Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
MERITOKRASI: ISU SEBENAR DI IPT Oleh: Damar Wulan Apabila PM menegaskan meritokrasi
sebagai jawaban kepada isu kelemahan pencapaian akademik pelajar Melayu
di IPT, pelbagai maklumbalas diterima dari pelbagai kalangan dan peringkat
di dalam masyarakat. Sesetengahnya tidak memahami keperluan meritokrasi
lantas membuat andaian bahawa pihak UMNO ingin melaksanakannya sebagai
hukuman ke atas para pelajar Melayu yang berpaling kepada pembangkang.
Benarkah kerajaan amnya dan UMNO khususnya berada di dalam keadaan terdesak
kerana tidak mendapat sokongan daripada para pelajar Melayu ini? Apakah
isu sebenarnya dan senario yang berlaku di IPT?
Antara sebab yang dikenalpasti menjadi puncanya adalah para pelajar Melayu selepas SPM mendapat peluang yang amat luas ke kolej-kolej Matrikulasi. Mereka cuma perlu mendapat CGPA 2.00 sahaja untuk mengikuti kebanyakan program yang ditawarkan di universiti. Kuota yang diperuntukkan kepada mereka menyebabkan mereka berasa mempunyai kelebihan sekalipun mendapat mata kelayakan yang minimum untuk ke universiti. Di sini, mereka mula lalai terhadap pelajaran dan berasakan tidak perlu menjana kecemerlangan kerana sokongan dan dokongan sistem kemasukan yang memberikan begitu banyak kelebihan kepada mereka. Prestasi akademik kebanyakan daripada mereka mula rendah sebaik sahaja tamat semester pertama pengajian di universiti. Ini adalah kerana mereka mula bersaing dengan rakan-rakan berlainan bangsa yang masuk ke universiti melalui STPM dan diploma. Sikap malas dan sambil lewa yang diwarisi sewaktu mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi menyebabkan mereka menjadi kurang kompeten. Keadaan menjadi lebih buruk pada semester kedua di mana kursus-kursus yang diambil mula menjurus kepada kursus-kursus teras program. Ini berbeda dengan para pelajar kaum lain terutamanya kaum Cina yang mula menunjukkan peningkatan akademik sebaik sahaja memasuki semester kedua pengajian. Tidak dapat dinafikan banyak dasar yang diwujudkan oleh pihak pentadbir universiti mahupun pegawai-pegawai akademik yang memberi kelebihan dan memihak kepada mereka, namun kegagalan merebut peluang yang disediakan di samping sikap suka melencung daripada matlamat sebenar menuntut ilmu di universiti menyebabkan mereka terus dilanda kegagalan. Mengapa senario sebaliknya berlaku kepada pelajar-pelajar kaum lain seperti kaum Cina contohnya? Mereka lebih cemerlang dan lebih yakin di dalam meraih kecemerlangan. Kesemua ini tidak lain dan tidak bukan berpunca daripada sikap pelajar-pelajar Melayu dan orang-orang Melayu di sekeliling mereka yang malu mengakui bangsa mereka sebaliknya mahu mereka dikenali sebagai orang Islam sahaja. Sebaik sahaja masuk ke universiti, minggu suaikenal menjadi satu wadah kepada kelab-kelab pelajar mendapatkan ahli-ahli baru. Antara kelab yang aktif mendapatkan ahli-ahli baru ini terdiri daripada kelab-kelab berunsur Islam, dengan nama yang sedikit kearaban dan boleh menarik minat para pelajar yang kebanyakannya mempunyai persepsi yang baik terhadap kelab-kelab sedemikian. Bermulalah sesi taa'ruf, tasykil, tamrin dan usrah yang menuntut banyak masa berbanding dengan peruntukan hanya 3 tahun untuk satu-satu program pengajian. Terdapat juga kalangan senior yang terpengaruh dengan idealisme pembangkang yang membawa pelajar-pelajar baru ini ke markaz parti pembangkang untuk ditasykilkan berkenaan dengan apa yang mereka namakan sebagai `perjuangan Islam'. Di sana pemikiran pelajar Melayu ini dimomokkan dengan retorik-retorik dan slogan-slogan indah berkaitan perjuangan parti pembangkang dan kisah-kisah `kezaliman' dan `penindasan' kerajaan terhadap Islam, kononnya. Sepanjang semester mreka akan bermesyuarat merancang aktiviti yang tidak ada kena mengena dengan mencari kaedah mencapai kecemerlangan akademik, malah ada antara kelab tersebut yang asyik menawarkan program Pra-Perkahwinan beserta `tawaran hebat' setiap semester. Ini semua melalaikan tumpuan pelajar-pelajar Melayu yang pada asalnya cemerlang terhadap pelajaran mereka. Pengkhianat-pengkhianat bangsa, agama dan negara yang berselindung di sebalik kelab-kelab di IPT ini sebenarnya memberikan sumbangan yang tidak kurang besarnya terhadap kemerosotan akademik para pelajar Melayu di IPT. Fikiran pelajar yang sepatutnya lebih terbuka dan subjektif menjadi jumud dan subjektif. Pelajar-pelajar kaum lain berlumba-lumba mencapai kejayaan dan setiap semester semasa sesi suaikenal berlangsung, mereka akan membekalkan pelajar-pelajar baru dari kalangan mereka dengan nota-nota kuliah semester lalu yang tersusun kemas beserta buku-buku rujukan yang perlu. Lihatlah bagaimana pelajar-pelajar Melayu ke kuliah dan mengambil nota, apakah lagi yang dapat kita bantu? Jika pelajar-pelajar Melayu terus
ketinggalan dan kegagalan, apakah yang dapat kita harapkan daripada generasi
mereka di masa hadapan? Meritokrasi bukan berkaitan mengembalikan sokongan
pelajar kepada kerajaan sebagaimana yang diuar-uarkan oleh pembangkang
(sedangkan semua orang tahu merekalah yang beria-ia mahukan meritokrasi
dilaksanakan sebagai sebahagian daripada matlamat Malaysian Malaysia mereka),
ia berkaitan dengan survival bangsa Melayu, kedaulatan agama Islam dan
kemashlatan negara kita. Marilah terus memberikan sokongan kepada usaha
kerajaan ini kerana yang pahit tidak semestinya racun, yang manis tidak
semestinya madu. Meritokrasi juga tidak bermaksud membuang terus kuota
bumiputera. Bangsa Melayu perlu kuat dan gagah untuk meneruskan perjuangan
yang belum selesai...
|
|
||||||||||||