Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
            www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


IMEJ PUTERI UMNO WAJAR MENGIKUT ISLAM
Oleh: KerisMelayu

Pelancaran pengumuman jumlah keahlian Puteri pada 8 Ogos yang lalu sehingga mencapai 84 ribu ahli harus diberi pujian. Apapun kita perlu mengucapkan tahniah kepada Presiden Penaja Puteri UMNO iaitu Cik Azalina Othman dan kesemua para exconya yang bertungkus lumus merangsang wanita muda ke arah memasuki Puteri untuk menguatkan jentera UMNO yang memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kesucian agama Islam.

Apa yang merisaukan saya, tulisan sulung saya pada kali ini , akan disalahtanggap oleh sesetengah pihak. Kerana pada penulisan kali ini, saya lebih kepada ingin mengutarakan satu cadangan dari segi imej Puteri yang akan menyerlahkan lagi kecenderungan anak anak muda khususnya wanita untuk terus bersama Puteri bagi membantu perjuangan mereka dan seterusnya  memperkuatkan lagi Puteri yang menjadi tonggak kepada perjuangan UMNO.
 

Pada pendapat saya, Puteri UMNO akan lebih diyakini dan lebih diminati sekiranya menonjolkan imej wanita muslimat era baru. Sekiranya WANITA UMNO muncul dengan imej baju kurung berwarna putih dan selendang merah, maka adalah lebih baik Puteri UMNO menunjukkan imej yang lebih baik dari WANITA UMNO. Apa yang saya cuba cadangkan ialah pakaian rasmi Puteri UMNO mesti melambangkan kepada imej Islam yang menutupi aurat.

Sekiranya kita ini sorang yang beragama Islam, dan mengerti akan hukum hakam Islam, maka perkara yang saya cadangkan ini mungkin tidak akan menjadi masalah kepada Puteri untuk melaksanakannya. Tetapi, apabila fikiran kita sudah bercampur dengan pemikiran radikal serta  membayangkan tugas menjaga aurat ini  adalah satu perkara yang lain dengan kepimpinan, maka sudah tentu apa yang saya cadangkan ini akan ditempelak hebat oleh segelintir wanita yang menyatakan bahawa ‘JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG’ dan ‘AURAT ADALAH ANTARA DIA DAN TUHAN’.

Terus terang saya menyatakan di sini, cara penampilan Puteri di waktu ini cukup hebat dengan pelbagai perancangan dilakukan ke arah membantu golongan wanita khususnya remaja ke arah mempertingkatkan pencapaian akademik, cuba membasmi gejala sosial dan cuba menaiktarafkan golongan wanita muda ke arah ciri-ciri tenaga kerja dan kepimpinan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan.

Semua perkara yang disebutkan adalah perkara yang baik ke arah mengajak orang melakukan kepada perkara kebajikan dan melarang dari melakukan perkara yang berbentuk maksiat. Tetapi apakah kita boleh menerima teguran serta nasihat yang baik ini sekiranya perkara yang baik itu datang dari mereka yang cuba menunjukkan penampilan yang tidak menuju kepada keredhaan dan keberkatan dari Allah? Apakah seorang pemabuk yang menggenggam botol arak di tangannya dan cuba membangkang kerajaan dan bercakap mengenai Islam boleh kita jadikan kata-katanya itu sebagai pengaruh kuat parti Pas kepada kita? Tentu sekali kita akan meninggalkan kata-kata Islam pemabuk itu tadi kerana penampilan imejnya yang sedemikian telah melujnahkan satu persepsi yang negatif  kita terhadap dirinya.
 
Ini adalah perkara serius yang harus ditangani oleh Puteri sendiri kiranya ingin menampilkan satu imej yang baik dan boleh diterima oleh kesemua masyarakat ke arah mendidik, menasihati dan mengembangkan pengaruh Puteri ke arah memperjuangkan bangsa Melayu khususnya remaja wanita yang berugama Islam di Malaysia pada waktu ini.

Kesimpulannya, Imej Puteri UMNO wajar ke arah Islam yang menutupi aurat agar segala perancangan ke arah memperjuangkan bangsa Melayu khususnya wanita tidak akan ditempelak oleh anasir-anasir jahat yang senantiasa cuba untuk menggagalkan segala perancangan Puteri yang sudah diatur.

Semoga Puteri tidak akan menjadi seperti kisah seorang pemabuk itu tadi.
 



Klik di sini untuk balik ke laman utama

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..