Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
BANDUAN ANWAR GADAI BANGSA Setelah apa yang berlaku kini diharapkan penyokong Banduan Anwar sedar bahawa semasa Anwar menerajui kabinet dulu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang tidak wujud seorang insan pun yang berani menyuarakan setiap kesilapan, kesalahan dan tindak-tanduk penyalahgunaankuasa yang dilakukan olehnya. Baik rakan kabinet mahupun di kalangan menteri-menteri besar. Apa yang dibuat dan dilakukan oleh Banduan Anwar ketika itu adalah betul sebetulnya dan tiada cacat celanya. Kalau dikritik atau ditegur Banduan Anwar akan menyisih dan mengecap mereka. Kini syukur kerana mereka sudah berani mengeluarkan suara. Inipun setelah terkeluarnya Kenyataan Bersumpah Murad Khalid. Diharapkan setelah a mengetahui penyelewengan Banduan Anwar ini dari pendedahan Murad Khalid maka orang Melayu harus bersatu dan janganlah kerana ‘nila setitik rosak susu sebelanga’. Kinilah masanya Bangsa Melayu mesti berusaha bersatu teguh dalam usaha mengekalkan kuasa politik dan ketuanan Melayu di negara kita ini. Tindakan Karpal membela Banduan Anwar membuatkan sesiapa sahaja mengesyaki dia mempunyai muslihat untuk menghancurkan dan memecahbelahkan bangsa Melayu. DAP memang jijik dan benci melihat orang Melayu dan Islam memegang tampuk pemerintahan Negara. Malangnya Pas dan Keadilan menerima DAP????? Telah nyata DAP mahu menjadikan Malaysia, Malaysian Malaysia yang bangsa bukan Melayu jika dapat majoriti boleh berkuasa dan menjadi Perdana Menteri dan akan menghapuskan kedudukan institusi raja-raja Melayu dan Hak keistimewaan orang Melayu. Maka rakyat tentunya dapat melihat mana yang baik dan mana yang buruk. Allah SWT memberi akal dan fikiran, jangan diikut hati dan perasaan kerana ia akan mengakibatkan mati. Apa yang dikesali ialah kini Masjid dan Surau dijadikan gelanggang politik oleh bangsa Melayu dan bukan Melayu seperti reformasi di Masjid Negara. Apa dah jadi? Pembangkang mencemarkan Rumah Allah. Justeru itu masa belum terlewat untuk menyedari hakikat ini. Jelasnya pakatan pembangkang lebih merupakan eksploitasi kegawatan politik Melayu untuk kepentingan DAP. Dap ternyata tidak restu penubuhan Negara Islam. Seseorang itu tidak harus membenci Banduan Anwar tetapi kerana dia telah tersesat maka sebagai umat Islam sepatutnya berdoa agar dia kembali ke pangkal jalan dan bertambah keimanannya. Keadilan wujud hanya untuk menebus Banduan Anwar bukannya untuk rakyat jelata jauh sekali untuk pembangunan ekonomi dan negara. Rakyat berdoa agar lebih banyak kedurjanaan dapat diungkap dan dibersihkan agar Bangsa Melayu dapat berdiri kukuh memartabatkan Agama Islam dan bangsa Melayu. Sedarlah wahai pejuang reformasi, adakah patut dan bermanfaat menurut pinang sebatang atau menyokong dan membantu buluh yang serumpun?
|
|
||||||||||||