Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
             www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 


Fadhil Diam Diam Tikam Lim Kit Siang dan Ubah Slogan Untuk Tutup Malu!
Oleh: Tepak Bersulam

"Mungkin semua pemimpin PAS kini rimas dengan serangan PM dan juga UMNO agar mereka menjelaskan Negara Islam macam mana yang hendak dilaksanakan ?Seluruh ahli fikir PAS kini sedang memerah otak mencari satu resolusi untuk mengelabui pengikut pengikut PAS .

Bangsa asing juga kini membuka mata dan menantikan jawapan dari pemimpin PAS ini.Apakah dengan mengalihkan patung penyu di T'gannu dan mengasingkan wanita dan laki laki di kaunter kaunter pembayaran maka pemerintahan itu dinamakan pemerintahan negara Islam. 
 

Inilah akibatnya berjuang tanpa tujuan.Umpama berperang tanpa senjata.Mengikut tanpa memandang.bila diserang barulah hendak memikirkan apa yang nak dilakukan.Begitu ketara sekali mereka tak bersedia dengan mengatakan "berikan mereka memerintah dahulu baru mereka tunjukkan." 
 
 

Ini samalah seumpama pergi temuduga,Bila ditanya apa yang kamu boleh lakukan untuk syarikat maka berkata lah mereka "berikan saya kerja dahulu baru saya beri tahu".Bagaimana rakyat boleh membenarkan.Jika mereka tak tahu apakah yang dilakukan oleh PAS nanti bila memerintah. 
 
 

Petikan dari ulasan Sin Jew Poh oleh penulis PAS. 
 

Dalam pada itu, beliau juga mengandaikan jika ketakutan terhadap "Negara Islam" itu benar-benar tidak didasarkan kepada akal yang waras, maka BA seharusnya bekerja dengan lebih keras bagi mengubah "ketakutan yang tidak berasaskan akal yang waras" kepada "pengetahuan yang berasaskan akal yang waras." 
 
 

Lebih malang, kata beliau, sewaktu PAS gagal menjelaskan konsep "Negara Islamnya" dengan terang, DAP pula riuh-rendah mengikut rentak yang sama. 
 
 

Beliau percaya, BA dan PAS perlu menggubal sebuah pelan "Negara Islam" yang menyatakan arah pembangunan politik, ekonomi, pendidikan, budaya, sosial, agama, perbandaran, perkampungan dan lain-lain lagi untuk dikemukakan kepada rakyat. 
 
 

Ia bertujuan membolehkan rakyat, khususnya bagi orang bukan Islam, menilainya secara rasional supaya ia dapat dibandingkan dengan dasar "Wawasan 2020" kerajaan BN. 
 
 

Dengan itu rumusan terbaik kini PAS mula cuba mengelabui mata pengikut nya dengan menukarkan sedikit slogan nya dengan "Keadilan Politik Islam dan politik semasa Malaysia" 
 
 

Maka berbagai bagai alasan akan di berikan oleh penceramah PAS untuk menutup kelemahan mereka.Namun yang penting kini nyata akan kelemahan pimpinan yang tidak pernah melakarkan pelan pelan memerintah selain dari pelan hanya untuk memenangi pilih. 
 
 

Sepatutnya Kelantan adalah contoh terbaik yang dapat di jadikan contoh oleh kerajaan PAS sebagai pelan negara Islam yang ingin mereka laksanakan.Namun mereka gagal untuk melaksanakan walaupun Kelantan telah lebih 10 tahun di bawah pemerentahan PAS.Terengganu pula telah melewati setahun dibawah pemerintahan PAS. 
 
 

Dalam pada itu pula Fadhil Noor ada mengatakan ia pernah berunding dengan salah saorang pemimpin atasan DAP mengenai menubuhkan negara Islam ini.Tidak di umumkan nama pemimpin itu.Dan menurut beliau pemimpin ini telah setuju.namun kita tunggu saja persidangan agung DAP.(Beliau mengharap Lim Kit Siang ) di guling. 
 

Seperti yang saya katakan pemimpin PAS ini sanggup menikam sahabat karib demi kepentingan POLITIK mereka.Seandainya Lim Kit Siang berjaya mempertahankan jawatan nya maka hubungan PAS_DAP akan berkubur sehingga disini saja. 
 

Seandainya ada pengikut PAS yang membaca ruangan ini renungkan lah apa yang dilakukan oleh pemimpin kamu. 
 



Klik di sini untuk balik ke laman utama

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..