara sering menggunakan perkataan-perkataan seperti “pondan yang telah diragut kejantanannya”.  
 
Saya tidak pasti apakah budaya yang saudara amalkan di dalam menggunakan perkataan-perkataan ini.  
 
Hendak dikatakan budaya Melayu, ada pepatah-pepatah dan bidalan Melayu yang berbunyi: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali; orang berbudi kita berbahasa.  
 
Ada juga pepatah yang berbunyi mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.  
 
Orang Melayu yang tebal keIslamannya memulakan surat dengan memberi salam dan membaca kalimat Allah Yang Rahman dan Rahim. Saudara tidak berbuat demikian.  
 
Hendak dikatakan budaya Islam, Rasulullah s.a.w. seringkali menasihati sahabatnya supaya menggunakan kalimah tayyibah – yang baik-baik. Bahkan ini juga dianjurkan di dalam Al-Quran.  
 
Di dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Muslim itu ialah muslim yang lain selamat dari tangan dan lidahnya”.  
 
Jadi kalau bukan budaya Melayu, bukan juga budaya Islam dan budaya Al-Quran saya dan rakyat seluruhnya masih tertanya-tanya apakah budaya yang hendak diterapkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat di dalam kita meniti alaf baru ini?  
 
Apakah persoalan ini terjawab di dalam satu peristiwa yang melibatkan saudara di Manchester, United Kingdom baru-baru ini?  
 
Sekian, wassalam.  
 
Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh  
Exco Pemuda UMNO Malaysia  
8 Ogos 2001  
 



Klik di sini untuk balik ke laman utama

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..