Wan Azizah bersama Estrada. Gambar ini di ambil semasa lawatan Wan Azizah ke Filipina dalam kempennya untuk mendapatkan simpati dari negara negara luar. Hairan juga. Negara negara timur tengah tak ambil peduli tentang Anwar. Yang sebuk tentang Anwar ialah Filipina, Australia, Amerika, New Zealand, Thailand, dan Indonesia. (Satu sahaja Negara Islam, itu pun sekejap aje semasa pemerintahan Habibie). Bekas Presiden Filipina ini ialah penyokong kuat reformasi. Beliau membuat kenyataan secara terbuka menyokong Anwar. Semasa persidangan APEC, beliau di anggap sebagai hero oleh penyokong reformasi. Ini terbukti di mana semasa rusuhan di Kampung Baru (perusuh datang dari luar, bukan orang Kampung Baru), penyokong reformasi membawa sepanduk yang berbunyi 'Thank you Estrada!' diselang seli oleh laungan kalimah Allahuakbar. Akhirnya Estrada lingkup di negaranya sendiri. Sehingga hari ini, masih terdapat ramai penyokong Estrada di Filipina yang masih menanggap kaki mabuk dan sex ini sebagai 'pejuang rakyat miskin'. Perbuatan Wan Azizah menghantar anak sulungnya Nurulizzah keseorangan ke Filipina suatu ketika dulu untuk menemui Estrada secara personal bagi mendapat simpati kerajaan Filipina adalah satu kesilapan besar.