Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 

ADILKAH KEADILAN?

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang bercakap mengenai keadilan. Kelihatannya pula, semakin popular perkataan ini di kalangan kita, semakin menjadi-jadi pula ketidakadilan.

            Apa yang dimaksudkan dengan ketidakadilan di sini adalah berlegar pada kisah Anwar Ibrahim, yang dibuktikan oleh mahkamah sebagai bersalah dalam kes salah guna kuasa.

            Apabila Anwar dimasukkan ke dalam penjara, bermulalah pelbagai kisah ketidakadilan yang dimaksudkan. Malangnya orang yang begitu lantang bercakap mengenai ketidakadilan seolah-olah buta melihat senario ketidakadilan yang dilakukan oleh Anwar dari penjara. 

            Anwar adalah banduan tetapi perlakuan dan tindakannya dari dalam penjara dilihat seperti orang awam yang bebas. Onar pertama yang dilakukan dan diketahui umum adalah penyebaran surat terbukanya dari penjara.

            Jika Anwar bebas mengeluarkan surat terbuka, adakah pihak penjara harus memberi peluang kepada banduan lain untuk turut sama mengeluarkan surat terbuka. 

            Satu lagi ketidakadilan atau kebiadapan ialah sepatutnya sebarang masalah antara pihak banduan dengan pengurusan penjara hendaklah disampaikan terus oleh banduan terbabit kepada pihak pengurusan penjara.

            Apa yang terjadi, tanpa berhubung apalagi menerima maklum balas dari pihak penjara, Wan Azizah memberitahu pelbagai cerita kepada orang ramai di dalam setiap ceramahnya seolah-olah Anwar dilayan begitu teruk sekali. Pelbagai cerita sengaja diada-adakan dan disebarkan seperti bilik Anwar akan dipindahkan di sebelah bilik mayat. 

            Kes yang menggemparkan selepas itu ialah Anwar diracun. Siasatan dan analisis kemudiannya menunjukkan Anwar  tidakpun keracunan arsenik. Tetapi sebelum dan selepas itu disebarkan oleh Wan Azizah dan pengikutnya seolah-olah Anwar memang diracun. Adakah mereka memang benar-benar suka Anwar diracun???

Cubalah rujuk pada kes-kes syariah dan rujuklah di dalam al-Quran. Orang yang bercakap begini sebenarnya adalah orang pertama yang seharusnya dihukum!!!

            Pas pula yang tidak tahu menahu, mengiakan apa yang dibohongkan oleh Wan Azizah. 

            Cubalah selidiki Anwar di dalam penjara. Kemudahan yang dirasai atau dinikmatinya di dalam penjara, bukanlah kemudahan sebagai seorang banduan... boleh membancuh minuman sendiri dan bermacam kemudahan lain serta tidak membuat kerja rutin sebagaimana layaknya seorang banduan. 

Sepatutnya banduan seluruh Malaysia boleh mendesak pengurusan penjara sebab tidak adil. Namun, nampaknya banduan lebih rasional memikirkan kepentingan sejagat!!! 

SEWAKTU DI HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (HUKM), KONONNYA SAKIT TERUK AKIBAT DIRACUN, TETAPI DIFAHAMKAN ANWAR BOLEH BERJALAN-JALAN DAN MELAWAT PESAKIT LAIN.

SEPATUTNYA BANDUAN DIGARI SEWAKTU DI KATIL TETAPI ANWAR DAPAT WAD VIP MALAH DILAWATI OLEH NIK ABDUL AZIZ NIK MAT. 

ADAKAH TERDAPAT SEGELINTIR DOKTOR HUKM YANG TIDAK RASIONAL?????????? 

CAKAP APA YANG SEBENARNYA BERLAKU, JANGAN KERANA TERLALU TAKSUB KEPADA ANWAR SANGGUP MELINDUNGI FAKTA SEBENAR!!! 


Klik di sini untuk balik ke arkib

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..