Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
PENULIS HANTU BELAAN ANWAR
Terbukti kini Anwar memang mengupah penulis-penulis hantu untuk operasi politik liciknya. Anwar cekap menggunakan kelebihan orang lain. Sebagai balasan, bukan sedikit habuan yang diberikan kepada mereka yang membantunya. Abdul Murad Khalid, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), mengatakan bahawa dia diarahkan oleh Anwar supaya membantu Faiz Abdullah, seorang penulis teks ucapannya yang juga salah seorang peguam bekas Timbalan Perdana Menteri itu, untuk mendapatkan pinjaman bank berjumlah lebih RM400 juta untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB). Pada masa itu, KUBB dimiliki oleh Idris Hydraulic Berhad. Skim itu melibatkan penggunaan Arus Murni Berhad yang sebelum itu dikenali sebagai Timuran Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama BSKL sebagai syarikat pemegang. Murad mengatakan dia menemui bank-bank berikut untuk membantu mendapatkan pinjaman untuk membeli saham KUBB bernilai lebih RM400 juta: 1. Hong Leong Bank, 2. Hong Leong Finance, 3. Sime Bank, 4. RHB Bank, 5. Southern Bank, 6. BSN Commercial Bank. KENYATAAN BERSUMPAH ABDUL MURAD MENYIFATKAN FAIZ SEBAGAI SEORANG ‘PENULIS HANTU’ YANG BIJAK DAN OPERATOR POLITIK UNTUK ANWAR. DIA JUGA SEORANG PEGUAM, BEKAS WARTAWAN DAN BEKAS PEGAWAI CAWANGAN KHAS POLIS (SB). ANWAR BUKAN CALANG-CALANG DAN ORANG YANG DIPILIH UNTUK MEMBANTUNYA JUGA BUKAN SEBARANGAN!!! TAPI SAYANG, KEPANDAIAN DAN KELEBIHAN DIRI ANUGERAH ALLAH S.W.T. DIGUNAKAN UNTUK MENGKHIANATI DAN MENGANCAM KEPERCAYAAN AWAM!!!
|
|
||||||||||||