Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
               www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


EMOSIKAH DR. MAHATHIR?
Oleh: Estetika

Utusan Malaysia pada 28.7.2001 melapurkan dasar meritokrasi MUNGKIN akan dilaksana oleh Kerajaan bagi kemasukan pelajar ke Universiti. Ia diumumkan oleh YAB Dr Mahathir Mohamad. 
 

Kononnya dasar ini akan dibuat selama setahun untuk melihat samada pelajar bumiputera dapat bersaing dan diharapkan dapat meniupkan semangat pelajar bumiputera untuk mendapat keputusan yang baik. Juga untuk melahirkan kesedaran dikalangan pelajar bahawa mereka selama ini dapat masuk ke Universiti adalah atas pertolongan dasar dasar Kerajaan yang memberi keutamaan kepada pelajar bumiputera walaupun kelulusan tidak secemerlang mana. 

Sekiranya dasar ini dilaksanakan sekarang, saya percaya pelajar bumiputera tidak akan dapat menyahut cabaran ini. 

Ini adalah kerana minat belajar mereka adalah kurang dan mereka hanya berminat untuk berpolitik. Mereka juga suka berpeleseran dan lebih suka kepada satu platform yang dapat mengistiharkan diri mereka bebas dan merdeka. 

Mereka senantiasa menganggap perkataan dan perbuatan mereka betul walaupun mereka tahu 'kebisingan' yang mereka lakukan membuat rakan rakan mereka sendiri menyampah dan menyumpah mereka. 

Mereka teruskan juga usaha sia sia ini dan terpengaruh dengan budaya bebas pelajar Barat dan tertarik dengan gerakan pelajar di Indonesia. 

Pelajar Malaysia sebenarnya ialah copyright dan pemimpin pelajar adalah pemimpin fotostat bernilai 20 sen sekeping! 

Pelajar Pelajar Universiti sebenarnya ketandusan idea dan berada didalam keadaan 'minda yang koma'. 

Mungkin ada kebenarannya minda mereka sebegitu kerana layanan Kerajaan yang begitu prihatin menghulurkan segala kemudahan. Dan mereka leka didalam buaian kemudahan ini dan lupa untuk mengucapkan terima kasih. 

Langkah mereka makin tempang dan sumbang apabila segelintir mereka lelaki dan perempuan meniru niru lagak pergaulan bebas pelajar Barat. Lenggok tarian mereka juga tidak selembut datuk nenek mereka kerana lagu yang dimainkan sudah tidak sama lagi. Lebih memalukan bahasa mereka bertukar menjadi biadap dan sombong. Mereka kini sanggup berkurang ajar dengan sesiapa sahaja yang menentang cara hidup mereka. Dan sikap ini kini telah menjadikan mereka pelajar militant yang kekosongan ilmu. 

YAB Dr Mahathir mempunyai sebab yang sangat besar untuk marah dan kecewa dengan pelajar- pelajar ini. 

DR M telah merasakan bahawa segala pengorbanan Kerajaan telah dipersia siakan oleh pelajar. Bagaimana Kerajaan telah bertungkus lumus membelanjakan hampir RM2.0 billion setahun untuk pendidikan telah tidak diperdulikan. Bagaimana Kerajaan telah berhutang dengan Bank Dunia untuk memberi kemudahan tempat pengajian dan persekolahan yang baik telah dipandang enteng. Juga sejak mula persekolahan, Kerajaan telah menyediakan pinjaman buku teks! 

Hebat benar Kerajaan Barisan Nasional tetapi pelajarnya kini semakin sempit ilmu. 

Lantas Kerajaan seperti lapuran Utusan Malaysia memberi isyarat keras kepada pelajar ini "We meant business" 

Namun demikian, ada sesuatu perkara yang Dr M kena renung dan tenung betul betul. Kenapa pelajar pelajar aksi nya semaksimum begitu? 

Jawapannya ialah :- 

Guru guru di Sekolah Rendah dan Menengah telah aktif berpolitik dan pro pembangkang sejak tahun 1990 yang lalu. Kebanyakan pelajar yang ada di Universiti adalah hasil produk 1990 dan akan berterusan selamanya sekiranya guru guru ini tidak dipencenkan. 

Pensyarah pensyarah yang menyeleweng perlu diberhentikan secepat mungkin. Mereka adalah duri dalam daging didalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. 

Satu upacara penyelamatan Sekolah Sekolah Agama mestilah disegerakan. Mulakan dengan sebuah Kolej Agama di Terengganu. 

Guru guru ini tak perlu ditukarkan ke sekolah lain kerana virus mereka adalah seperti HIV. Pecat sahaja mereka. Alasannya ialah kerana pelajar mereka kelulusannya 'hanya cukup makan' 

Sediakan satu target untuk semua Guru di Sekolah. Pelajar Bumiputera mestilah lulus 90% cemerlang atau mereka diberi surat tunjuk sebab. Hasil jawapan guru guru ini Kerajaan dapat menilai yang mana guru sebenar dan yang mana guru aktif berpolitik. 

Ibu dan Bapa tidak dibenarkan berhubung dengan Guru kecuali dengan iringan Pengetua, Guru Kanan, Pengawal Keselamatan atau AJK PIBG. Ini untuk mengelakkan mak bapak orang Melayu pukul guru Melayu kerana anak Melayu! 

PIBG perlu mengadakan mesyuarat 2 bulan sekali bagi membincangkan keputusan peperiksaan dan mengkaji kelemahan pelajar bumiputera dan mengatasinya. 

PIBG juga perlu melihat dari sudut disiplin pelajar yang terbabit dan berbincang dengan ibu bapa terbabit. Sekiranya benar anaknya biadap kerana bapanya kurang ajar, usulkan sahaja segala kemudahan pembelajaran ditarik balik seperti pinjaman buku teks dan lain lain subsidi. Kalau tiada perubahan, singkirkan anaknya dari sekolah. 

Kita tidak mahu PIBG bermesyuarat untuk buat kutipan derma jogathan, derma surau atau rombongan dengan bas. 

Kesimpulannya pelajar Universiti jadi malas kerana latar belakang mereka sewaktu di rumah dan sekolah mereka belajar. Ibubapa dan guru gurulah punca sebenar permasalahan ini. 

Apabila kerajaan menghukum pelajar, sebenarnya ibubapa, guru guru dan para penyarah yang harus dipertanggungjawabkan. 

Mungkin tindakan Kerajaan ini tidak popular, tetapi sesuatu perlu dilakukan segera bagi menginsafkan pelajar ini. Pensyarah, guru guru dan semua ibu bapa adalah dengan ini diseru dengan segala hormatnya MEMBANTU KERAJAAN menangani permasalahan ini. 

Cepat cepatlah bertaubat dan bersyukur kepada Kerajaan dan Allah SWT yang memurahkan rezeki Malaysia ini. 
 
 


Klik di sini untuk balik ke laman utama

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..