Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
              www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


PAS ANGGAP MEREKA SEMPURNA SEPERTI ISLAM
Oleh: Abdul Jalil Backer

Semalam kita terkejut membaca kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta sesiapa yang menolak negara Islam ala Pas supaya menunjukkan di mana cacatnya negara Islam dan Islam itu sendiri. 
 
Nampak benar Nik Aziz dan Pas suka menggunakan Islam untuk menghalang sebarang kritikan dan pendapat yang bertentangan dengan ideologi partinya. 
 
Setiap kali bila kita menolak ideologi Pas kita akan diberitahu bahawa kita menolak Islam. Apabila kita berkata Pas eksterim maka kita dituduh menghina Islam.  
 
Apabila kita berkata negara Islam kaedah Pas sebagai tidak sesuai dengan masyarakat berbilang kaum dan konsep Negara Moden seperti Malaysia maka kita ‘dijerkah’ oleh Pas supaya menunjukkan di mana buruknya negara Islam dan Islam sendiri. 
 
Jadi pening jugalah kepala kita untuk menunjukkan keburukan Islam kerana Islam itu tidak buruk malahan cukup sempurna. Yang buruk dan jelik ialah Pas dan sikap para pemimpinnya. 
 
Kita minta Pas sediakan bentuk negara Islam yang ingin mereka laksanakan jika menang, maka mudah mereka berdolak dalik dengan sekadar mengatakan mengikut al-Quran dan al-Hadith. 
 
Kita tidak tahulah kalau dalam al-Quran terdapat manual pentadbiran sebuah negara Islam kerana setahu penulis al-Quran adalah sumber rujukan umat Islam bukannya Negara Islam. 
 
Jika orang Islam menjadi pemimpin sesebuah negara maka ia harus dengan sebaik mungkin melaksanakan amal makruf nahi mungkar yang ditegaskan dalam al-Quran, setakat mana kemampuan dan keupayaannya mengikut keadaan masyarakat.  
 
Seseorang pemimpin Islam juga terikat kepada Tanggung Jawab Kepada Allah dan Tanggung Jawab Kepada Masyarakat seperti yang telah diperintahkan oleh Allah dalam ayat-ayat al-Quran yang turun di Mekah dan Madinah. 
 
Dengan kata lain al-Quran diturunkan sebagai panduan kepada umat Islam baik sebagai rakyat biasa mahu pun sebagai pemimpin bukannya sebagai manual pentadbiran negara Islam. 
 
Tapi Pas ingin melihat bentuk-bentuk negara Islam yang digariskan oleh pemikir Islam terkemudian mengikut tokoh pilihan mereka sahaja. 
 
Ini bukanlah satu kesalahan tetapi tentulah tidak adil untuk Pas mengambil pemikiran segelintir pemikir Islam yang muncul lama dahulu sebagai satu bentuk negara Islam muktamad; yang kemudiannya menegaskan sesiapa yang menolak konsepnya sebagai menolak Islam. 
 
Nampaknya pemikiran para pemimpin Pas begitu bercelaru dengan melihat agenda politik mereka sebagai agenda Islam mutlak hinggakan menolak kaedah-kaedah negara Islam lain yang juga termasuk di dalam pandangan ulama muktabar. 
 
Dulu bila Pas kata tidak boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam hal pemerintahan maka kita yang bukan pengikut Pas jadi hairan sebab dalam al-Quran tulis lain tapi Pas kata lain. 
 
Ini tidak boleh dinafikan kerana sehingga pilihan raya 1990, Pas masih menganggap bekerjasama dengan bukan Islam merupakan satu yang dilarang oleh Islam hingga memaksa Semangat 46 menubuhkan dua gagasan pembangkang iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU) – yang menggabungkan Pas dengan Semangat 46 - dan Gagasan Rakyat, yang menggabungkan Semangat 46 dengan DAP dan PBS. 
 
Hari ini sudah terbalik. Pas sudah boleh bekerjasama dengan DAP. Islam boleh berubah sesuka hati di bawah Pas. 
 
Dulu Pas menganggap wanita tidak boleh menjadi pemimpin baik dalam politik mahu pun agensi atau jabatan kerajaan. Maka penuhlah ayat-ayat al-Quran dipetik secara separuh dan hadis-hadis yang dipetik tanpa menjelaskan sebab dan akibat hadis tersebut hingga mengelirukan masyarakat umum serta pandangan ulama-ulama yang sesuai dengan mereka sahaja. 
 
Kemudian hari ini Pas tergesa-gesa mengiktiraf pembabitan wanita dalam pelbagai bidang hingga Pas juga melantik wanita menjadi senator, Ketua Dewan Muslimah juga telah boleh berada di atas pentas sebaris dengan pemimpin lelaki berbanding dahulu. 
 
Dulu suara wanita yang berucap pun aurat bagi Pas. Sekarang tak haram pula dengar Wan Azizah dan Nurul Izzah bercermah. 
 
Pas tidak boleh cuci tangan dalam semua hal ini kerana Nik Aziz telah berada dalam Pas sejak tahun 60-an lagi. Dengan kata lain, Nik Aziz tidaklah boleh berkata orang itu atau orang lain yang buat hukum dulu kerana sejak dulu lagi beliau berada dalam Dewan Ulama Pas. 
 
Jadi cacat atau tidak perjuangan Pas seperti yang diminta oleh Nik Aziz adalah terbukti melalui perubahan-perubahan besar dasar Islam ala Pas daripada haram bekerjasama dengan orang bukan Islam telah berubah kepada boleh, daripada wanita harus berada di rumah telah berubah kepada wanita penggerak parti, wanita dulunya dalam aliran pemikran pas tidak boleh menjadi pemimpin hari ini telah diterima oleh Pas. 
 
Maka tidak mustahil bila menang sahaja Pas akan menggunakan pelbagai alasan atas nama Islam untuk menunjukkan negara ini Islam dan tidak ada cacat celanya perlembagaan Malaysia ini. 
 
Ini telah pun terbukti melalui kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa hudud hanya 0.001% daripada perundangan Islam dan tidak seharusnya dilakukan dengan tergesa-gesa. 
 
Ini yang kita rasa tidak patut dan amat kurang ajar untuk pemimpin Pas terus-terusan berselindung di sebalik nama dan imej Islam dalam melindungi kelemahan pemikiran mereka mengenai politik dan negara bangsa dalam dunia moden hari ini. 
 
Kita pun hairan sampai bila Pas ingin melindungi kelemahan pemikiran para pemimpinnya itu di sebalik nama Islam. Janganlah rosakan martabat Islam dengan idea-idea separuh masak hinggakan bila kita kritik bentuk negara Islam Pas, parti tersebut dengan pantas menuduh kita menolak Islam. 
 
Bila kita kata Pas eksterimis maka kita dituduh menghina Islam. Kononya kita kata Islam eksterim.  
 
Nampaknya Pas telah menyamakan kedudukannya sebagai parti sekular dengan agama Allah. Nauzubillah. 
 
Pemimpin Pas sudah tidak dapat bezakan antara mereka sebagai makhluk Allah yang penuh kekurangan dengan Islam yang telah Allah jadikan sebagai agama yang sempurna untuk manusia akhir zaman. 
 
Sampai bila Pas ingin merosakkan imej dan martabat Islam semata-mata bagi melindungi kepentingan politiknya? 
 
Nota Kaki:  
 
Tidak mustahil bila menang nanti kalau kita tidak setuju dengan pendapat Pas kita akan dikatakan menentang Islam. Dan ramailah nanti pemikir-pemikir Islam zaman ini akan djatuhkan hukum murtad oleh Pas kerana berbeza pandangan dengan ulama parti tersebut. Awas manusia jenis ini!  
 



Klik di sini untuk balik ke laman utama

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..