Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
             www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


Demi Keamanan : Bertegas Tangani Kumpulan Militan Agama 
Sumber: UMNO Online

Tindakan tegas kerajaan menahan anggota yang disyaki terbabit dalam kumpulan militan agama yang dikenali sebagai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) membuktikan golongan ekstrimis ini semakin mengancam keamanan dan kemakmuran negara. 
 
Puak militan yang sememangnya ekstrimis ini yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terdiri daripada golongan yang dipercayai rapat dengan kegiatan agama. 
 
Setakat ini 19 orang anggota kumpulan militan agama daripada pertubuhan haram, sudah ditahan di bawah ISA termasuk dua yang mati ditembak dalam kejadian rompakan bank di Petaling Jaya.  
 
Berdasarkan siasatan polis, masih ada kira-kira 50 anggota kumpulan berkenaan di seluruh negara. Kegiatan kumpulan ini membabitkan jenayah berat dan ganas termasuk membunuh, merompak dan meletupkan bom.  
 
Yang memeranjatkan ialah terdapatnya beberapa anggota parti pembangkang turut terlibat dalam gerakan militan ini. 
 
Hakikatnya dalam mana-mana agama, golongan ekstremis sentiasa wujud. Ia menjadi lebih berbahaya sekiranya tafsiran-tafsiran agama itu dilibatkan dengan politik.  
 
Golongan ini biasanya yakin bahawa kepercayaan dan tafsiran mereka sahaja yang betul dan ia perlu dianuti oleh setiap orang. Mereka ini adalah dogmatik. 
 
Mereka cuba untuk mengenakan kepercayan itu ke atas orang lain, atau sekurang-kurangnya tidak akan bertolak ansur terhadap perbezaan pendapat berhubung tafsiran agama. 
 
Justifikasi agama digunakan untuk memberi keabsahan kepada bentuk politik sesebuah masyarakat dan negara, dan dalam banyak kes kepada tindakan-tindakan peribadi.  
 
Di Timur Tengah, beberapa tahun lalu ada kumpulan Islam yang percaya bahawa sekiranya seseorang memasang bom pada badan atau memandu kereta berisi bom yang boleh membunuh orang Yahudi, jika mati berikutan perbuatan itu, orang itu akan dianggap mati syahid. 
 
Dalam perang Iran-Iraq pada awal tahun 1980-an, tafsiran ketika itu ialah seorang askar Iran akan dianggap mati syahid jika mereka terkorban dalam peperangan dengan Iraq, sebuah negara Islam yang dianggap pro-Barat pada masa itu. 
 
Hari ini di Malaysia, justifikasi yang sama dibuat oleh kumpulan-kumpulan Islam tertentu dalam konteks politik tempatan. Misalnya jika seseorang pemuda mati terjatuh pokok ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik, dia mungkin dikatakan sebagai mati syahid – terkorban ketika menjalankan kerja-kerja politik agama. 
 
Kalau seseorang itu mati dalam kemalangan jalan raya selepas pulang mendengar sesebuah parti politik yang berlangsung sehingga tengah malam, elemen-elemen agama akan digunakan untuk memberi definasi kepada persekitaran yang menyelubungi kematian itu.  
 
Dalam sejarah dunia Barat, Tafsiran agama yang melampau telah menyebabkan berlaku peperangan yang paling kejam di Eropah antara tahun 1618 dan 1648 yang dipanggil Perang Tiga Puluh Tahun antara para pemimpin Kristian Protestan dan Katolik. Peperangan itu telah mengurangkan jumlah pendudduk Jerman pada abad itu daripada 21 juta pada tahun 1618 kepada 13 juta orang sahaja apabila perang berakhir. 
 
Di negara-negara Islam pula, pengalaman di Tanah Arab beberapa puluh tahun selepas kewafatan Rasulullah menunjukkan kepentingan material termasuk usaha mengejar kuasa, pangkat, harta dan keagungan bangsa Arab telah mewujudkan tafsiran-tafsiran dalam Islam yang membawa kepada penindasan. 
 
Atas nama keinginan untuk berkuasa ke atas orang lain, semua ini dihalalkan. 
 
Puak ekstrimis yang bermula dengan bilangan yang kecil begitu menakutkan seandainya langkah-langkah pembesaran yang dilakukan tidak dikawal. Strategi api lawan api ada masanya boleh melenyapkan kerakusan puak ekstrimis ini. 
 
Mungkin sejarah tidak dapat menyedarkan orang ramai tetapi apa yang berlaku sebelum ini akan sentiasa berulang-ulang seandainya ia tidak dijadikan ikitibar. Tindakan parti pembangkang yang berlambangkan agama di negara ini juga membayang kehancuran yang bakal diterima oleh umat Islam di negara ini. 
 
Kerana terlalu ekstrimis dan keinginan untuk berkuasa, mereka sanggup menjadi gunting dalam lipatan walaupun yang akan menerima musibahnya adalah bangsa mereka sendiri yang seagama. 
 
Yang pasti sejarah telah membuktikan pihak ekstrimis ini khususnya yang melibatkan agama sentiasa membawa malapetaka kepada sesebuah bangsa dan negara. Justeru jadikan sejarah sebagai pedoman dan panduan agar kesilapan yang boleh membinasakan bangsa dan negara ini tidak berulang. 
 
Sesungguhnya jika perjuangan itu ditegakkan melalui kekerasan dan militan, maka mereka yang akan berkuasa itu juga akan mengamalkan pendekatan yang keras dan melampau.  
 
Sebenarnya perjuangan militan seperti diamalkan di sesetengah negara luar yang bergolak tidak sesuai dengan keadaan di negara ini. Semua masalah kaum dan golongan dalam masyarakat diberi perhatian dan dibantu. Tidak ada sebab untuk kita membenarkan tercetusnya suasana perang di dalam negara ini.  
 
Corak pemerintahan negara ini ditentukan oleh rakyat. Undi mereka pada pilihan raya menjadi penentu siapa yang mereka pilih sebagai pemimpin dan parti mana yang layak membentuk kerajaan.  
 
Oleh itu rakyat harus menyokong tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu keselamatan ini dan bukan mendengar dakyah yang menyalahkan tindakan kerajaan semata-mata.
 



Klik di sini untuk balik ke laman utama

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..