Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
              www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


Puteri UMNO Umumkan Jumlah Sebenar Keahliannya Pada Pelancaran Rasmi Jumaat Ini
Sumber: UMNO Online

Kuala Lumpur -- Puteri UMNO akan mengumumkan jumlah keahliannya Jumaat ini sempena pelancaran pergerakan itu yang akan dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. 
 
Ketua Penerangan Puteri, Mastina Abdul Hamid berkata pengumuman jumlah keahlian itu adalah salah satu acara kemuncak memandangkan jumlah itu sesuatu yang menakjubkan. 
 
“Setakat ini kami masih merahsiakan angka sebenar keahlian Puteri dan pada pelancaran itu Ketua Penaja Puteri, Cik Azalina Othman akan mengumumkannya. 
 
“Apa yang boleh dinyatakan setakat ini, jumlah keahlian yang telah kami perolehi di seluruh negeri membuktikan sambutan golongan muda terhadap Puteri khususnya UMNO membuktikan keutuhan UMNO tidak pernah luntur”, katanya. 
 
Mastina juga berkata umumnya ramai yang ingin mengetahui jumlah keahlian Puteri berikutan minat dan sambutan yang di luar dugaan yang ditunjukkan oleh golongan muda terhadap pergerakan itu di dalam apa jua pogram yang dianjurkan selama ini. 
 
“Memandangkan usia Puteri UMNO yang begitu muda jumlah keahlian yang diterima adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Sebab itu, pengumuman yang bakal dilakukan nanti menjadi salah satu acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai. 
 
“Selain pengumuman itu terdapat juga beberapa acara menarik yang akan menjadikan suasana pelancaran itu menjuruskan kepada keazaman dan kesungguhan pergerakan itu untuk terus memegang amanah dan tanggungawab terhadap perjuangan kepada bangsa, agama dan negara”, katanya lagi. 
 
Dijangkakan lebih 5,000 ahli Pergerakan Puteri akan hadir pada majlis pelancaran itu. 
 
Majlis itu juga akan turut dihadiri semua parti komponen Barisan Nasional (BN). 
 
Penubuhan Puteri UMNO adalah diilhamkan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada. 
 
Penyediaan kertas kerja terhadap idea penubuhan ini telah diberikan kepada, Cik Azalina Othman yang akhirnya mendapat persetujuan sebulat suara dari Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan telah diperkenalkan secara rasminya kepada umum pada 9 April lalu.


Klik di sini untuk balik ke laman utama

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..