ME, MY SELF AND I
Disini ingin ku khabarkan sedikit hikayat empunya homepage ini. Nama yang sebeno-benonyer ialah WAHIDATUNNISA BINTI AYOP. Namun pun begitu, panggilan mesra WAHIDA takpon yg singkat lagi WAHID. Uisshh walaupun begitu, aku masih lagi perempuan melayu terakhir yang tulen & sejati. Haa aku pun glamer ngan nama TUNN (ni selalunya panggilan oleh geng-geng IRC la ni). Dari lahir sampai laa ni aku menetap di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur tapi kaum-kerabat dan susur galur aku kire orang Selangor la gitu. Lahirnya di Kelang pada 23hb Januari 1977.
Mula mendapat pendidikan formal di Sek. Convent Jalan Peel. Dok ngaji situ sampai form 4, dan sebab dah muak asyik ulang alik situ aja maka aku pon berambus ke SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Dari situ aku turun ke selatan ke UTM demi sehelai sijil diploma. Isshh ngaji ni letih juga sampai naik jem otak. Disebabkan muak ngaji jadi aku pon bekerja la dulu dlm 2 tahun. Bila dah muak kerja, aku sambung ambik degree di UPM. Haa masa kat UTM aku ambik senibina, ala keje dok lukih kat studio sampai subuh tu. Pikir pasai design, philosophy, building by law dan ntah apepe ke mender lain lagi tu. Muak weii muakk..jadi demi menghindarkan muak itu berulang kembali maka aku bertukar ke kursus Komunikasi pengkhususan Korporat. Kire kuar nanti lehla jadi eksekutif, kununnya la kan..Insya Allah. So far Alhamdulilah, aku yakin dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang.
Famili aku serba sederhana dan aku anak kedua. Haa nak kenali famili aku, sila-silakan ke page seterusnya. Dalam hidup ni, ada memacam perkara yang aku buat diwaktu terluang. Yang utama membaca, kebanyakannya bacaan ringan seperti majalah dan jurnal. Antara aktiviti favourite aku: keluar jejalan (makan angin kater orang), surfing internet, nonton tv/cd (hanya citer feberet aja yerr..) Tapi kalau takde mood walaupun free time, takkan juga aku buat perkara-perkara itu. hihhihihi..naper erkk!! Aku suka try makanan jadi kalau nak pendapat tentang kat mana nak makan best leh la tanya aku erk. Feberet aku pelbagai, antaranya: ayam masak halia, roti nan & ayam tandori, kerabu campur, kailan ikan masin, nasi beriyani..ishsh banyak sangatlaa...tak teceghito den..
Okla udah-udahla citer..manyak lagi page korang nak kene tengok tu. Untuk citer seterusnya bolehla berhubung terus dengan tuannya di tunn23@hotmail.com. Akhir kata, ampun maaf dipinta diatas kesalahan dan segala termakan terminum..halalkan..TAMMAT..