Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

Sulaman Lake Resort

Laman Utama
Kembali

Bilik Penginapan

Sulaman Lake Resort menyediakan 39 buah chalet/bilik penginapan kepada pelanggannya.  Chalet/bilik penginapan ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu chalet terapung (floating room) sebanyak 7 buah dan selebihnya chalet atas darat (hidden mangroave chalet).  Reka bentuk setiap chalet/bilik penginapan ini menggabungkan reka bentuk tradisional dan moden. 

 

 

 

 

Harga pada setiap chalet/bilik penginapan ini berbeza beza mengikut jenis chalet/bilik penginapan.  Bagi chalet terapung (floating room), kadar harga yang ditetapkan di antara RM 70.00 – RM 125.00, bergantung kepada pakej yang dipilih manakala chalet atas darat (hidden mangroave chalet), kadar harga yang ditetapkan di antara RM 55.00 – RM 105.00.

 

 

 

 

Pada setiap chalet disediakan beberapa kemudahan dalaman.  Antara kemudahan kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

a.      Televisyen

Setiap bilik disediakan TV 14 inci dengan 3 siaran utama serta “in house movie”.  Bagi chalet terapung (floating room), siaran Astro disediakan beserta dengan 3 siaran utama dan “in house movie”.  Setiap bilik juga disedikan alat kawalan jauh TV.

b.      Peti sejuk

Setiap bilik disediakan sebuah peti sejuk untuk kegunaan pelanggan menyimpan makanan dan minuman.

c.       Katil

Setiap bilik disediakan 2 katil/tilam (double bed) yang lengkap dengan selimut dan bantal.  Resort juga menyediakan tilam tambahan (extra bed) sekiranya terdapat permintaan daripada pelanggan.

d.      Bilik air

Setiap bilik disediakan tandas yang lengkap dengan singki, shower, tandas dan tab mandi.  Bagi setiap bilik terapung (floating room), ia dilengkapkan dengan alat pemanas air untuk mereka yang ingin menggunakan air panas untuk mandi.   

e.      Pendingin hawa dan kipas

Setiap chalet/bilik penginapan dilengkapkan dengan pendingin hawa dan kipas (stand fan).

f.        Safety Box

Setiap bilik juga disediakan peti keselamatan (safety box).

g.      Almari

Almari pakaian turut disediakan pada setiap bilik untuk kemudahan menyimpan pakaian.  Selain daripada itu,  perabot seperti meja, kerusi dan beberapa lagi perabot turut disediakan.

h.      Telefon

Kemudahan telefon turut disediakan untuk berhubung dengan kaunter (internal call) dan juga untuk panggilan keluar.

i.        Boiler/pemanas air

Kemudahan boiler/pemanas air turut disediakan pada setiap bilik untuk pelanggan yang ingin memanaskan air minum.  Pada setiap bilik disediakan ‘coffee mix’ untuk pelanggan serta set cawan.

Setiap bilik ini sentiasa dijaga kebersihannya dari masa ke semasa supaya kualiti kebersihan terjamin.  Peranan ini dimainkan oleh “housekeeper” yang dilatih untuk menguruskan bilik bilik ini.  Atas dasar itu, perkhidmatan ‘laundry’ disediakan kepada pelanggan yang ingin membasuh pakaian dan sebagainya

Untuk perancangan pada masa akan datang, pihak Sulaman Lake Resort bercadang untuk mengubahsuai chalet/bilik penginapan yang sedia ada.  Cadangan mengubahsuai ini merangkumi:

a.                   Pengubahsuaian dalaman yang merangkumi rekabentuk serta menambah kemudahan dalam bilik.

b.                  Membaik pulih dan menambah tiang pada chalet terapung (floating room)

 

Laman Utama ] Kembali ]

MEMO: UNTUK PAPARAN YANG TERBAIK TUKARKAN RESOLUSI SKRIN ANDA KEPADA 1024x768
Send mail to Webmaster with questions or comments about this web site.
Copyright © 2005 Sulaman Lake Resort®